SEKUEL---> DANDELION: LAST LOVE
Peluang cinta kedua itu sukar diraih tatkala hati terjahit kemas tanpa lompong dalam mengisi perasaan. Andai bunga dandelion mekar menguntum rindu, maka kehadirannya amatlah perlu.
◦ ✤ Cerita ini adalah REKAAN semat...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
KELOPAK mata menongkat penglihatan yang dilapisi kekaburan cahaya. Kepala yang menunduk dan melentok terasa berat untuk diangkat. Pening yang menyerang saraf, membuatkan pemandangan sekelilingnya seakan berpusing 360 darjah.
Emma menggeleng laju, menyahkan kesakitan yang menghuni kepala. Dia cuba menangkap keadaan sekeliling setelah matanya celik dan terbuka luas.
Sebuah bilik diterangi cahaya kuning dari lampu berkedipan. Bila-bila masa ianya akan terpadam dan menggelapkan suasana, mengalahkan tutupan matanya tadi. Bagaimana dia boleh berada di sini, dia sendiri tidak pasti. Apa yang dia ingat, bagaimana dia bergelut dengan seseorang yang menutup mulut dan hidungnya dari arah belakang secara mengejut.
Emma merasa lenguh dan cuba beralih dari labuhan kerusi yang diduduki. Namun, tangannya mengeras termasuk kedua belah kakinya. Mata Emma terbuntang, menyedari dirinya diikat kuat sehingga seinci pergerakan tidak mampu dihasilkan. Mulutnya juga ditampal plaster hitam, menyekat suaranya keluar daripada mulut.
Semua itu merengut jantung Emma yang berdetak laju kerana menyedari bahawa dia sedang berada dalam keadaan bahaya. Emma cemas dalam rontaan agar diri bebas dari lilitan yang ketat. Akan tetapi, dia tidak berjaya dan tingkahnya hanya menelan tenaga yang banyak. Sia-sia jika dia bergelut tanpa bantuan sesiapa.
Emma mula meliarkan mata. Pandangan ditajamkan, menilik struktur bilik yang suram demi mencari jalan agar dia dapat melepaskan diri. Dia tidak mahu tahu siapa yang membawanya ke sini. Sebelum penculik mengetahui dirinya telah bangun, lebih baik dia bertindak segera.
Penggalian cara untuk meloloskan diri, terbantut apabila Emma terpandang akan sebuah kerusi berpenghuni seorang wanita selainnya. Wanita tersebut masih belum sedarkan diri berikutan kepala yang tertunduk dalam keadaan diri terikat sama sepertinya.
Badan Emma membongkok secara paksa. Dia berpanasaran untuk mengintai wajah di balik uraian rambut panjang itu. Naik tegang urat dan tulang halus di lengan semasa Emma merendahkan tulang belakang. Berkerut-kerut dahinya semasa mengerang. Ikatan yang melingkari badannya benar-benar kukuh.
Klak. Krek...
Kepala Emma terpaling sejurus daun pintu dikuak dan ditolak dari luar. Dia yang sedia terikat, bertambah kaku apabila derapan kaki seorang lelaki bergema di ruangan bilik berkenaan. Langkahnya beriringan tentangan mata Emma yang memerhati.
Emma langsung tidak menjadi perhatian dan tujuan utama sedangkan lelaki tersebut mengetahui bahawa salah seorang tebusannya telah bangkit daripada pengsan.
Wanita selain Emma dihampiri dari tepi. Lelaki itu bertinggung dan meneleng kepala, menilik wajah yang tidak berkuit.
"Kuat sangat ke aku pukul dia tadi? Ke budak ni dah mati?" tanya Hyunsik seorang diri. Dagu wanita itu disentuh. Sisi wanita itu diamati setiap inci. Apabila dia menaikkan wajah wanita berkenaan, Emma membeliakkan mata.