SEKUEL---> DANDELION: LAST LOVE
Peluang cinta kedua itu sukar diraih tatkala hati terjahit kemas tanpa lompong dalam mengisi perasaan. Andai bunga dandelion mekar menguntum rindu, maka kehadirannya amatlah perlu.
◦ ✤ Cerita ini adalah REKAAN semat...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
YEJUN menunduk, memandang kosong air teh yang tidak luak. Dia mencari semula sebab utama yang menunjang dalam niat dan segala tindak-tanduknya selama ini. Sekian lama dia mewujudkan sikap bertentangan dalam diri agar dia tidak dipandang sebagai seorang lelaki. Pada awalnya, dia sendiri merasakan tidak selesa. Namun, bulatnya hati menukar perwatakan sejati lantas disalah erti oleh orang lain.
Terkadang dia terasa segan, lucu dan menyampah dengan diri sendiri.
"Yejun buat semua ni untuk Emma ke? Terus-terang je, pak cik tak kisah," soal Minhyuk, mohon agar Yejun berlaku jujur. Sudah tentu dia tidak berkenan jika Yejun mengubati kelukaan dan mengalihkan hati Emma dengan menggunakan cara yang kurang tepat.
Tekaan itu disanggah dengan penafian berbentuk gelengan. "Tak, pak cik. Pada asalnya Yejun berkelakuan macam tu, bukan disebabkan Emma. Tapi...disebabkan Yugyeom."
Dua baris kening Minhyuk merapat disebabkan punca yang kurang jelas. Bibirnya meleretkan secebis senyuman kecil, tidak mengerti maksud yang disampaikan jejaka itu. Riaknya menuntut sebuah rungkaian agar kefahamannya tidak terus berteka-teki.
"Sejak kecil, Yejun memang rapat dengan Yugyeom. Dia Yejun anggap seperti kembar. Pak Cik Chansung dan Mak Cik Krystal, Yejun hormat mereka seperti ibu bapa kandung Yejun sendiri. Mereka tak pernah membandingkan kami berdua. Kami dilayan sama rata. Yejun diibaratkan anak kedua mereka sebelum Jeongin. Ayah Yejun juga sangat sayangkan Yugyeom..." Mulut Yejun mengukir senyuman sayu. Ikatan kekeluargaan mereka sangat berharga buatnya.
"... Yejun tak pasti kalau pak cik pernah dengar tentang masalah antara Pak Cik Chansung dengan Yugyeom. Tentang perkahwinan Yugyeom yang tidak menerima restu daripada Pak Cik Chansung," ujar Yejun berhati-hati, bimbang jika pekung ketegangan yang berlaku dalam keluarga Yugyeom sampai kepada Minhyuk. Daripada tidak tahu, terus menjadi tahu!
"Oh... Pasal tu. Ya, pak cik pernah dengar," jawab Minhyuk ringkas. Dia tidak terus menyelami peristiwa lama yang meretakkan hubungan dua orang insan. Maka, ia meredakan sedikit perasaan Yejun yang teragak-agak untuk bercerita dengan lebih lanjut.
"Pak Cik Chansung bergaduh besar dengan Yugyeom sebelum Yugyeom mendirikan rumah tangga lagi. Tiada siapa yang berani masuk campur. Yejun sendiri tak mampu jadi orang tengah disebabkan faktor jarak masa dan tempat, tapi sejak tu layanan Pak Cik Chansung dekat Yejun berubah mendadak. Yejun pernah balik ke sini sebab rindukan mereka tapi Pak Cik Chansung tak boleh tepis perbezaan Yejun dengan Yugyeom," cerita Yejun.
"Segala apa yang Yugyeom buat, kesannya berbalik kepada Yejun. Tambahan lagi, perangai kami hampir-hampir sama. Pak Cik Chansung pandang Yejun macam dia pandang Yugyeom. Yejun faham kalau Pak Cik Chansung rasa terkilan dengan Yugyeom, tapi Yejun tak boleh hadap perkara macam tu. Mungkin pak cik fikir Yejun mengambil tindakan tak matang dan bodoh kerana bersikap lembut mengalahkan orang perempuan...," keluh Yejun. Sudut hatinya menyimpan kasih yang tidak dapat difahami oleh sesiapa pun.