C4-DEMON PHANTOM

981 58 9
                                    

YOW-YOW...BERJUMPA LAGI KITA DI CHAPTER INI.

SELAMAT MEMBACA.



Petang hari...

Ali kini sedang tersesat kerana mengejar seekor kucing yang comel akan tetapi semasa Ali mengejar kucing itu ia tiba-tiba hilang. Ali selepas itu merungut kesal kerana kehilangan kucing itu dan tidak tahu macam mana nak keluar dari lorong gelap itu. Dia sebenarnya hanya ingin menenangkan hati dan fikirannya dengan bersiar-siar di sekitar taman perumahannya. Tapi tak sangka pula dia yang dia akan sesat macam ini.

Tiba-tiba Ali terdengar derapan tapak kaki menghala kearah nya dan tiba-tiba dia terlanggar sesuatu yang keras tetapi ia bukan dinding. Apabila Ali melihat keatas dia dapati dua orang lelaki yang kacak sedang menatap Ali dengan dingin. Ali mula ketakutan. Ali cuba berlari tapi ditahan oleh salah seorang dari nya.

"Kau nak pergi mana hah?" tanya lelaki berambut purple.

"Korang ni siapa hah" tanya Ali sambil meronta-ronta untuk melepaskan diri tapi gagal kerana lelaki yang berambut hijau itu memeluk nya . Semakin lama rontaan Ali makin lemah dan serta merta Ali tidak sedarkan diri. Kedua lelaki mula panik.

"Wei kenapa ni! Leo jom bawa Phoenix balik markas," kata pemuda berambut hijau itu.

"Okay Ethan," kata Mikleo. Mereka pun mengangkat Ali masuk ke dalam kereta lalu membawa Ali ke markas.



Sementara itu di rumah Ali...

Kelihatan Alex sedang duduk melepak di depan TV dengan semangkuk ramen di depannya. Tak lama selepas itu, Keyran menghampirinya dengan memegang telefon.

"Weh Lex...Ali kena culik dengan Mikleo dan Ethan," kata Keyran dengan santai. Dia pun melabuhkan dirinya di sebelah Alex dan mula menjamah ramennya juga. Alex yang mendengar itu hanya tersenyum sinis.

"Jadi mereka pun dah mulakan rancangan tu...Alright...kita biarkan jela dulu mereka buat guna cara mereka dulu. Nanti baru kita turut serta," kata Alex santai.

"Okay," sahut Keyran. Kemudian mereka menyambung menonton movie sambil memakan ramen mereka itu dengan tenang.





Di markas Demon Phantom,

Ali yang sedang tidak sedarkan diri itu dibawa masuk dan diletakkan di atas sofa ruang tamu markas yang mewah tersebut. Ramai anggota mafia yang melihat wajah Ali terkejut kerana wajah Ali serius dengan wajah ketua mereka Phoenix.

Beberapa jam selepas itu...

"Ughh... Sakitnya kepala aku," gumam Ali.

"Dia dah bangun!" kata Ethan. Ali yang melihat itu mula kecut perut. Tiba-tiba ada seorang lelaki memukul kepala Ethan. Dia ialah Mikleo.

"Woi yang kau cakap macam tu kat Phoenix kenapa?" kata Mikleo.

"Hehe sorry,"kata Ethan. Ali yang terpinga-pinga terus bertanya,

"Siapa Phoenix tu? Saya kenal ke? Dan saya ada kat mana ni?" tanya Ali. Dia bingung dengan situasi dia sekarang ni kalau boleh jujur. Mereka yang mendengar pertanyaan polos Ali itu terdiam seketika.

"Seriuslah kau tak ingat? Kau tu lah Phoenix! Mafia no. 1 paling mengerunkan di dunia mafia serta tempat lain dan sekarang kau ada kat markas kita," terang Ethan. Ali menjadi semakin blur.

"Baik lah disebabkan kau tak ingat aku akan try bagi kau ingat balik pasal dunia kau ni," kata Mikleo.

"First perkenalkan nama aku Mikleo Walter orang kanan kau dan ini Ethan Barney. Dia merupakan hacker dan spy dalam grup kita iaitu Demon Phantom." Terang Mikleo secara briefing dahulu. Ali yang mendengar itu cuba mencerna dan cuba mengingat kembali.

3 jam berlalu...

"Haih nampaknya ingatan kau tak boleh pulih dalam masa yang cepat," kata Mikleo.

"Tak pe lah kau cuba la ingat balik perkara yang aku cakap tadi. Aku minta sangat ingatan kau pulih sepenuhnya sebab kami perlukan kau untuk memimpin Demon Phantom kembali. Dah lama sangat kami beroperasi tanpa ketua kami,"

Ali merasa tidak percaya bahawa dia sebenarnya seorang Mafia. Setahu dia, hanya abang kembarnya dan keluarga dia yang lain sahaja ialah mafia. Dan apa-apaan itu! Aku mafia No.1? habis tu abang Alex nombor berapa? Ali menggeleng perlahan kepalanya. Aku masih perlukan masa untuk mengingat kembali apa sebenarnya dan siapa sebenarnya aku ini...

"Dahlah tu Boss... Mari kami hantar boss balik dulu. Dah lewat ni," kata Ethan setelah lama berdiam diri. Dia merasa kasihan melihat keadaan Ali yang kelihatan sangat lemas itu. Ali pun hanya mengangguk setuju dan mengikuti langkah Mikleo dan Ethan.



Di rumah Ali,

Tok..tok

"Assalamualaikum Ali dah balik," kata Ali. Ali melangkah masuk ke dalam rumahnya dan melihat abangnya bersama seseorang. Lantas Ali mendekati Alex.

"Hah...Ali balik pun kau...kenapa lewat sangat kau ba—," kata Alex tergantung serta merta apabila secara tiba-tiba tanpa amaran Ali menghamburkan dirinya ke dalam pelukkan yang erat. Dia menjongketkan keningnya hairan. Namun, tanpa membuang masa dia membalas pelukkan itu dengan tak kalah eratnya jua.

"Ali rindu abang Alex... dan sorry, tadi Ali jumpa kawan lama Ali kejap. Tu yang lama sikit tu," kata Ali dengan suara terendam. Makin pelik Alex dengan perangai Ali. Tak ada angin, tak ada ribut kata rindu. Padahal bukannya samapi bertahun pun mereka tak jumpa. Baru 7 jam kot. Dia memandang Keyran dengan pelik. Keyran pun membuat muka macam mengatakan – tu adik kau! Manalah aku tahu kenapa!

"Haih...takpalah kalau macam tu. Tapi ni Ali okay ke tak ni?," tanya Alex sambil mengelus lembut belakang Ali. Ali kini berada di pangkuannya bagaikan anak kecil. Dah lah badan dia ni memang kecil.

"Okay je kot..." balas Ali pelan. Alex makin pelik, namun dia tidak mahu membuat Ali makin 'pelik' jadi dia hanya ikutkan sahaja perangai Ali yang ini.

"Oh ya Ali...ni Ali ingatkan lagi kawan baik abang? Abang Key?," tanya Alex sambil menggerakkan badannya ke kiri dan kanan bagaikan mendodoi Ali. Ali hanya menganggukan kepalanya. Kemudian, dia menegakkan badannya secara tiba-tiba dan menoleh pantas ke arah rakan abangnya itu. Matanya berbinar senang.

"ABANG KEY!," jerit Ali gembira. Dengan riangnya Ali menghulurkan tangannya yang putih nan kecik molek itu ke arah Keyran tanda ia ingin digendong. Keyran dan Alex hanya ketawa geli melihat Ali yang seperti itu. Keyran yang faham pun lantas mengendong Ali seperti biasa yang dia buat. Ali memeluk erat Keyran dan bergumam kecil dengan riang.

"Yeay...dapat digendong oleh Abang Key! Abang Key! Ali rinduuuuu sangat dengan abang!," kata Ali.

"Hahaha..ye Ali...abang pun rindu dengan Ali. Gomen ne, sebab baru sekarang abang dapat jumpa Ali balik," kata Keyran sambil menepuk perlahan kepala Ali sayang. Ali hanya mengangguk gembira kerana dia sangat senang melihat abang angkatnya itu. Alex dan Keyran lega apabila melihat Ali yang kian ceria daripada tadi. Mereka pun terus berceloteh dan sama-sama tidur di ruang tamu.

TBC

CONTINUE OR UNPUBLISH?

THANKS FOR READING MY BOOK.

MY OVERPROTECTIVE MAFIA FAMILYWhere stories live. Discover now