✺ 5 ❋

57 11 183
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


GARISAN barat menjajar jingga kemerahan. Curahan biru kegelapan menurunkan tirainya yang menyilaukan mata, lantas membawa kedamaian dalam mengertikan sebuah istirahat dari keringat yang menghantui kepala. Badan yang lemah menuntut kepulangan insan dari kerahan yang berpanjangan. Susur jalan menadah pergerakan yang lebih tenang berbanding ketika fajar menyisir rentangan timur.

Sebuah pemanduan laju melambangkan kekusutan fikiran. Tegangnya urat tangan yang memegang stereng, setegang urat yang mengerekot naik di puncak dahi. Kedutan yang terukir menggambarkan bahawa akal ralat memainkan perkara yang telah berlaku. Berkali-kali gelengan terbit sejak dia keluar pejabat.

"Tak guna, Yejun! Duduk sajalah dekat London tu. Kau ni memang sengaja bagi aku alasan untuk buat kau mati kering. Dari dulu suka menyusahkan orang!" marah Mingyu sendirian. Hatinya bagai ditoreh-toreh sebaik sahaja wajah Yejun terpamer pada halaan mata dan lintasan minda. Batang stereng semakin kuat digenggam dan tapak kasut semakin menekan turun pada pedal minyak.

Peraturan jalan raya tidak dihiraukan apabila kemarahan menguasai jiwa. Kereta Mingyu memotong mana-mana kenderaan yang dianggap sebagai halangan. Jarum meter yang menyentuh nombor kelajuan sebagai tanda pergerakan kereta, tidak dipeduli. Sebahagian rasa tidak puas hati dilempiaskan pada impak deruan angin yang merempuh sisi kereta.

Sesudah tiba di sebuah taman perumahan, kereta yang dipandu memasuki perkarangan sebuah rumah agam. Rumah dua tingkat yang menempatkan keluarganya dipandang sekilas. Pengawal yang berjaga di tepi pagar, menunduk hormat tidak kira ianya dibalas ataupun tidak. Asalkan adab terhadap majikan sentiasa ditonjolkan.

Sekali lagi Mingyu menerima tundukan dan kali ini ia datang dari seorang pembantu rumah. Mingyu yang melolos keluar dari kereta, memandang terus pada kenderaan yang memakir elok pada ruang parkir yang disediakan. Tidak perlu mengamati lebih lama, Mingyu tahu gerangan yang bertandang di kediamannya.

"Di mana atok dan mak cik?" tanya Mingyu sambil berjalan. Pembantu rumah yang mengekori menyambut beg bimbit atau briefcase dari tangan Mingyu yang menyerah. Tubuh pembantu rumah seakan membongkok sepanjang kakinya berderapan di belakang.

"Tuan Doojoon dan Cik Hannah ada di bilik masing-masing. Barangkali sedang membersihkan diri, tuan. Makan malam sudah disiapkan. Sebentar lagi, saya akan panggil Tuan Doojoon dan Cik Hannah turun, ya?" maklum pembantu rumah tanpa disahut Mingyu. Apa yang diberitahu sudah menjadi kebiasaan lantas Mingyu lebih selesa mendiamkan diri.

Setelah memintasi ruang tamu, Mingyu dibiarkan menuju ke sebuah bilik yang terdapat di hujung laluan. Daun pintu tidak diketuk apabila ia sedia terbuka luas bagi membenarkan segenap tubuhnya masuk ke dalam. Sepasang mata Mingyu memusat pandangan ke arah seseorang yang terlantar di atas katil.

"Bagaimana dengan ayah aku, Kylee?" soal Mingyu tanpa menyapa mesra malah tidak terdetik untuk melihat wajah seorang wanita yang sering kali mengunjungi rumahnya. Kerasnya hati sudah sebati dan berjangkit lingkar pada mulut atau mata. Sikap dinginnya dapat diduga oleh sesiapa sahaja yang mengenali.

𝐃𝐀𝐍𝐃𝐄𝐋𝐈𝐎𝐍 𝐈𝐈: 𝐔𝐍𝐁𝐑𝐄𝐀𝐊𝐀𝐁𝐋𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now