KUAH sup ditiup agar kehangatannya dapat dinikmati deria lidah. Setelah keterangan mangsa diambil pihak polis, Joshua memunculkan diri semula ke dalam bilik wad yang menempatkan Kylee. Ahli keluarga Kylee daripada kampung akan menyusul bagi menziarahi wanita terbabit. Sementara itu Joshua akan mewakili mereka, memantau dan menemani.
"Hirup perlahan-lahan," kata Joshua, terbuka sikit mulutnya semasa menyuapkan Kylee.
"Sedap sangat ke sup dekat sini? Kenapa berselera sangat awak makan?" tanya Joshua kehairanan. Lidahnya terputus rasa dek air sup tawar tidak bergaram. Mahu sahaja dia masakkan Kylee makanan dari rumah. Jika tidak dinasihatkan doktor bahawa Kylee tidak boleh makan hidangan sebarangan untuk beberapa ketika, sudah lama dia sediakan ayam goreng berempah buat teman wanita yang menggemari.
"Lapar," jawab Kylee perlahan. Keinginan untuk makan bangkit selepas lenanya. Perut dibiar kosong dan bergendang meskipun telah selamat dan dibawa ke hospital. Bayangan dipukul orang yang tidak disangka-sangka, tetap berlegar di fikiran lantas dia tidak mahu bersendirian.
Joshua pula, kekal membalas sayang terhadap Kylee. Kedegilan wanita itu melibatkan diri dalam hal keluarga Mingyu membawa akibat buruk. Joshua jugalah yang mencari dan menyelamatkan akhirnya. Sungguh Kylee rasa dirinya teruk. Dia hampir mempersiakan lelaki itu dengan sikapnya.
"Joshua...," sebut Kylee.
"Ya?" Joshua membiarkan separuh sudu tenggelam dalam sup. Lembut wajahnya menyahut panggilan teman wanitanya itu.
"Terima kasih sebab setia. Saya minta maaf atas segala kesilapan saya," pinta Kylee, bertakungan air mata.
Joshua melirik senyuman manis dan tangan Kylee digenggam. Diusap, menyatakan semua itu tidak menjadi penghalang cintanya yang sukar terpadam. "Saya dah lama maafkan awak, Kylee. Saya pun ada salahnya, saya tak faham tujuan dan tugas awak dalam keluarga Mingyu. Saya minta maaf, ya? Dah, jangan menangis lagi. Basah kapas dekat muka awak ni nanti."
Kotak tisu segera dicapai dari meja kecil bersebelahan katil. Helaiannya ditarik Joshua dan dia mengelap air mata yang hampir bercucuran. Janganlah ianya terkena luka dan menyakitkan lagi kecederaan yang ada. Joshua tidak akan benarkan.
Kylee tersedu-sedan. Tindakan Joshua menambah rasa terharu bertindan-tindan. "Betul awak dah maafkan saya?"
Joshua menahan gelak. Belum pernah dia lihat Kylee cengeng lagak budak kecil yang tidak memperoleh jawapan apabila soalan ditanya kepada orang dewasa. Senyuman tadi menampakkan dua baris giginya pula. Lucu si teman wanitanya ini.
"Iya, sayang...Okey. Kalau awak tak percaya, kita kahwin," ajak Joshua.
"Hah?" Kylee tersentak dan kaku di atas katil. Dia mencari riak bergurau di wajah Joshua. Tiada. Lelaki itu nampak bersungguh menyampaikan hasrat yang telah lama disimpan.
Joshua bangkit dari kerusi dan mengambil tempat di sisi Kylee di atas katil. Tangan Kylee tidak dilepaskan dan berlarutan dibelai. Kali ini raut wajah yang dicintai itu dipandang lama. Anak mata Kylee warna perang diamati. Kecantikan wanita tersebut buat dia jatuh hati, apatah lagi kebaikan yang menyenangkan jiwa. Terlalu baik dan polos.
YOU ARE READING
𝐃𝐀𝐍𝐃𝐄𝐋𝐈𝐎𝐍 𝐈𝐈: 𝐔𝐍𝐁𝐑𝐄𝐀𝐊𝐀𝐁𝐋𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄
FanfictionSEKUEL---> DANDELION: LAST LOVE Peluang cinta kedua itu sukar diraih tatkala hati terjahit kemas tanpa lompong dalam mengisi perasaan. Andai bunga dandelion mekar menguntum rindu, maka kehadirannya amatlah perlu. ◦ ✤ Cerita ini adalah REKAAN semat...