✺ 25❋

55 11 311
                                    

SIAPA lagi yang memanggil Yejun dan Han ke pusat hiburan karaoke kalau bukan Ayla

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

SIAPA lagi yang memanggil Yejun dan Han ke pusat hiburan karaoke kalau bukan Ayla. Emma membaca mesej yang berpusu masuk di ruang sembang tanpa pengetahuannya. Geram bertindan dirasakan sia-sia jika dilepaskan kepada Ayla. Mengantuk dan kepenatan berjaya menguasai badan.

Emma berwajah kosong, keluar dari tempat berkenaan sambil menggagau tangan di dalam beg bagi mendapatkan kunci kereta. Sebelum dia terlena di kaki lima, lebih baik dia pulang segera agar dapat merebahkan diri ke katil.

"Emma, awak boleh memandu ke tak ni?" soal Yejun, memerhatikan bawah mata Emma sedikit sembap dan wanita itu jalan terhuyung-hayang dari tadi. Mereka yang lain turut melihat bagaimana Emma mengangguk lemah.

"Boleh...." Emma mengerutkan wajah yang menahan kuap. Tirai matanya terkebil dan memberat. Dia kehilangan arah, di mana kenderaannya terpakir. Emma termenung di jalan besar bagi meraih ingatan yang hilang bersama lagu yang dibawa tadi.

Keadaan Emma tidak selari dengan jawapan. Sungguh mencurigakan! Mahu menapak selangkah pun Emma menatap lama turapan jalan yang dipijak. Barangkali dia tidak mengetahui di mana lokasi rumahnya.

Yejun mengangkat muka, menyelaraskan pandangan ke sekeliling. Mereka yang lain termasuk Mingyu tidak beransur kerana masing-masing tidak yakin akan Emma yang menunduk dan mengecilkan mata. Dia sedang berperang di antara dunia realiti dengan dunia mimpi.

"Bagi kunci kereta awak. Biar saya drive. Han boleh balik sendiri." Tangan ditadah Yejun dan dibalas kedutan seribu pada hamparan wajah Emma. Lama dia meneliti tapak kasar milik lelaki itu, seakan terdapat sesuatu yang tertulis dan boleh dibaca.

Muka Emma merah tidak semena-mena. Jika dia pulang bersama Yejun, bermakna dia akan berduaan dengan lelaki itu. Pantas Emma menggeleng.

"Tak payahlah... Saya boleh drive," ujar Emma, mengibas tangan tanda tidak mahu.

"Bunyi macam esok baru dia sampai rumah," bisik Han.

Ayla dan Jihyo kekhuatiran. Kalau dijentik dahi Emma, wanita itu akan rebah dan terus lena. Namun dia masih ada hati, ingin memandu dan pulang ke rumah sendiri. Sudahlah malam hampir melepasi pukul dua belas. Sangatlah tidak sesuai buat Emma yang tidak boleh berfikir atau memandang lurus.

"Biarlah Yejun drive, Emma... Tengoklah kau. Rambut pun dah mengerbang. Nanti pemandu lain ingat pontianak memandu kereta, tau?" seloroh Jihyo bernada tegas. Mulalah dia teringat bagaimana keadaan Emma semasa terlibat dalam kemalangan bertahun dahulu. Walaupun ia berpunca dari kesilapan orang lain, tetapi akibatnya sangatlah ngeri.

"Tsk! Kau ni risau sangatlah...," desis Emma, menggosok mata setiap kali pipi kembung dan mulut menganga luas. Yejun di sebelah tidak mahu dipandang kerana tahu dia bakal menjulang kegagalan jika berkelakuan biasa.

Mulut Yejun meleret dan tangan naik memeluk tubuh. "Sebelum saya datang sini, berapa tin arak awak teguk? Tengok muka awak. Merah. Awak beritahu saya sebelum saya sendiri minta ayah awak datang dan lihat sendiri keadaan anak dia."

𝐃𝐀𝐍𝐃𝐄𝐋𝐈𝐎𝐍 𝐈𝐈: 𝐔𝐍𝐁𝐑𝐄𝐀𝐊𝐀𝐁𝐋𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang