✺ 26❋

57 11 200
                                    

*Ruby minta maaf ya sebab lambat update

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

*Ruby minta maaf ya sebab lambat update. Ruby tak sihat tiga ke empat hari ni :( *

KATIL yang menempatkan Han dibawa keluar dari badan ambulans. Ia disambut lantas ditolak oleh pembantu pegawai perubatan yang menanti. Yejun turut berada di sisi katil selama mana ia bergerak menuju ke sebuah bilik pemedahan. Dia dihempas bimbang melihat keadaan Han yang mengalami cedera parah dan masih belum sedarkan diri.

"Maaf, encik. Sila tunggu di luar," pinta seorang jururawat, menahan Yejun. Pintu yang menghalang Yejun perlahan-lahan tertutup rapat. Yejun mengetap bibir, menanggung rusuh di hati.

Uraian rambut hadapan diraup tangan lalu diusap membawa ke tengkuk. Tubuhnya tidak mampu untuk bersantai duduk melainkan kaki yang mundar-mandir, menanti berita baik dalam kerisauan.

Ketibaan Emma, Ayla dan Krystal di situ tidak meredakan lapisan keresahan yang semakin menebal. Yejun tidak mempedulikan mereka dan kekal memandang pintu bilik berkenaan. Akalnya memainkan pelbagai tafsiran buruk namun hati mengharapkan keajaiban berpihak kepada Han.

"Yejun, duduk dulu nak... Kita tunggu doktor selamatkan Han," pujuk Krystal yang mengalami calar pada tapak tangan semasa menahan diri ketika terjatuh. Dia berusaha mencari riak wajah Yejun yang tidak tertoleh. Air mata anak saudaranya bertakungan tidak tumpas.

Emma dan Ayla masing-masing tergamam saat kegelisahan memikirkan sesuatu yang tidak diingini berlaku. Fikiran sukar meletakkan perkara yang baik-baik di celahan akal. Semuanya berlaku terlalu pantas. Apa yang wajah mereka lakukan adalah berdoa dan menunggu.

Selang setengah jam kemudian, muncul Chansung dan Jeongin yang telah dikhabarkan tentang kemalangan tersebut. Mereka berdua mendapatkan Krystal seketika lalu beralih kepada Yejun yang jelas sedang kusut.

Jejaka yang kekal berdiri dihampiri Chansung. Mereka sempat bertukar pandangan dan kegusaran kembali bersangkutan dalam jiwa. Tangan Yejun yang tercalit kesan darah, dipandang sekilas.

"Yejun. Kamu pergi basuh tangan kamu dulu. Tak apa, pak cik dan mak cik tunggu di sini. Jangan risau, semuanya akan baik-baik," pujuk Chansung, menepuk bahu Yejun. Sekelumit semangat disalurkan buat anak saudaranya itu.

Yejun menunduk, memerhatikan cecair merah kering mewarnai tapak tangan yang menggigil. Han yang tidak berkuit di tengah jalan, ditepuk lembut pada bahagian pipi agar dirinya sedar. Berkali-kali namanya dipanggil Yejun. Apa yang dibalas hanya kelopak mata yang tertutup sebaik sahaja seluruh tubuh menerima kesan pelanggaran.

"Baik, pak cik," akur Yejun, berjalan lemah meninggalkan ruang menunggu.

"Macam mana semua ni berlaku?" tanya Chansung kepada Emma dan Ayla. Secara tidak langsung dua orang wanita itu merupakan saksi terdekat atas apa yang terjadi ke atas Han.

"Waktu tu Mak Cik Kystal tunggu dekat lampu isyarat penjalan kaki. Emma nampak ada kereta terpakir tak jauh dari kami. Emma tak pasti siapa yang memandu sebab cermin kereta tu gelap. Bila mak cik melintas je, kereta tu terus bergerak laju. Emma nak halang mak cik tapi tak sempat sebab Han... Dia...." Emma berkerutan kening, mencari kekuatan untuk bercerita bilamana dia menyaksikan bagaimana Han terhentak di cermin hadapan kereta.

𝐃𝐀𝐍𝐃𝐄𝐋𝐈𝐎𝐍 𝐈𝐈: 𝐔𝐍𝐁𝐑𝐄𝐀𝐊𝐀𝐁𝐋𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now