✺ 6 ❋

62 11 248
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"HEHE...HE...." Rentak sayup tawanya terputus-putus bila pancingan berhasil. Wanita yang membuang sampah seorang diri tergerak hati, mendekati kawasan gelap lagi sunyi. Penantian sepanjang mengintip dan mengekori wanita ini, berbaloi. Sabarnya seakan melambung dalam pada jeratnya dimasuki.

Hilai tawa perlahan dan hujung bibir yang meninggi, mengendur kecewa dan marah. Matanya memanas apabila seseorang sedang mengekori wanita terbabit. Baru sahaja wanita itu menapak ke bayang hitam tembok, orang itu seakan menghalang.



EMMA mengintai dan bersuara. "Siapa-"

Pap! Tangannya direntap dari belakang. Emma yang terkejut pantas menoleh deras bersama debaran yang menendang dada. Kepalanya berlanggaran dengan sesuatu sehingga Emma berganjak ke belakang sambil menakup dahi. Manakala sebelah tangannya masih berada dalam genggaman seseorang.

"Arrghh... Auch!" Emma mendesis sebelum ditarik ke tempat yang lebih terang. Antara keningnya berkerut rapat sehinggalah cahaya lampu jalan menyuluh pada figura yang bertindak membawanya ke situ. Pergelangannya dilepaskan serta-merta.

"Awak ni Emma... Kenapa suka langgar dada saya?" Yejun mengurut tengah dadanya yang menjadi pendaratan kuat kepala keras Emma. Kalau setaip hari badannya menjadi mangsa hantukan, eloklah jika dia menempah jantung kedua seperti Ironman.

Emma kaget memandang Yejun. Sakit lantaran kepalanya berdentung, memudar apabila soalan spontan itu menerbit di mulut Yejun.

"Awak yang tarik saya secara mendadak," balas Emma, mengusap dahi yang sudah surut kesan hantukannya.

Bola mata Yejun memutar ke atas. Alasan! Tangan Emma direntap perlahan, tetapi Emma yang melebih-lebih. Sejak majlis di rumah lelaki berambut afro lagi, Emma melanggarnya sesuka hati. Alih-alih dia juga yang dipersalahkan.

"Apa yang menarik sangat dekat dada saya?" soal Yejun, membuka sedikit kolar bajunya ke depan lalu mengintai tubuhnya di dalam. Sejenak itu, pandangan mata Yejun naik menghala ke arah Emma yang termangu-mangu.

"A-awak cuba ambil kesempatan ke atas saya ke? Nyah, saya bukanlah orang yang sesuai..." Yejun berasa seram. Sikap Emma tidak dapat diduga. Keayuan dan kesopanan barangkali bertukar nakal dan liar apabila malam menjelma. Silapnya kerana mendekati Emma dalam suasana begini.

"Hei! Saya tak pernah ambil kesempatan macam tu, tau. Saya tak sengajalah," balas Emma kekalutan. Pipinya terasa panas. Muka Yejun sememangnya menempah penumbuk sulung. Enak sahaja dia menuduh Emma begitu!

Jari lentik melepaskan hujung kolar. Yejun menderu nafas bersama mimik bosan. Dia sekadar bertanya, tidak perlulah Emma menggelabah sedemikian rupa. Lihat parasnya sekarang. Membahang! Di hadapan lelaki lembut sepertinya pun, Emma diasak rasa tidak menentu?

𝐃𝐀𝐍𝐃𝐄𝐋𝐈𝐎𝐍 𝐈𝐈: 𝐔𝐍𝐁𝐑𝐄𝐀𝐊𝐀𝐁𝐋𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now