✺ 4 ❋

64 12 206
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"SURPRISE!" Dari belakang badan, sesuatu dibawa Kylee lalu ditunjukkan kepada Joshua. Teman lelakinya itu sedikit kaget kerana disergah tanpa salam. Malah, sekotak hadiah tertayang pada mata yang terkebil-kebil. Semakin lebar senyuman Kylee melihat reaksi terkejut Joshua.

"Haih... Awak ni. Buat terperanjat sayalah. Nasib sayang. Kalau tak..." Joshua mengecilkan mata, beriak nakal di hadapan Kylee yang dirinduinya. Kylee menjauhkan muka lalu kotak hadiah mendarat lembut di dahi Joshua.

"Jangan nak mengada-ngada dekat sini ya, Encik Joshua. Ini hadiah untuk awak," serah Kylee. Kotak hadiah itu bertukar tangan lalu lengan kekar Joshua dipeluk dan dipimpin lelaki itu untuk mengambil tempat duduk di bahagian lobi. Joshua membiarkan kelakukannya itu sambil berjalan. Kylee tidak mempedulikan jika mereka berdua dipandang staf yang lalu-lalang berhampiran kawasan itu.

Kotak dibuka setelah punggung berlabuh di atas sebuah sofa. Kening Joshua terangkat, mendapati sehelai baju t-shirt warna hitam berlipat kemas. Apabila dikeluarkan, Joshua membaca perkataan yang tertulis pada baju tersebut.

"'Boyfriend'?" baca Joshua. Kylee di sebelah mengiyakan.

"Hari tu, saya beli baju couple. Tulisan baju saya 'Girlfriend'. Kalau kita dating nanti, kita pakai baju ni sama-sama. Baru nampak sweet." Kylee tersenyum segan walaupun wajahnya dirapatkan pada sisi wajah Joshua.

Joshua terharu dalam masa yang sama hatinya dilanda tawar. Dia tidak pasti sama ada ajakan itu bakal direalisasikan Kylee ataupun tidak. Sebelum ini pertemuan mereka terpaksa dibatalkan. Bukan sekali dua, tapi berulang kali. Sejak itu, Joshua hilang keinginan mengajak teman wanitanya keluar.

"Okay, nanti awak beritahu saja bila," ujar Joshua, tidak mempedulikan apa yang dikatakan akal. Jika dia selalu mengikut gerakan hati yang bersungut-sungut, sukar baginya memperoleh wajah ceria Kylee. Perbualan mereka juga akan bertukar hambar.

Celah jemari Joshua digenggam rapi. Kylee mencari air muka Joshua yang berselindung dengan sesuatu. Dia dapat mengagak apa yang difikirkan Joshua. Kesabaran menjadi dinding dalam sebuah hubungan sehingga lelaki itu tidak berungut sekiranya masa yang diperuntukkan mereka untuk bersama terlalu terhad.

Namun, penangguhan perkahwinan mereka menujukkan kesabaran Joshua juga ada batasnya. Joshua tidak mencetuskan perbalahan sebaliknya sekadar memberi ruang buat Kylee.

"Saya minta maaf kalau kesibukan saya menjadi asbab dalam keputusan yang awak buat," pinta Kylee, tidak memberi alasan dalam mempertahankan kehendak kerjanya. Semua itu Joshua sedar dan faham. Tiada tanda kemarahan yang terukir pada roman Joshua. Lelaki itu masih mampu tersenyum tenang bersulamkan kehampaan.

"Tak ada apalah... Awak uruskan hal awak dulu. Lagipun, kita ada banyak masa lagi untuk bincang pasal kahwin. Saya pun minta maaf pada keluarga awak. Mak ayah awak tak kisah kan kalau kita lambatkan sikit perkahwinan kita?" soal Joshua. Bukankah itu seharusnya menjadi pertanyaan daripada Kylee?

𝐃𝐀𝐍𝐃𝐄𝐋𝐈𝐎𝐍 𝐈𝐈: 𝐔𝐍𝐁𝐑𝐄𝐀𝐊𝐀𝐁𝐋𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now