Hai korang! Kita berjumpa lagi...Baiklah, mari kita mula membaca kelanjutannya yer....
Harap dapat manarik selera baca anda.
Beberapa hari kemudian...
Ali sudah pulih daripada kecederaan yang dialaminya tetapi masih dalam pemantauan ayah serta abang kembar nya.
Di meja makan,
"Haa! Ali makan banyak banyak abang masak lebih tu , biar cepat sikit sihat" kata Alex.
"Baik...umm ayahhhh,abang... Ali ada permintaan" kata Ali.
"Apa permintaan kamu tu" kata En Ghazali.
"Ali nak masuk sekolah esok boleh?" tanya Ali perlahan.
" Tak boleh!!!" Bentak Alex .
"Kamu ingat abang akan lepaskan kamu macam tu sahaja lepas apa yang dah jadi? Memang tak la !" kata Alex dengan nada garang.
"Abang ada beberapa hukuman untuk kamu Ali" kata Alex dengan senyuman yang menakutkan. Ali yang mendengar kata-kata Alex mula pucat dan ketakutan . Ali tahu sangat perangai Alex. Dia amat menakutkan apabila menghukum seseorang dan tak kira siapa pun.
"Lepas makan jumpa aku kat bilik" kata Alex dengan dingin.
"Aduh habis la aku " bisik Ali. En Ghazali yang melihat hanya dapat melihat menghela nafas kerana dia tahu apa yang Alex akan melakukan itu adalah untuk kebaikan Ali. Kemudian, mereka melanjutkan sesi sarapan dengan tenang tanpa perbincangan lagi.
Di bilik Alex...
Alex sedang menyemak kertas² kerja yang baru dihantar oleh Hana di tabletnya. Kemudian, dia mendengar ketukan di pintunya.
"Masuk!,"
"Abang Alex..." panggil Ali perlahan. Alex mendongak dan melihat Ali dihadapannya. Dia menggamit Ali untuk duduk di atas ribanya. Ali tersenyum riang dan laju mendekati abangnya itu. Sykurlah mood Abang Alex nampak lebih okay daripada tadi- kata Ali dalam hati.
Alex memeluk pinggang Ali erat dan melabuhkan dagunya di atas bahu Ali. Mereka terdiam sebentar. Ali hanya diam dan menanti abangnya untuk berkata. Tak lama selepas itu, Alex melepaskan nafasnya berat di leher Ali dan berkata,
"Sebenarnya, abang betul-betul berat nak lepaskan Ali pergi sekolah...Apa kata Ali duduk---,"
"Alaa...bolehlah abang...Ali nak pergi sekolah...Syarat apa pun Ali tak kisah! Janji boleh pergi sekolah...Please," potong Ali. Dia membuat muka kesian dengan mata yang bersinar. Alex terdiam melihat adiknya itu. Dia menghela nafas lagi.
"Baiklah...baiklah...Ali boleh pergi sekolah semula esok," putus Alex. Ali bersorak senang dan memeluk erat abangnya, alex tersenyum senang melihat adik kesayangannya itu.
"Tapi...Ali kena selalu dengan abang. Pergi balik sekolah dengan abang and then you can't friend with anyone there. This is you punishments, my little brother. Did you understand, Alixander?" kata Alex.
"I got it brother!," balas Ali teruja. Alex gemas dengan perangai adiknya itu terus mengelus lembut rambut Ali.
"Dah pergi tidur. Lewat dah ni...esok nak sekolah kan?,"
"Okay! Good Night my dear brother1," ucap Ali dan dengan pantas menyium pipi abangnya dan berlalu ke biliknya dengan hati yang riang.
Yeay! Boleh pergi sekolah! Boleh pergi sekolah! – gumam riang Ali dalam hati.
Alex yang awalnya agak terkejut dengan perilaku Ali tersenyum perlahan-lahan. Dia menggelengkan kepalanya melihat tingkah laku adiknya yang boleh dikatakan absurb tu.
"Esok aku akan siasat siapa yang berani buat Ali jadi macam tu," bisik Alex dengan smirk mengerikan terukir di wajahnya.
"Let's start our games...Foolish," kata Alex dalam nada yang menakutkan.
Keesokkan harinya...
"Yo Ali selamat pagi...kau main tak detektif Jebat limited edition malam tadi? Gempak oo," kata Viktor. Namun Ali hanya buat endah tak endah sahaja dengan apa yang Viktor cakapkan kerana dia ingat janjinya dengan Alex.
"Hey Ali! kau dengartak?" kata Viktor sambil memegang bahu Ali. Ali yang terkejutdan secara tidak sengaja menepis tangan Viktor dan menolak Viktor jatuh. Seluruh kelas terkejut dengan tindakan Ali. Viktor terus bangun untuk bertanya kepada Ali. Alicia pun terkejut melihat perbuatan Ali.
"Kau okay tak ni kawan? Kenapa lain macam jer kau hari ni?," tanya Viktor sambil berdiri di depan Ali. Ali serba salah! Kalau dia cakap dengan Viktor nanti dia akan kena dengan Alex. Namun dia kesian melihat kawan baiknya yang seorang tu.
"Sorry Vik...tapi boleh tak dua tiga minggu ni kan, kau jangan tegur aku dan bercakap dengan aku? Aku tak nak apa apa yang buruk terjadi dekat kau. Jadi tolong yer...please," kata Ali sambil melihat Viktor dengan pandangan memohon. Viktor pelik namun dia faham dengan apa yang cuba Ali sampaikan jadi dia hanya mengiyakan sahaja.
"Baiklah....tapi kau hutang penjelasan dengan aku," setuju Viktor. Ali hanya mengangguk setuju. Kemudian, Puan Munah pun masuk kelas dengan seorang pelajar baru.
"Baiklah semua! Hari ini kita ada seorang pelajar baru pindahan dari UK," kata Puan Munah. Kemudian, lelaki itu memperkenalkan dirinya dan menunjukkan wajahnya. Semua orang terkejut melihatnya.
"Nama aku Alexander bin Ghazali. Aku abang kembar Ali," kata Alex dingin. Kemudian berjalan dan duduk di tempat kosong disebelah Ali. Seluruh kelas terkejut lebih-lebih lagi Viktor dan Alicia kerana setahu mereka Ali ialah anak tunggal. Namun, semua kekecohan berhenti apabila Puan Munah mulakan pembelajarannya.
TBC
HELLO! MACAM MANA CHAPTER INI? ADA BAIK?
CONTINUE OR UNPUBLISH?
THANKS FOR READING MY BOOK
YOU ARE READING
MY OVERPROTECTIVE MAFIA FAMILY
Teen FictionAli bin Ghazali. Dia ialah seorang Ejen MATA yang sering dibuli dan dipandang rendah. Namun disebalik itu, dia merupakan insan kesayangan bagi seluruh ahli keluarganya. Dia memiliki sebuah keluarga yang merupakan dari susur galur THE DEMON ASSASINS...