✺ 24 ❋

52 11 317
                                    

DERAPAN kaki kedengaran sedang mendaki anak tangga yang diperbuat daripada kaca

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DERAPAN kaki kedengaran sedang mendaki anak tangga yang diperbuat daripada kaca. Kepala menerawang memandang tingkat dua sebelum badan berada di anak tangga yang paling tinggi. Telefon di tangan menekup lubang telinga sejak dia menerima panggilan daripada Pulau Jeju. Jarang sekali anak sulung menghubunginya pada awal pagi.

"Mama nak ke sekolah, tapi adik kamu meracau sejak semalam. Papa terpaksa tangguh meeting dia pagi ni. Cuba kamu bercakap sikit dengan adik kamu tu. Dia tak habis-habis menangis," adu Chaerin. Bebelannya disusuli nafas panjang semasa menuju ke pintu bilik Jihyo yang bertutup rapat.

"Chris dah pujuk Jihyo, mama. Sekarang ni, Jihyo nak ke Jeju. Dia minta Chris jemput dia dekat airport nanti," beritahu Christopher di talian. Nikmat makan angin bersama isteri di hujung minggu semalam, diganggu raungan kekecewaan Jihyo. Telinganya naik panas mendengar luahan panjang Jihyo berbanding cerita sebenar yang berlaku.

Chaerin mengerut antara dua alis yang bergarisan halus. Bibir calitan gincu warna coklat garang mengherot-herot. Seorang lagi anaknya bakal keluar dari rumah berpimpinkan niat membawa hati lara atas perbuatan seorang lelaki.

"Jihyo, mama ni. Buka pintu, sayang" panggil Chaerin, mengetuk daun pintu berkali-kali dan membiarkan Christopher kekal dalam talian.

Senyap.

"Entah-entah Jihyo dah lari. Habislah... Bukan senang nak cari tikus tu. Mama kena panggil pest control," teka Christopher membabi buta. Dekahnya ditahan lalu menghasilkan bunyi mengekeh. Chaerin mengecilkan mata. Anak lelakinya sempat bergurau tidak bertempat!

"Jangan sampai mama sembur ridsect dekat kamu, Christopher Bang. Kamu check ETA dekat sana. Lepas tu paksa adik kamu balik sini kalau betul dia dah jejakkan kaki dekat pulau tu. Ingat pesan mama ni," tekan Chaerin, berterusan mengetuk daun pintu bilik.

"Yalah, yalah... Nak melawak pun tak bolehlah mama ni. Kalau mama macam ni setiap hari, bukan Jihyo je yang lari. Papa ikut sama, tau? Lagi teruk kalau papa cari orang lain. Bye." Panggilan dimatikan Christopher setelah selesai mencurahkan minyak ke dalam api. Dibiarkan hati Chaerin terbakar atas usikan yang menjangkaui pemikiran.

Chaerin membungkam. Ada anak dara, anak dara meroyan. Ada anak teruna, sedikit pun tidak membantu memulihkan keadaan. Ada suami... Chaerin memerhati sekeliling. Ke mana pula si Eunkwang pergi? Tidak mungkin suaminya beransur ke pejabat dan lepas tangan dari memantau Jihyo yang entah masih ada di bilik atau tidak.

Klak!

Tombol pintu bilik ditarik dari dalam. Chaerin terus memandang tepat pada seseorang yang terpacul di ambang pintu. Sedikit sebanyak susuk tubuh Jihyo yang memunculkan diri mengukirkan senyuman lega di sudut bibir Chaerin.

Namun semua itu bersifat sementara apabila lirikan seorang ibu mencodong jatuh pada sebuah bagasi besar yang terdapat di sebelah kaki anaknya.

"Jihyo sayang... Jihyo nak ke mana ni?" soal Chaerin bernada pujukan sebelum rajuk Jihyo bersambungan semula.

𝐃𝐀𝐍𝐃𝐄𝐋𝐈𝐎𝐍 𝐈𝐈: 𝐔𝐍𝐁𝐑𝐄𝐀𝐊𝐀𝐁𝐋𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now