✺ 35❋

52 11 297
                                    

ATAS saranan Joshua, keretanya digunakan sebagai kenderaan menuju ke tempat yang dinyatakan Mingyu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ATAS saranan Joshua, keretanya digunakan sebagai kenderaan menuju ke tempat yang dinyatakan Mingyu. Mingyu duduk di bahagian penumpang hadapan bagi memudahkannya menunjuk arah jalan. Manakala Yejun dan Seonghwa mengambil tempat di belakang.

Pekerja atau rakan baik Joshua tersebut berkeras untuk mengekori berbanding menunggu. Minhyuk pula hanya diberitahu tentang rancangan mereka untuk menyelamatkan Emma dan Kylee. Belum sempat lelaki berusia itu menanyakan nama lokasi berkenaan atau membuka mulut bagi menyampaikan nasihat, Joshua terus menekan minyak.

Dia tidak mahu membazir masa walau sedetik!

"Baik Encik Yejun pakai seatbelt," pesan Seonghwa sambil tangan memasukkan cangkuk tali pinggang keselamatan ke dalam klip. Walaupun kelajuan dan dirinya sebati bagaikan adik-beradik, tetapi dia dapat rasakan Joshua bakal mengendali kereta mengalahkan pemanduan di litar lumba.

Yejun mengikut kata tanpa ujaran soalan. Mata yang menurut keadaan di luar, memberitahu betapa lajunya kereta milik Joshua menyusuri jalan raya. Keselamatan seorang adik dan teman wanita berlegar-legar di pelupuk yang membuncah hingga peraturan jalan raya tidak lagi dipedulikan. Kesemua lampu isyarat merah dilanggar tanpa was-was.

"Sim... simpang ketiga, kau ambil kiri," kata Mingyu terpotong-potong. Badannya terbawa ke kiri dan kanan setiap kali Joshua mengambil selekoh tajam. Pemegang atas pintu digenggam kuat setiap kali tayar bergeser akibat impak kereta yang membelok di atas jalan.

Seonghwa berpaut menggunakan kedua belah tangan. Perutnya yang kempis bertambah melengkung ke dalam. Dia gusar melihat cara Joshua memandu kereta. Mingyu di sebelah kawannya itu tidak berani menegur. Semua orang mengejar masa lantas membiarkan Joshua dengan cara pemanduan yang tersendiri.

"Joshua... Aku tahu kau nak cepat. Tapi kalau kau tekan pedal sampai 250, percaya cakap aku... Kita akan menginap dalam kubur malam ni," tegur Seonghwa penuh sopan, meredakan hati kawannya yang kacau-bilau dengan menggunakan kiasan yang lebih menakutkan.

Yejun dan Mingyu lebih gemar mendiamkan diri. Mereka berdua menyokong tindakan Joshua tetapi dalam masa yang sama mereka risau memikirkan kata-kata Seonghwa. Jika terjadi apa-apa ke atas mereka berempat, usaha menyelamatkan Emma dan Kylee terpadam sekali dengan nyawa mereka.

"Tak apalah... Dah nak sampai...," balas Mingyu bagi pihak Joshua. Nasi goreng ketam masakan Hannah, seakan mahu ditendang keluar dari usus perut. Serasa loya berputar di anak tekaknya.

Setibanya mereka di kawasan perumahan lama, Yejun meneroka dengan lirikan mata yang memerhati sekeliling. Gelap dan sunyi menyelimuti taman berkenaan. Rumah-rumah yang ada di situ, mempunyai jarak selang sekurang-kurangnya 100meter. Lampu jalan yang berkelip-kelip, sekadar berbakti pada diri sendiri.

Kereta Joshua berhenti di hadapan sebuah pagar besar. Lampu kereta kekal terpasang dan memancarkan cahaya pada laluan kecil di dalam hutan. Sejauh mana cahaya dapat menerangi laluan tersebut, mereka masih tidak dapat melihat sebuah rumah yang dikatakan Mingyu.

𝐃𝐀𝐍𝐃𝐄𝐋𝐈𝐎𝐍 𝐈𝐈: 𝐔𝐍𝐁𝐑𝐄𝐀𝐊𝐀𝐁𝐋𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now