✺ 12 ❋

60 11 337
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


TUMPUAN dihabiskan di bilik pemedahan selama beberapa jam lalu mata menjadi lesu dan pandangan tidak melekat pada apa sahaja bentuk pertembungan. Pesakit yang menjalani pemedahan trakeostomi mengalami keradangan pada saluran pernafasan lalu bahagian leher ditebuk bagi membuka dan membenarkan aliran udara berlaku.

Pesakit tersebut antara yang berjaya dirawat Kylee, namun pesakit yang dipantau melebihi tempoh setahun tidak dapat diselamatkan daripada pemikiran seorang lelaki seperti Mingyu. Itu sahaja halangan bagi Kylee bagi menghantar Hyunsik masuk ke hospital.

Badan dihenyak di atas kerusi lalu pandangan bermain-main di permukaan siling. Hujung jari digigit, melayani akal yang melahirkan buah fikiran yang tenggelam tidak menimbul. Bagaimana lagi caranya buat Kylee membantu Hyunsik? Membiarkan umpama menyediakan tali gantung buat lelaki itu.

Helaan nafas terhela, tidak membawa masalah keluar dari benak otak. Ia tertinggal dalam keluhan yang sementara.

Kylee dikejutkan dengan bunyi getaran yang terhasil daripada telefon pintar yang tersimpan di dalam tas tangan. Hal yang ingin dipadamkan seketika daripada minda, terus lenyap apabila nama Joshua tertera di skrin berlatar belakangkan gambar mereka berdua. Kylee tersenyum sebelum menjawab panggilan daripada orang yang menjadi sebahagian daripada 'ubat' penenangnya.

"Hello, Joshua...," sapa Kylee terlebih dahulu, menghidupkan suasana perbualan mereka yang baru hendak bermula.

"Hello, sayang. Awak jawab call saya ni, bermakna pemedahan dah selesai ya?" teka Joshua yang dimaklumkan lebih awal oleh Kylee tentang tugasnya bersama beberapa orang doktor.

"Dah... Baru saja. Semuanya okay. Awak ada di mana tu? Bengkel?" Pertanyaan bertukar buat buah hatinya. Keadaan senyap di pihak Joshua menimbulkan tanda tanya. Sepatutnya lelaki itu masih berada di bengkel dan hanya akan tutup pada waktu tengah hari jika ia beroperasi pada hujung minggu.

"Tak, saya masuk rumah kejap. Kenapa dengan suara awak? Letih sangat bunyinya?" tegur Joshua. Kylee terdiam sejenak sebelum tawa senadanya mendarat di corong suara seterusnya halwa telinga Joshua yang mendengar.

Serba salah sekali lagi menapak dalam dada. Joshua bersungguh menelefonnya terlebih dahulu, seolah-olah dapat menghidu kesenggangan masa selepas bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa orang lain. Seharusnya dia membalas jasa Joshua walaupun dengan tuturan kata yang ceria.

"Tak adalah. Cuma terfikir pasal pemedahan tadi," jawab Kylee, menutup segunung beban pemikiran tentang keadaan pesakit yang tidak berdaftar di mana-mana hospital.

"... Saya terlupa nak tanya awak pasal baju yang saya belikan tu. Awak pakai, muat tak?" soal Kylee, mengalih perbualan yang tertumpu buat dirinya seorang.

"Muat je," jawab Joshua lebih ringkas. Pakailah baju itu di mana dia berada jika hati rela merasai kekurangan tanpa orang kesayangan di sisi. Baju sekadar baju apabila Joshua terpaksa menunggu gilirannya mendapat perhatian Kylee sepenuhnya.

𝐃𝐀𝐍𝐃𝐄𝐋𝐈𝐎𝐍 𝐈𝐈: 𝐔𝐍𝐁𝐑𝐄𝐀𝐊𝐀𝐁𝐋𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now