✺ 29❋

44 11 343
                                    

*Ruby tak kira

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

*Ruby tak kira. Ruby nak letak lagu atas tu banyak kali 🤣🤣*

TANGAN yang lenguh diturunkan ke bawah. Keluhan berat dan kasar akhirnya terhembus setelah penat menanggung sabar. Hampir lima belas minit dia bersiap dan masa tersebut lebih banyak digunakan bagi mendandan rambut panjangnya. Sanggul, half-down serta tocang satu, dua, tiga dan empat. Semuanya tidak menerima kerjasama daripada uraian ikal warna coklat kehitaman miliknya.

"Aku potong juga rambut ni karang. Dahlah sekarang musim panas," rengus Ayla, meniup helaian rambut depannya. Ditenung susuk tubuh melalui cermin, bersedia untuk mengubah gaya rambut pendek tidak lama lagi. Apa yang dikisahkan?

Ruang bilik segera ditinggalkan. Daripada dia menghabiskan waktu berperang dengan rambut sendiri, lebih baik dia angkat kaki menuju ke perhentian bas berdekatan. Kasut bertutup penuh siap disarung dan Ayla mengunci pintu rumah. Anak tangga dituruni sebelum dia terserempak dengan tuan rumah yang menghuni di tingkat bawah.

"Ayla? Mak cik baru nak panggil kamu. Mak cik ada sediakan sarapan. Kamu tak nak makan dulu?" tanya wanita awal 50-an itu. Pemakaian kasual Ayla dipandang sejenak dari atas ke bawah. Awal pula Ayla keluar untuk ke tempat kerja pagi ini.

"Eh, mak cik. Erm... Tak apalah. Ayla nak keluar sarapan dengan kawan. Ayla minta maaf, ya? Lain kali kita makan sama-sama," balas Ayla penuh kelembutan kerana terpaksa menolak pelawaan orang yang lebih tua daripadanya.

Wanita itu mengangguk perlahan. "Tak apalah. Mak cik tak kisah. Lagipun kawan kamu dah tunggu kamu dari tadi. Hurm... Gaya macam teman lelaki kamu je?"

Lirikan nakal berjongketkan kening itu dipandang Ayla penuh tanda tanya. Kawan? Teman lelaki? Siapa yang dimaksudkan tuan rumahnya ini?

SUASANA kawasan perumahan sederhana mewah diperhati tanpa ada rasa minat. Kiri dan kanan dikerling sebelum pandangannya melurus pada pintu pagar yang belum terbuka. Dari tadi dia bersandarkan badan kereta sambil menunggu kemunculan Ayla yang entah ada ataupun tidak. Silap-silap wanita muda itu sudah beransur ke perhentian bas.

Perlukah dia bertanya kepada wanita yang sempat menerima tundukan hormatnya lalu masuk ke dalam perkarangan kediaman Ayla?

"Kenapa aku datang sini?" Soalan itu kerap menyinggah ke pemikiran yang buntu dari menjawab. Sudah berapa hari dia tidak pulang ke rumah dan bertapa di pejabat dari pagi membawa ke malam. Rumah Ayla adalah satu-satunya lokasi yang dikunjungi setelah bosan menatap ruang pejabat saban hari.

Bunyi pintu pagar ditarik, mengalihkan perhatian Mingyu. Tanpa dia sedar, senyuman terukir sebaik sahaja dia melihat bayang Ayla menapak keluar dari kawasan rumah tersebut. Dia meluruskan badan dan mengeluarkan tangan dari poket.

"Selamat pagi, Ayla," ucap Mingyu, cuba mengukir senyuman yang lebih lebar.

"Selamat pagi, Encik Mingyu," sambut Ayla seterusnya tidak mempedulikan lelaki itu. Getah rambut yang menggelangi hujung lengan, digunakan bagi menyambung ikatan rambut sambil- sambil dia berjalan.

𝐃𝐀𝐍𝐃𝐄𝐋𝐈𝐎𝐍 𝐈𝐈: 𝐔𝐍𝐁𝐑𝐄𝐀𝐊𝐀𝐁𝐋𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang