Hello I'm back! hehehe..Enjoy yea!
Ali kini sedang mengelilingi sebuah taman bunga orkid dan rose yang ada di halaman belakang rumahnya dengan senyuman sayu. Dia mendekati taman orkid dan rose itu dengan perlahan. Memandang ke semua orkid dan rose yang terdapat di situ dengan perasaan yang bercampur aduk. Matanya terasa panas. Perlahan tapi pasti dia menyentuh salah satu kelopak bunga orkid yang tumbuh mekar di taman itu dengan hati-hati dan sayang. Tanpa dia sedari air matanya telah pun mengalir laju.
"Mama...Ali rindu sangat dengan mama...Rindu sangat....Kalau mama ada dekat sini kan, mesti mama suka dan teruja sebab...se-sebab Ali bet-betul jaga kebun bunga mama ni. Se-semua bunga orkid kesayangan mama tumbuh dengan mekar kat sini ma...A-ali...A-lii," Ali tak dapat nak meneruskan kata-katanya lagi. Tangannya menggeletar kuat sekarang ini. Dia jatuh terduduk di hadapan sebuah pokok orkid. Badannya menggeletar menahan tangisan.
"Hiks..Hiks...Ma-mama...mama," isak Ali kecil. Dia memegang kuat dadanya yang terasa sangat sakit. Tiba-tiba pelukkan hangat menerpa dirinya.
"Same thing goes to me too Ali...I miss her too bad...I..I really missed her too," kata Alexander. Alex mengeratkan pelukannya terhadap adiknya itu. Ali yang mendengar itu langsung menangis pilu. Dia memeluk erat badan Alex. Mereka menangis di hadapan kebun bunga mama mereka. Kebun bunga itu sangat beerti bagi Dr Ghazali, Alex dan Ali kerana kebun bunga itu sahajalah tinggalan terakhir Ejen Aliya kepada mereka dahulu. Kebun itu juga menyimpan seribu satu rahsia mereka sekeluarga.
"Abang...kenapa rasa rindu begitu menyesakkan dada? Sakit sangat macam kena tikam bertubi-tubi dekat sini. Kenapa bang? Kenapa...kenapa nasib kita macam ni bang? Ali betul-betul rindukan mama," kata Ali sayu. Mukanya sudah merah. Alex yang mendengar rintihan Ali itu terus rasa pilu di hatinya. Tak pernah...tak pernah Ali mengatakan itu sepanjang ketiadaan mama mereka. Ini kali pertamanya Ali mengatakan begitu. Pasti Ali merindui mama mereka sangat.
"I'm sorry Ali..i'm sorry," kata Alex pilu.
Mereka berdua meleraikan pelukkan mereka dan memandang kebun bunga itu dengan sayu. Pokok bunga rose dan orkid itu sangat bermakna bagi mereka. Segala kemarahan, kekecewaan, kegembiraan dan keputus asaan mereka tertanam sepi di kebun itu. Alex menggapai dan memetik setangkai rose manakala Ali pula memetik setangkai orkid. Mereka memandang kedua-dua bunga itu dengan mata yang berair.
"Orchids such are a gorgeous," kata Ali perlahan dengan lelehan air mata. Alex tersenyum mendengar kata-kata Ali itu dan menyambungnya juga dengan air mata.
"Roses such are a pretty bait," - Alex
"Orchids are too sly," - Ali
"Roses are painful creaters," – Alex
"But after all, there are still have a lovely memories," – Ali&Alex
Mereka saling memandang antara satu sama lain dengan wajah yang sembab. Senyuman penuh kerinduan jelas terukir di bibir mereka. Sebenar ayat yang mereka katakan tadi adalah satu nasihat yang sering arwah mama mereka pesan kepada mereka. Ayat itu sudah seperti penyemangat hidup mereka. Seketika kemudian satu pelukan hangat dari seorang ayah menyapa tubuh mereka sayang. Entah bagaimana secara automatik air mata mereka mengalir lagi dengan laju.
"Kerinduan itu adalah satu bisa yang merebak ke dalam badan untuk membunuh seseorang. Kasih sayang pula adalah penawar ampuh untuk luka yang ditorehkan oleh kerinduan. Ayah ada dengan kalian berdua lagi sayang...Ayah ada...Kita adalah keluarga. Rindu itu wajar kepada orang yang telah tiada tapi jangan sampai memudaratkan kesihatan kalian," pujuk Dr Ghazali. Alex dan Ali menerpa ayah mereka dengan pelukan erat jua. Dr Ghazali turut menangis. Jujur dia juga sebenarnya merindui arwah isteri kesayangannya namun demi anak-anaknya yang masih ada di depan matanya, dia menguatkan dirinya. Dia asalnya mahu menjeguk sebentar tanaman kesayangan arwah isterinya itu sebelum makan malam, tetapi sebaik sahaja dia sampai di sana, hatinya bagaikan tercabik-cabik apabila mendengar rintihan rindu anak-anaknya. Lantas, dia mendekati mereka dan mendakap mereka erat.
YOU ARE READING
MY OVERPROTECTIVE MAFIA FAMILY
Teen FictionAli bin Ghazali. Dia ialah seorang Ejen MATA yang sering dibuli dan dipandang rendah. Namun disebalik itu, dia merupakan insan kesayangan bagi seluruh ahli keluarganya. Dia memiliki sebuah keluarga yang merupakan dari susur galur THE DEMON ASSASINS...