HAN mencondong pandangan, menyembunyikan air mata yang bertakungan lalu mengaburi pandangan jelasnya. Hujung jari menyeka pantas mutiara jernih itu agar tidak berlinangan dan menjadi tatapan pelawat yang memerhati dan menghayati kesedihan yang dialami.
"Kenapa Abang Han menangis?" soal Jeongin, meneleng mencari riak sendu yang terpancar secara tiba-tiba. Baru sahaja lelaki itu menyahut sapaan daripada Krystal dan Chansung yang datang melawat.
Han menakup mulut dan menggeleng. Tidak sanggup dia menjawab soalan Jeongin di mana hatinya disaratkan rasa terharu yang menebal. Jeongin mengetap mulut kerana menyampah. Dia dapat agak apa yang ditangiskan lelaki itu, sementara Krystal dan Chansung saling berpandangan. Mereka tidak dapat menangkap maksud air mata Han yang hampir tumpas itu.
"Han... Sakit sangat ke tangan tu? Mak cik minta maaf, ya? Terima kasih sebab selamatkan mak cik. Mak cik harap Han cepat sihat, ya?" pujuk Krystal, mengusap bahu jejaka itu sebelum memandang Chansung. Suaminya itu juga diminta menyalurkan semangat buat Han. Nyawa yang Han ketengahkan demi menjamin keselamatannya.
"Kalau Han perlukan apa-apa, beritahu kami ya nak? Kami akan tolong," kata Chansung. Serba salah dan bersyukur bercampur baur. Takut juga dia jika Han mengalami kecacatan sepanjang hayat.
Jari menunding pada apa yang dipegang Krystal. Itulah yang Han perlukan sebenarnya. "Inilah yang Han nak, mak cik, pak cik. Sup bola ikan masakan dari rumah yang mak cik buat. Makanan dekat sini tak ada garam. Tak ada rasa. Huuu.... Han hilang selera, makan hidangan hospital."
Terasa ringan tangan Jeongin untuk mencubit pipi Han yang nampak sudah surut daripada kesakitan. Melampau betul reaksi lelaki itu semasa Krystal mengeluarkan semangkuk sup daripada beg kain. Satu hirupan mampu menitiskan air mata Han.
Jeongin menggeleng dan mula mencari di manakah kesabarannya pergi.
Krystal dan Chansung tersenyum. Han bikin mereka risau dengan air matanya. Memandangkan lelaki itu sudah mempunyai selera makan yang baik, Krystal yang duduk di sisi katil terus menyua sup tersebut ke mulut Han yang terbuka.
"Lepas Han keluar dari wad nanti, mak cik bagi Han produk kecantikan mak cik untuk hilangkan parut dekat pipi tu," kata Krystal sambil-sambil mengambil tisu, menyerahkan kepada Han yang menunjuk. Bibir ingin dilap sebelum dia menyahut.
"Betul ke ni, mak cik? Nanti parut muka ni hilang? My God... Bolehlah muka Han ni cantik balik." Han menepuk katil bagi menggantikan tepukan tangan sebagai tanda suka. Rosaklah mukanya kalau berparut seperti lelaki gangster. Tidak sanggup dia menatap cermin kalau begitu.
Jeongin yang sedang duduk di atas sofa, menaikkan bola mata. Nasib Han menyelamatkan ibunya. Jika lelaki itu sememangnya menggedik ingin memakai bedak sejuk keluaran syarikat Krystal, dia disimbah air beras yang diperam dua minggu ke atas kepala Han!
"Bila kamu discharged, Han? Keluarga kamu di London dah tahu kan tentang keadaan kamu?" soal Chansung, mengambil tisu yang telah digunakan Han lalu ia dimasukkan ke dalam tong sampah. Ketika itu, Han dilayan Chansung dan Krystal seperti anak sendiri.
YOU ARE READING
𝐃𝐀𝐍𝐃𝐄𝐋𝐈𝐎𝐍 𝐈𝐈: 𝐔𝐍𝐁𝐑𝐄𝐀𝐊𝐀𝐁𝐋𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄
FanfictionSEKUEL---> DANDELION: LAST LOVE Peluang cinta kedua itu sukar diraih tatkala hati terjahit kemas tanpa lompong dalam mengisi perasaan. Andai bunga dandelion mekar menguntum rindu, maka kehadirannya amatlah perlu. ◦ ✤ Cerita ini adalah REKAAN semat...