HELLO SEMUA...AHRI INI RYN KEMBALI SEMULA..
TAPI NURIN KEMBALI DENGAN SPECIAL CHAPTER. CHAPTER SEBELUM INI NURIN STOP KEJAP DAN GANTIKAN DENGAN SPECIAL CHAPTER INI (SC).
SELAMAT MEMBACA!!!
Kelihatan tiga orang sedang berjalan mendekati satu kandang binatan buas dengan tenang. Mereka menuju ke arah gate kandang itu lalu salah seorang dari mereka memandang tepat CCTV yang ada di atas gate itu. Selang beberapa saat, gate itu terbuka sendiri. Dengan langkah girang Ali, lelaki yang memandang CCTV tadi memasuki kandang itu diikuti Alexander dan Olivia.
"Ali...abang pergi jumpa Redy dulu ye. Nanti baru abang jumpa King," kata Alex sambil berjalan santai ke arah satu tasik buatan yang terdapat dalam ruangan itu. Ali hayan menganggukkan kepalanya.
"Wakatta!," kata Ali. Kemudian, Ali berjalan maju ke dalam hutan buatan yang terdapat di kandang itu dengan girang. Sedangkan Olivia hanya mengikuti langkahnya dengan saksama. Tak lama kemudian, Ali menoleh ke arah Olivia.
"Sayang...Xander pernah tak tunjuk rupa King dulu dekat sayang? Xander tak berapa ingatlah," tanya Ali. Langkahnya terhenti di hadapan Olivia. Olivia tersenyum manis lalu dengan cepat dia mendekati Ali dan mengenggam erat tangan Ali.
"Tak pernah sayang...And it's okay if you don't remember okay? You just can ask me," kata Olivia dengan nada yang lembut. Ali tersenyum senang. Dia mendakap Olivia sayang. Muka Olivia memerah malu namun, Olivia tetap membalas dakapan Ali tak kalah eratnya. Ali meleraikan pelukkan itu dan kembali memandang ke hadapan. Baru beberapa langkah Ali berjalan, secara tiba-tiba seekor serigala putih besar menerkam Ali. Olivia yang baru mahu melangkah mengikuti Ali terkaku di tempatnya. Tepat di depan matanya, Alixander diterkam oleh serigala besar berwarna putih!
"ALIXANDER!," pekik Olivia. Dia terkaku. Otaknya blank! Air matanya berlinangan. Baru sahaja dia mahu menjerit memanggil Alex, suara ketawa bergema di tempat Ali dengan serigala itu. Olivia bingung. Tak lama selepas itu, jelas di mata Olivia bahawa serigala dengan Ali sedang bermanjaan!
"Hahaha!!! King!!! Rindunya aku dengan kau!," kata Ali sambil terkekeh girang. Olivia terlopong.
"APAKAH?," kata Olivia. Jelas di matanya kini bahawa sang serigala besar tu tengah menjilat wajah Ali manja. Ali dengan gembira mengelus kepala serigala putih besar itu. Ali yang sedar akan keterjutakan Olivia lantas tersenyum menenangkan kepada Olivia.
"I'm sorry sayang. Awak mesti terkejutkan? Sorry sangat! Saya lupa beri tahu awak yang King ni memang manja. Mesti awak terkejut sangatkan bila tiba-tiba King terkam saya tadi. Maaf ye," sesal Ali. Ali bangun dari pembaringannya dan mendekati Olivia yang jelas masih kebingungan itu. Ali tertawa kecil melihat wajah lucu Olivia saat kebingungan itu. King, sang serigala putih besar milik Ali itu hanya mengikuti Ali dengan menggosokkan kepalanya manja dilengan Ali.
"Hey sayang? Are you okay? Why did you space out darl?," tanya Ali dengan senyuman geli. Olivia yang tersedar adri kebingungannya itu tersenyum malu.
"E-ehh..saya okay je Xander. Cuma saya betul-betul tak sangka bahawa King yang selalu awak sebutkan itu ialah seekor serigala putih sebesar ini," kata Olivia. Ali terkekeh geli sambil mengelus badan King yang masih lagi bermanja dengannya itu.
"Sorry tau kalau dia buat awak takut tadi...Dia memang macam tu, manja dengan saya...Ni pula dah dekat bertahun dah saya tak jumpa dia, memang nampak saya dia terus terkam la, hehehe," kata Ali dengan cengisan. Olivia hanya terkekeh geli.
YOU ARE READING
MY OVERPROTECTIVE MAFIA FAMILY
Ficção AdolescenteAli bin Ghazali. Dia ialah seorang Ejen MATA yang sering dibuli dan dipandang rendah. Namun disebalik itu, dia merupakan insan kesayangan bagi seluruh ahli keluarganya. Dia memiliki sebuah keluarga yang merupakan dari susur galur THE DEMON ASSASINS...