SEKUEL---> DANDELION: LAST LOVE
Peluang cinta kedua itu sukar diraih tatkala hati terjahit kemas tanpa lompong dalam mengisi perasaan. Andai bunga dandelion mekar menguntum rindu, maka kehadirannya amatlah perlu.
◦ ✤ Cerita ini adalah REKAAN semat...
Lagu atas ni macam over pulak. Hahahaha. Apa-apa pun, selamat membaca sambil menyanyi. Lol
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
PENDIKIT dipulas sekuat hati sejak si penunggang keluar dari hospital. Motosikal berkuasa tinggi milik Yejun menyusuri laju di atas jalan raya. Sesaat tidak akan dilengahkan, bahkan keselamatannya diketepikan jauh dari fikiran. Akal diselubungi bimbang yang menebal. Tumpuannya bertaburan dek kehilangan Emma yang dimaklumkan Krystal sebentar tadi. Apa yang terjadi di rumah Mingyu juga sempat dikhabarkan namun Yejun menolak daripada mendengar dengan lebih lanjut.
Sebaik sahaja dia memasuki sebuah taman perumahan, Yejun berselisih dengan sebuah ambulans. Entah dari kediaman mana kenderaan hospital itu datang, namun hati Yejun kuat mengatakan salah seorang daripada penghuni rumah Mingyu sedang dikejarkan ke hospital.
"Itu dia Yejun," tunjuk Ayla. Kehilangan Emma membuatkan dia risau. Dia berkeras mahu mengikuti Krystal, meninggalkan syarikat Mingyu lalu datang ke kediaman mewah ini. Majikannya itu rasa bertanggungjawab bagi mengkhabarkan perihal Emma kepada Minhyuk.
Yejun segera turun dari motor. Kemunculannya dipandang mereka yang berada di situ. Apa yang dia perhatikan, beberapa orang pembantu rumah, pengawal dan tukang kebun sedang duduk di serambi sambil mendesis menahan sisa kesakitan yang ada pada tubuh. Ada juga di antara mereka yang sedang mendapatkan rawatan dari pembantu pegawai kesihatan di sebuah lagi ambulans yang terpakir berhampiran laman.
"Apa yang terjadi dekat sini?" bisik Yejun. Darah di dahi, tubir bibir, tangan dan lebam di muka, buat dirinya dilambung gemuruh. Mengapakah mereka dicederakan begitu teruk sekali? Si pelaku sememangnya hilang pedoman!
Mata Yejun terus meliar mencari seseorang. Kaki yang melangkah menjadi deras apabila bayang Mingyu di anjung rumah diraih anak matanya. Yejun mengetap bibir lalu kolar Mingyu direntap kasar. Lelaki itu ditarik agar mendekati wajahnya yang ganjat. Urat dahinya menimbul, mengumpul amarah yang tertahan di setiap nadi.
"Yejun, sabar nak...," tutur Krystal yang pantas menahan Yejun daripada melakukan sesuatu terhadap Mingyu. Keadaan tidak akan berubah menjadi lebih baik jika Yejun bertegang dengan lelaki itu.
"Kau beritahu aku, mana ayah kau bawa Emma? Macam mana ayah kau boleh terlepas dari kurungan kau, hah? Dia nak apa dengan Emma? Cakaplah, bangang!" tempik Yejun. Tarikan pada kolar Mingyu semakin kuat, hingga wajah Mingyu berubah berkerut-kerut. Serasa saluran nafasnya terganggu.
Hannah yang telah sedar daripada pengsan, bertaut dua baris keningnya. Kepalanya sedikit pusing dan bertambah pening apabila nama Emma tersenarai sebagai mangsa abangnya. Soalan yang sama bermain dalam kepala yang berat, mengapa Hyunsik mengambil Emma? Bagaimana lelaki itu mengenali anak kepada Minhyuk?
Minhyuk sentiasa berada di samping Hannah, segera bangun bagi meleraikan keradangan hati Yejun sebelum pergaduhan di antara dua orang jejaka itu tercetus. Tangan Yejun disentuh dan cuba diturunkan daripada menyakiti Mingyu.