✺ 3 ❋

68 12 166
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


PENUTUP bonet hadapan ditutup rapat. Segala peralatan dan dryer filter lama dari sebuah kereta yang dibaiki, diangkut bersama sehingga dia mendatangi sebuah kenderaan berdekatan.

Kaki yang melunjur lurus di bawah badan kenderaan tersebut, diperhati sebelum mata menghala ke arah sebuah rumah.

"Joshua," tegur Seonghwa.

"Ha!" balas Joshua. Berada di bawah kereta mengundang suara kuatnya keluar dari anak tekak. Jika nada jawabnya bersahaja, maka Seonghwa akan terus memanggilnya berkali-kali. Hilang sabar sahabatnya itu, mahu dicucuk tapak kaki menggunakan pemutar skru.

"Kau seriuslah, sepupu mendiang Yugyeom berjiran dengan kau? Muka diorang betul-betul sama ke?" tanya Seonghwa, tidak percaya. Dalam ramai-ramai manusia yang mencari sebuah kediaman, seorang lelaki yang tidak disangka-sangka menjadi salah seorang jiran keluarga Joshua. Ahli keluarga Yugyeom pula tu!

"Kalau kau tak percaya, kau tunggulah sampai dia muncul depan rumah. Tak pun, kau pergi tekan loceng. Berkenalan dengan dia pun dah cukup baik. Tapi hati-hatilah. Dia tu lain sikit. Semalam, dia puji dada bidang Chris," pesan Joshua, mengenangkan keterujaan Yejun memuji gaya maskulin Christopher di hadapan Ha Rin. Kalaulah Ha Rin segarang Chaerin, sudah lama kepala Yejun dibuat sebagai bola snuker.

Seonghwa terkelu dan mengebilkan mata. Dia seakan mahu melihat sendiri kesahihan dari kata-kata Joshua, tetapi dalam masa yang sama dia jadi takut. Takut diapa-apakan. Maruahnya tidak pernah tercalar lagi setakat ini.

"Macam mana dengan Emma? Mesti adik kau terkejut, kan?" soal Seonghwa, melahirkan rasa simpati dan khuatir. Wanita yang sudah dianggap seperti adik kandung sendiri sarat dengan kesedihan setahun lalu. Sejauh mana perbezaan sikap dua lelaki, raut wajah yang dimiliki pasti menghulur kesan mendalam buat Emma.

Papan beroda yang menampung badan ketika menyelenggara, ditolak Joshua sehingga dia keluar dari celah kereta. Sepanar boleh laras diletak ke atas riba yang sedang bersila. Matanya sempat melirik pada rumah yang sama.

"Gila kau, tak terkejut? Adik aku pengsan terus. Penat aku mengangkat Emma tu," tipu Joshua, sedangkan Minhyuk bersusah payah memapah adiknya masuk ke dalam rumah sementara dirinya terpaksa disimbah menggunakan air dari pili laman Yejun. Siapa yang larat menampung beban lelaki sepertinya? Hampir Joshua menyangka bahawa dia kencing malam akibat bahagian seluar dijirus sekali.

Seonghwa mengangguk perlahan. Dia berharap agar Emma kekal kuat jiwanya dan tidak terlalu mengikut perasaan seandainya bayang Yugyeom terlihat di dalam diri Yejun. Batin bakal diserang sakit yang membebankan.

"Aku nak ke hospital sekejap." Joshua bangun dan menyerahkan tugas yang tergendala kepada Seonghwa. Dia perlu bergegas ke sana. Masa lapang Kylee tidak boleh dilengahkan atau teman wanitanya itu akan sibuk semula.

"Aku tahulah yang kau rindukan Kyle, tapi aku kena baiki kereta yang lagi satu. Aku dah janji dengan pelanggan, nak siapkan hari ni juga," keluh Seonghwa, menunding jari pada sebuah kereta Toyota yang berada di hujung bengkel.

𝐃𝐀𝐍𝐃𝐄𝐋𝐈𝐎𝐍 𝐈𝐈: 𝐔𝐍𝐁𝐑𝐄𝐀𝐊𝐀𝐁𝐋𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now