✺ 20 ❋

52 10 323
                                    

KEPALA dipaling dan terhala ke kanan sejak kereta bergerak dan dipandu keluar dari kawasan perumahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KEPALA dipaling dan terhala ke kanan sejak kereta bergerak dan dipandu keluar dari kawasan perumahan. Pandangannya terbuang kosong meskipun hati memercikkan kegembiraan lantaran sebentar lagi dia akan tiba di rumah Minhyuk.

Cuma mulutnya terkatup dari meluahkan keriangan disebabkan pemandu di sebelah merupakan lelaki yang pantas berlagak kurang sopan dengannya sebelum ini. Emosi Hannah terganggu sepanjang perjalanannya yang dibawa Mingyu.

Kalau bukan kerana Doojoon yang meminta Mingyu memastikan keluarga mana yang bakal Hannah kunjungi manakala Mingyu perlu ke pejabat, sudah lama Hannah menolak mentah-mentah daripada menaiki kereta anak saudaranya itu.

"Mak cik nak buat apa dekat rumah kawan mak cik tu?" tanya Mingyu, sekadar memecahkan ruang kesunyian dengan soalan yang tidak menjadi satu perkara penting pada dasarnya. Dia tahu ibu saudaranya itu masih terkesan akan kelakuannya tempoh hari tetapi Mingyu selesa buat tidak endah.

Terpaksalah Hannah menceriakan luaran wajah dan suara bagi menutup kemarahan yang masih bersisa.

"Belajar memasak," jawab Hannah mendatar.

"Dah tak ada tukang masak lain ke yang mak cik boleh jadikan sebagai guru memasak? Lagi satu, sejak bila mak cik berminat nak hadap dapur?" soal Mingyu, memusingkan bulatan stereng bagi mengubah haluan kereta yang bakal memasuki sebuah lorong taman.

Bagai duri yang mencucuk gegendang telinga, suara mendesing penuh sinis itu sangat menyakitkan hati Hannah yang jelas terasa. Seisi rumahnya sedia maklum, hendak menyediakan mee segera pun dia tidak tahu!

Kalau mulut tidak mampu memberikan kata semangat buatnya yang terbuka pintu hati untuk menuntut ilmu memasak, janganlah zahir kata itu dijadikan alunan sindiran!

"Daripada mak cik hadap kamu, baik mak cik buat benda yang berfaedah. Bergaduh dengan kamu boleh buang masa mak cik," tempelak Hannah kegeraman. Tangan dan jarinya mengeras, menunding-nunding arah jalan yang perlu diambil Mingyu.

Mingyu mengikut isyarat Hannah tanpa perlu dia membalas setiap apa yang ibu saudaranya itu katakan. Telinga sudah biasa menerima segala jenis perli sehingga ayat tajam itu tidak dapat menerobos hatinya yang sedia kalis makian, nasihat mahupun pujian.

Kaki yang menekan pedal minyak diangkat perlahan dan pedal brek ditekan lembut. Kereta Mingyu berhenti di depan sebuah rumah. Mingyu merendahkan kepala untuk melihat suasana luar kediaman yang sederhana mewah. Matanya berlewat-lewatan memandang seorang lelaki yang tercegat bagai menyambut kedatangan mereka.

"Selamat pagi, Minhyuk!" ucap Hannah kegirangan sebaik sahaja pintu dibuka dan badan menjengah sepenuhnya dari perut kereta.

Mingyu yang memerhati, menangkap panggilan yang hampir sama dengan sebutan namanya.

Sejurus itu di antara alis matanya berkedutan. Dua keningnya saling merapat pada wajah yang melahirkan mimik kehairanan.

"Diorang pakai baju sedondon ke? Pick me, love me? Choose me, love me? Siapa lelaki ni? Kekasih mak cik? Kut iya pun! Baju tu..." Bertambah kerut muka Mingyu. Tubuhnya terasa kesemutan setelah membaca ayat yang menjadi corak pada baju yang dipakai Hannah dan Minhyuk. Apatah lagi masing-masing seperti malu-malu bila berhadapan di antara satu sama lain.

𝐃𝐀𝐍𝐃𝐄𝐋𝐈𝐎𝐍 𝐈𝐈: 𝐔𝐍𝐁𝐑𝐄𝐀𝐊𝐀𝐁𝐋𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now