C37-Beginning of War

369 23 8
                                    


Preview...


"KAU YANG DAH HANCURKAN KELUARGA AKU DULU FARID! KAU YANG MULAKAN DULU!!! JADI JANGAN SALAHKAN AKU YANG KEMBALI MEMBURU KAU HIDUP-HIDUP! SELAGI KAU TAK MAMPUS DIBAWAH TELAPAK KAKI AKU, SELAGI ITU AKU AKAN TERUS MEMBURU KAU! DAN AKU JUGA AKAN PASTIKAN SEMUA GARIS KETURUNAN KAU MAMPUS SEBIJIK MACAM MANA KAU BUNUH MAMA AKU!!! ITU SUMPAH AKU!,"

"Sekali kau dah masuk perangkap Sang Raja MAFIA, PHEONIX...Jangan pernah bermimpi sedikit pun yng engkau akan terselamat dari sesuatu yang bernama 'KEMATIAN'. Selagi kau tak mati, selagi itulah kau akan diburu!,"














Di sebuah bilik yang gelap nan dingin itu, kelihatan beberapa anggota inti Demon Phantom sedang berbincang dengan serius. Mereka duduk mengelilingi secara membulat dan di tengah mereka terdapat seorang lelaki yang sedang nazak akibat dibelasah oleh orang-orang mereka.

"Kau sendri tahu yang aku cukup benci dengan orang yang 'tikam belakang'. Kau memang minta mampus awal kah?" kata Pheonix dengan nada yang teramat dingin. Dia memandang orang itu dengan aura membunuh yang kuat.

"Am-ampun Phoe-nix...a-ku ti-ada pi-lihan lain...An-anak aku a-ada dengan mereka. A-aku sayang a-ank a-aku Pheonix...Ampun," kata lelaki itu yang bernama Jefri. Aura disekeliling Ali mulai mengendur sedikit.

"Anak? Sejak bila kau ada anak Jefri?," tanya Mikleo. Jefri menahan rasa nyeri di seluruh tubuhnya dan memaksa dirinya untuk berlutut di depan The Phantom Eye's demi menceritakan hal yang sebenarnya.

"A-aku sebenarnya d-dah lama berkhawin. Baru du-dua bulan yang lalu a-ku menyambut kelahiran anak lelaki aku. Aku merahsiakannya kerana aku tak nak hal itu menjadi sebab Demon Phantom mendapat masalah. Tapi...adik aku...adik aku bekerja dengan mereka! Dia khianati keluarga aku! Dia menyerang rumah aku....di-dia rogol isteri aku depan mata aku...Hiks...Hiks.... Dia juga membunuh isteri aku depan mata aku Pheonix... hiks dan mereka membawa Danish bersama mereka. Mereka mengugutku...kalau aku tak bantu mereka, mereka akan membunuh anak aku. Aku ta-tak kehilangan anak aku sama macam isteri aku Pheonix...Aku tak nak. Danish ialah satu-satunya peninggalan Anis untuk aku. Aku nakkan anak aku balik. Ampunkan aku....ampunkan aku," kata Jefri tersendu-sendu. Pheonix mengenggam erat fail keras ditangannya sehingga fail itu patah dua.

"Bangsat! Mereka main api dengan aku! Berani kau main api dengan aku!," pekik Pheonix penuh amarah. Dia menenangkan dirinya sebentar.

"Jangan risau...Aku sendiri yang akan selamatkan anak kau. Sekarang ni kau pergi rawat luka kau dan kemudian siapkan satu kumpulan terdiri daripada 10 orang. Aku ada tugas lain untuk kau selesaikan. Tentang anak kau...kau serahkan saja pada aku," kata Pheonix. Jefri yang mendengar itu hampir menangis haru.

"Baik Pheonix!," kata Jefri sebelum berlalu pergi untuk melaksanakan arahan Pheonix. Ya, dia percayakan Pheonix. Ketuanya yang seorang itu memang boleh dihandalkan!

'Kau akan mati dekat tangan Pheonix sang Raja Mafia wahai adik lanatku. Nikmatilah keseronakkan yang kau rasa sekarang kerana Sekali kau dah masuk perangkap Sang Raja MAFIA, PHEONIX...Jangan pernah bermimpi sedikit pun yng engkau akan terselamat dari sesuatu yang bernama 'KEMATIAN'. Selagi kau tak mati, selagi itulah kau akan diburu!,'

MY OVERPROTECTIVE MAFIA FAMILYWhere stories live. Discover now