SEKUEL---> DANDELION: LAST LOVE
Peluang cinta kedua itu sukar diraih tatkala hati terjahit kemas tanpa lompong dalam mengisi perasaan. Andai bunga dandelion mekar menguntum rindu, maka kehadirannya amatlah perlu.
◦ ✤ Cerita ini adalah REKAAN semat...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
PELUKAN dua belah tangan mendukung sekotak besar berisi pemanis mulut. Kesukaran dialami lalu mendorong Han menutup pintu kereta menggunakan kaki. Sejenak dia susah hati saat meratapi kesan tapak kasut yang menepel di badan kereta.
"My God, kotor. Hurm... Tak apa ya, quokka? Nanti Han bawa quokka mandi. Mandi snow wash sekali." Dia mengusap manja pada kenderaan yang terpakir di hadapan perkarangan rumah Yejun. Dia yang membongkok, meluruskan postur badan lalu memandang bengkel yang tidak beroperasi hari ini.
"Kalau bengkel depan ni sediakan khidmat cuci kereta kan bagus? Tak payah susah-susah aku nak cari car wash. Mana pula si Yejun ni?" soal Han, mencari susuk Yejun melalui pintu rumah yang terbuka luas. Lelaki itu menyambut kedatangannya tetapi tidak berat tulang mengeluarkan coklat dari perut kereta.
Langkah diatur cermat bersama hati membungkam geram. Han mengakui Yejun adalah seorang majikan. Tugas seperti ini diserahkan sepenuhnya kepada pekerja. Namun Han berhak untuk memberontak. Sudahlah dia dipaksa menyumbang tenaga pada hujung minggu.
"Han, banyak lagi kotak dalam kereta?" tegur Yejun yang muncul secara tiba-tiba.
Panjang umurnya. Baru sahaja Han berungut panjang lebar. Eloklah kalau tuan empunya badan menunjukkan diri. Bolehlah leteran disambung dan disembur buat majikan bertoleransi seperti Yejun.
"Dah nak habis pun. Yang tinggal barang hias dekat dalam boot. Kenapa kau susah-susah nak buat semua ni dekat rumah? Sudahlah kita dua orang je yang kena siapkan hamper ni. Lepas tu, tak pasal-pasal aku kena angkut semua ni dari kedai," bebel Han, jalan menghentak ke ruang tamu. Beberapa buah kotak yang serupa tersusun berdekatan sofa.
Bebelan Han dibiarkan Yejun berawangan. Dia sudah biasa mendengar peluru celoteh Han yang menembak dirinya bertubi-tubi. Ini baru sedikit dan bakinya bakal berentetan hingga hamper terakhir siap.
Sandal disarungkan Yejun pada kaki. Pintu hadapan kereta yang tidak berkunci dibuka Yejun. Tuil pembuka but kereta ditarik. "Aku bosan buat kerja dekat kedai. Nak juga aku merasa buat kerja dekat rumah hujung minggu ni. Kau tak bosan ke, pandang benda yang sama berjam-jam setiap hari?"
"Patutlah aku rasa bosan tengok muka kau," laung Han meleret dan meninggi pada hujung ayat. Kotak di tangan hampir jatuh semasa ditindan di atas kotak yang lain. Han lantas menganjur bawah bibir dan mencekak pinggang. Kudrat berucap disimpan dahulu. Dia mahu mengira kotak yang ada sebelum dia menyerang Yejun dengan syarahan supaya telinga lelaki itu berdarah.
Bum! Bum! Bum!
Bunyi hempasan lembut seakan pintu kereta bertalu-talu kedengaran di rongga telinga. Yejun membiarkan perkakas dalam but tidak berangkat sementara dia menoleh dan memandang ke arah rumah sebelah.
"Ada berapa banyak pintu dekat kereta diorang?" soal Yejun, mengekalkan hala wajah ke tempat yang sama.
"Abang Yejun," tegur Jeongin yang menjengkul kepala di balik pagar. Yejun menoleh dan mendapati sepupunya berpakaian santai. Tanpa tundukan hormat dan terus menghampiri, mata Jeongin terus mendarat pada isi di dalam but kereta. Apalah yang sedang dilakukan abang saudaranya ini?