SELAMAT MEMBACA YEA!
Kansai International Airport, Osaka, Japan.
"Aku pulang sayang....Aku pulang kepadamu. Tunggulah kedatanganku. Aku merinduimu meskipun aku tahu dikau mesti tidak mengingati diriku. Namun, aku akan tetap pulang dan membantumu untuk 'kembali'," kata seorang perempuan. Kini dia menunggu pesawat yang membawanya untuk pulang ke Malaysia memulakan perjalanan.
"Tungguku sayang..Tungguku..................Alixander,"
Malaysia, (rumah Ali)
Sekarang, kelihatan Ali dan Gabriella sedang berehat di ruang tamu sambil mengemil beberapa snack. Ali tidak fokus akan apa yang dilihatnya di kaca TV, namun apa yang difikir olehnya ialah masa lalunya yang masih kabur diingatannya. Kemudian, dia menatap Gabriella yang sedang khusyuk menonton TV itu dengan saksama. Gabriella yang sedar dipandang oleh Ali menghembuskan nafasnya perlahan. Dia menggapai remote TV dan mematikan siaran. Dia membalas pandangan Ali dengan tatapan bertanya.
"So, what it is? What did you want to know from me?," tanya Gabriella. Ali tersenyum kecil dan menggeleng kepalanya kecil.
"Nothing sis...I'm just...just feel like I want to hear some story right now," balas Ali perlahan. Gabriella tersenyum kecil.
"Baiklah...kebetulan sekarang ini neechan memang nak cerita sesuatu kepada Ali, so come here little pie," kata Gabriella. Ali yang mendengar itu teruja. Dengan cepat dia mendekati Gabriella dan melabuhkan kepalanya dipangkuan Gabriella. Dia memasang elok-elok telinganya untuk mendengar cerita Gabriella kerana dia tahu setiap cerita yang dibawakan Gabriella itu selalunya adalah kisah benar yang telah berlaku. Gabriella yang melihat Ali yang bersemangat itu tertawa kecil.
"Baiklah...cerita dia seperti ini....Dulu ada sepasang kekasih yang sangat manis. Mereka berdua sangat rapat dan saling menyayangi antara satu sama lain walaupun hidup mereka itu boleh dikatakan sentiasa di dalam bahaya. Almaklumlah, mafiakan? Mereka sangat mencintai antara satu sama sehinggalah suatu hari mereka bertunang. Hari pertunangan mereka sangat meriah dan itu merupakan hari yang amat membahagiakan bagi sang lelaki. Walaupun sang lelaki itu tidak mempunyai mamanya di sisinya dikala hari pertunangannya, dia tetap bahagia kerana di hari bahagia dia itu, dia masih mempunyai ayahnya, abangnya dan ahli keluarganya yang sangat menyayanginya bak permata yang berharga. Namun, itu semua hanya sementara...tiga hari selepas hari pertunagan mereka berdua, sang lelaki mengalami kemalangan ngeri ketika dalam perjalanan menuju pulang dari kedai runcit. Sang lelaki mengalami kecederaan yang amat teruk. Kaki dan tangannya hampir remuk. Sang lelaki koma selama setahun. Sang gadis mengalami kemurungan teruk sepanjang tahun itu. Setelah bersabar menanti, sang lelaki mulai sedar, namun sekali lagi takdir mempermainkan kisah mereka dengan sang lelaki yang kehilangan segala memori lamanya. Sang gadis mengalami depresi berat kerana terlampau sedih melihat keadaan sang lelaki sehinggakan dia dibawa jauh dari sang lelaki untuk sementara waktu demi mengubati dirinya sendiri dari penyakit depresi serius. Sang lelaki memulakan kehidupannya dengan zero memori tentang mereka. Sang gadis sedang berjuang keras dengan nyawanya di suatu tempat yang jauh dari sang lelaki demi kembali kuat untuk membantu sang lelaki kembali dengan memori lamanya. Sang lelaki yang langsung tidak menyedari dirinya diperjuangkan dari jauh itu meneruskan kehidupannya dengan baik. Kalau Ali nak tahula kan...inilah kisah cinta sedih yang neechan tengok sendiri dengan mata kepala neechan sendiri. Neechan tengok sendiri bagaimana kerasnya perjuangan sang gadis untuk melawan depresinya demi sang lelaki yang dicintainya. Neechan tengok sendiri bertapa sedih dan kosongnya hidup sang lelaki selepas kehilangan memorinya. Sang lelaki itu tidak sedar bahawa hidupnya yang sedang dia jalani itu terlihat sangat kosong dan menyedihkan. Neechan sendiri sampai menangis sakit melihat kisah hidup mereka," cerita Gabriella panjang lebar.
YOU ARE READING
MY OVERPROTECTIVE MAFIA FAMILY
Teen FictionAli bin Ghazali. Dia ialah seorang Ejen MATA yang sering dibuli dan dipandang rendah. Namun disebalik itu, dia merupakan insan kesayangan bagi seluruh ahli keluarganya. Dia memiliki sebuah keluarga yang merupakan dari susur galur THE DEMON ASSASINS...