SEKUEL---> DANDELION: LAST LOVE
Peluang cinta kedua itu sukar diraih tatkala hati terjahit kemas tanpa lompong dalam mengisi perasaan. Andai bunga dandelion mekar menguntum rindu, maka kehadirannya amatlah perlu.
◦ ✤ Cerita ini adalah REKAAN semat...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
DENTUMAN guruh di dada langit, merenggut jatung Emma. Kepala terangkat daripada menunduk sejak setengah jam yang lalu. Barulah dia terasa betapa lenguhnya tengkuk yang ikut sama bekerja. Kain di celahan mesin jahit ditinggalkan seketika lalu Emma menggawang tangan dalam beg. Telefon pintar dicari setelah jarum jam dinding di bilik menjahit diperhatikan.
"Dah pukul dua pagi rupanya...," sebut Emma, memandang sekeliling yang lengang walaupun dia tahu hanya dia seorang sahaja yang betapa di butik sejak pukul 7 malam. Kesemua rakan kerjanya telah lama angkat punggung dan kaki, pulang ke rumah masing-masing.
Mesej yang dihantar kepada Minhyuk, dibaca semula dan balasan maklum telah diterima Emma. Minhyuk menasihati agar Emma jaga diri. Namun, tidak Minhyuk tahu bahawa Emma bersendirian di butik ini. Jika tidak, pasti Minhyuk sendiri yang menjemput atau menemani anaknya itu.
Emma menarika nafas dalam. Bahunya naik sebelum mengendur keletihan. Baju pengantin yang mahu disiapkan sebelum projek peragaan berjalan, ditenung lama. Terkadang dia berharap agar mesin itu beroperasi sendiri sementara dia pulang berehat di rumah.
"Silap-silap aku tidur dekat butik malam ni," ngomel Emma. Skrin yang menunjukkan ramalan cuaca dipandang kosong. Hujan, ribut atau kemarau seklipun, dia perlu menyiapkan busana secepat yang mungkin. Emma tidak suka menangguh kerja dengan lebih lama.Selebihnya dia akan serahkan kepada ahli kumpulan yang lain.
Mata separa layu lantas tekak meminta agar dibasahi minuman berkafein. Emma berjalan keluar dari bilik menjahit lalu memintasi bahagian kaunter yang tidak dipasang lampu sebagai tanda butik tidak beroperasi buat masa sekarang.
Sejurus itu, dia terpandang akan pintu masuk butik yang tidak bertutup shutter roller. Kilauan guruh di kabusan awan sangat jelas, lalu memperlihatkan Emma akan bayang seorang manusia yang datang menumpang dan berteduh di luar.
Pada awalnya Emma tidak sedap hati, tetapi memikirkan pintu butik berkunci dan orang tidak berpayung itu pastinya menanti hujan reda, Emma menyedapkan hati dan meneruskan langkah ke pantri.
Aroma nescafe 3 in 1 menyengat tekak Emma yang kehausan. Emma memadam lampu bilik pantri dan berjalan semula menuju hadapan butik. Sambil sudu di tangan mengacau bancuhan air berasap agar larut bersama serbuk kafein, mata Emma memandang ke arah pintu sekali lagi. Hujan seakan renyai, tetapi orang yang berteduh masih berada di situ dalam posisi membelakangkan pintu.
Hendak Emma bertanya gerangan manusia itu tetapi hati mendesak agar Emma langsung tidak mendekati apatah lagi menegur. Kalau difikirkan semula, sukar baginya melihat manusia lain berlegar di luar pada awal pagi begini.
"Jangan layanlah, Emma. Nanti dia pergilah tu. Mana tahu, dia tengah tunggu kawan." Emma berdialog. Bibir diketap dalam menggulum perasaan berdebar. Terdapat kerja yang tertangguh yang perlu diselesaikan daripada melayan perasaan tidak menentu.