✺ 16 ❋

57 12 303
                                    

BREK tangan dicengkam sehingga putaran roda motor milik Yejun berhenti betul-betul di depan pagar rumah Emma

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BREK tangan dicengkam sehingga putaran roda motor milik Yejun berhenti betul-betul di depan pagar rumah Emma. Walaupun jarak rumahnya dengan rumah wanita itu cuma sekangkang kera, enjin motor sanggup dimatikan Yejun demi menghadap Minhyuk yang sedang memeluk tubuh ketika menunggu kepulangan anak perempuannya.

Emma lekas-lekas turun dari badan motor dan menanggalkan topi keledar. Kelam-kabut Emma meletakkan kelengkapan itu di atas motor. Begitu juga Yejun. Dia rasa bersalah kerana mengusung anak dara orang keluar pada waktu malam begini.

Ini semua salah Emma! Wanita itu tidak meminta izin daripada Minhyuk terlebih dahulu. Dia yang tidak mengetahui apa-apa, hanya menurut demi membantu perut Emma melenyapkan bunyi gegendang yang bertalu.

"Ayah... Kenapa tak tidur lagi?" tanya Emma, membetulkan rambut lurusnya yang sedikit serabai.

"Nak tidur macam mana kalau anak ayah hilang malam-malam macam ni? Kamu keluar tak beritahu ayah," tegur Minhyuk, tangannya turun mencekak pinggang pula. Yejun di samping Emma, dipandang sekala-sekali. Jejaka itu sedikit gerun walaupun marahnya hanya dituju buat Emma seorang.

Alasan pantas direka Emma demi mempertahankan dirinya. "Emma saja jalan-jalan, ambil angin malam. Dalam rumah, bukannya ada orang layan Emma pun."

Tundukan kecewa dan ketapan mulut yang kononnya menyimpan baki luahan, dipandang Yejun dengan senyuman meleret sebelah. Dia menoleh ke mana-mana arah lalu menggeleng kecil. Emma masih mahu menipu Minhyuk. Apa salahnya kalau Emma berlaku jujur?

"Maafkan Yejun, pak cik. Yejun tak tahu pula yang Emma tak beritahu pak cik. Lagipun, Emma yang paksa Yejun," celah Yejun, menyilangkan tangan ke dada atas sebab yang tidak dapat dipastikan. Kepalanya menunduk kesedihan.

Tindakan Yejun mengesat hujung mata seakan-akan sedang menangis, merapatkan tautan kening Minhyuk. Jari telunjuknya naik, bergerak-gerak berhampiran wajah Emma. "Emma cakap betul-betul dengan ayah, Emma pergi mana dan Emma buat apa dekat Yejun?"

Soalan berbaur tuduhan itu sangat mengejutkan Emma. Segera dia memandang Yejun yang masih kekal dalam lakonan. Apa yang direncanakan lelaki itu sehingga dia dianggap melakukan sesuatu yang terkutuk?

"Emma tak...tak buat apa-apalah ayah. Ayah fikir apa? Yejun, awak cakap apa ni? Awak tak sabar terima jahitan sembat dekat mulut awak ke?" marah Emma. Adakah ini bayaran yang perlu dilunaskan setelah meminta Yejun membawa dan menemaninya ke kedai serbaneka?

Emma menggigit bawah bibir. Kenapalah dia dipertemukan dengan lelaki seperti ini, ya Tuhan...?

Yejun tersenyum selamba. Pasti ketika ini Emma menggelabah tidak menentu. "Emma teringin nak makan ramen. Yejun turutkan jelah. Tengok ni, baju Yejun terkena cili ramen. Emma makan gelojoh sangat. Lapar katanya..."

Bahagian kotor pada bawah kolar baju yang dipamerkan Yejun, diperhatikan Minhyuk. Ia bertompok dan berwarna merah. Minhyuk bertambah geram, walhal dia tidak tahu bahawa kesan calit itu datangnya dari sos roti hotdog. Barangkali malam yang samar mengaburi mata lelaki berusia tersebut.

𝐃𝐀𝐍𝐃𝐄𝐋𝐈𝐎𝐍 𝐈𝐈: 𝐔𝐍𝐁𝐑𝐄𝐀𝐊𝐀𝐁𝐋𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now