Special Chapter:OUR KING AND REDY II

401 23 5
                                    

Okay...Special Chapter (SC) Our King and Redy part II is ready....

Enjoy your reading...




"Nampaknya macam tu la, sayang,"




Ali terus mengelus sayang kepala King. Sungguh dia merindui King. Hampir 2 tahun tidak jumpa. Olivia tersenyum senang melihat Ali yang kegirangan itu. Beberapa minit selepas itu, kedengaran suara Alex memanggil mereka berdua.

"Ali! Oliv! Come here!," pekik Alex dari arah tasik. Ali dan Olivia menuju ke arah Alex bersama King kerana King tidak mahu langsung jauh-jauh dari Ali. Mereka mendekati Alex yang sedang berdiri di pinggir tasik.



Ali POV's

Aku bersama Olivia memandang bingung kepada Abang Alex. Aku menepuk perlahan bahu Abang Alex apabila aku mulai terassa diabaikan dengan Olivia di situ. Abang Alex menoleh dan dapatku kesan riak bimbang di wajahnya. Aku mengerutkan dahiku dan bertanya,

"Kenapa bang? Ada apa-apa yang terjadi ka?" tanyaku. Abang Alex memegang kuat bahuku dengan riak wajah yang sudah hampir menangis. Makin keliru aku jadinya.

"Re-redy didn't answering my call. He didn't respond anything even I offered him a bunch of corpses for him." Kata-kata Abang Alex itu membuatkan aku turut bimbang.

"What? Are you sure brother?," tanyaku panik. Abang Alex hanya menganggukkan kepalanya lemah. Manakala Olivia kelihat bingung dengan percakapan kami.

"Redy! Where are you buddy? REDY!," panggilku. Namun, seperti kata Abang Alex sebentar tadi, tiada sebarang respon. Kami bimbang. Setelah beberapa saat kami terdiam, suara Olivia memecah kesunyian.

"Kenapa Xander? Adakah semuanya baik-baik saja?" tanya Olivia sambil memegang lembut bahuku. Aku menolehkan pandanganku kepadanya. Air mataku pun turut berlinang. Olivia kelihatan terkejut melihat keadaan kami adik beradik yang jelas tidak boleh dikatakan baik-baik sahaja.

"Oliv...Oliv...Redy-Redy dia tak bagi apa-apa respon dekat panggilan kami. Kami risau kalau ada sesuatu yang buruk terjadi dekat Redy. Sebelum ini, kalau dia merajuk ke apa ke, bila kami tawarkan satu lori mayat, dia akan munculkan dirinya. Tapi kali ni, dia langsung tak bagi respon," kataku lirih. Olivia berasa simpati.

Aku menghela nafas kasar. Aku memandang Abang Alex yang kini berada dalam tasik itu. Dia masuk ke dalam air sehingga paras lututnya. Aku mendekati Abang Alex. Aku berdiri betul-betul di sebelah Abang Alex.

"Redy! Mana kau Redy! Marilah sini! Aku rindu kat kau! Abang Alex pun rindukan kau! Kau tak rindukan kami ke? Redy!," panggilku.

"Betul tu Redy! Kau tak rindu dekat kami ke Redy? Marilah sini!," laung Abang Alex pula. Kami berdiam diri sebentar untuk menunggu respon daripada Redy. Namun hampir sepuluh minit menunggu, benda yang ditunggu masih belum menampakkan dirinya. Aku mengeluh sedih.

"Haih...tak apalah Ali...Jomlah kita balik dulu. Mungkin dia masih merajuk dengan kita kot sebab lama dah tak datang jenguk dia," ajak Abang Alex sayu. Aku hanya menganggukkan kepalaku. Kami berjalan menuju ke arah daratan semula. Namun, baru beberapa langkah, aku terdengar Olivia menjerit.

"Arghhh! Xander! Abang Alex! Tengok tu!," pekik Olivia ke arah kami berdua sambil menunjukkan bahagian kaki kami berdua. Aku dan abang Alex spontan melihat kaki kami. Terkejut aku apabila melihat ada dua sesunggut sotong berwarna merah melilit kaki kanan dan pingang aku dan Abang Alex erat.

"Eh?! Bila masanya kita kena lilit ni?," tanya Abang Alex bingung. Tak sempat aku nak jawab, tubuh kami berdua melayang ke atas dan kami di bawa ketengah-tengah tasik. Aku dan Abang Alex apa lagi? Jeritlah! Mana kau tak jerit! Tiba-tiba tubuh melayang atas tasik! Ngeri tahu tak!

"Wuarghhhh!!!!! Yah!!! REDY!!!!," pekik aku dan Abang Alex kuat. Olivia pula terkejut bukan main lagi. Lilitan sesunggut Redy mengerat di pingang kami berdua. Tak lama setelah itu muncul seekor sotong kurita besar berwarna merah dari tasik itu.

"Yah!!! REDY! KAU MAHU BUNUH KAMI KE HAH!?" pekik Abang Alex pula. Sedangkan aku sudah pun pasrah dengan tindakkan jahil peliharaan kami berdua ni. Suara ketawa tiba-tiba bergema di kawasan itu. Aku tersenyum kecil mendengar suara tawa yang jelas sekali seperti mengejek kami berdua. Abang Alex pula sudah mencebik bibirnya tanda dia marah.

"HEHEHE...Padan muka korang...siapa suruh lupakan aku lagi? Sekarang terimalah balasanya,"

Aku dan Abang Alex tertawa geli bersama sotong kurita merah yang besar itu atau lebih akrab kami panggil Redy. Namun, sekali lagi jeritan Olivia mengejutkan aku.

"WHAT?! SOTONG TU BOLEH BERCAKAP? ARE YOU KIDDING ME ALIXANDER DAN ALEXANDER GHAZALI?! COME HERE AND TELL ME WHAT THE HELL IS GOING HERE! N.O.W.!," pekik Olivia dengan sekuat hati.

"Adehhh...Habis kita bang! Habis..." keluhku kepada Abang Alex. Sedangkan Abang Alex sudah pun pasrah. Cukup mengerikan tahu tak kalau si Olivia tu marah! Redy pula hanya tertawa mengejek dan dia membawa kami ke pinggir tasik semula. Aku dan Abang Alex takut-takut memandang wajah garang milik Olivia. Sedangkan si kurita durhaka itu hanya tersadai nyaman di tepi tasik itu. aku mendelik ke arah Redy. Hish! Nasib aku sayang! Kalau tak sayang, dah lama aku masak gulai kau, Redy!

Ali POV's End


"So...Who's gonna tell me what is going on here, right NOW?." Tanya Olivia dingin. Ali menolak Alex. Alex mendelik ke arah Ali tapi Ali menayangkan wajah kesian. Merasa kalah, akhirnya dengan rengusan kasar dan berat seberat besi hati Alex menjawab,

"Haih.. baiklah-baiklah, Abang yang akan cerita hal yang sebenarnya. Jadi Oliv nak tahu apa yang sebenarnya dulu?" tanya Abang Alex.

"Oliv nak tahu...mana korang dapat Redy tu? Kenapa dia boleh sebesar tuh? Macam mana dia boleh bercakap? Dan macam mana korang pindahkan dia ke sini kalau besar dia sebesar bukit tu! Answer me!," kata Olivia dengan nafas terburu. Ali dan Alex menggaru leher mereka perlahan.

"Haih..baiklah...ceritanya macam ni sebenarnya,"





TBC

CONTINUE OR NOT?

HEHE INI PART II BAGI SPECIAL CHAPTER.

THANKS FOR READING MY BOOK AGAIN.

.

.

.

.

.

NEXT CHAPTER  -  OUR KING AND REDY PART III (LAST CHAPTER FOR THIS SC)

MY OVERPROTECTIVE MAFIA FAMILYWhere stories live. Discover now