C3-KEBENARAN KEMATIAN MAMA

1K 59 7
                                    

HELLO! ENJOY THIS BOOK OKAY!

THANKS FOR WAITING THIS UPDATE.


4 hari dah berlalu sejak kejadian di sekolah Ali. Sekarang Ali tengah berkurung di dalam biliknya kerana dia tengah siapkan kerja sekolah yang dah lama ditunda olehnya. Setelah beberapa jam mengerjakannya, akhirnya kerja sekolahnya pun telah siap.

Seketika kemudian, Ali mendapat panggilan dari MATA. Dia menyimpan semua alatan sekolahnya ke tempat asal. Ali keluar tanpa membuat sebarang bunyi akan tetapi Alex melihatnya keluar dari rumah di atas penjuru tangga. Setelah Ali pergi, dia mengambil telefonnya dan menelefon seseorang.

"Hello Key, aku nak kau cari sedikit maklumat rahsia tentang adik kembar aku ni.........Ye, memang aku dah jumpa dia tapi dia macam pelik....... Bagi aku maklumatnya selepas kau jumpa."

Setelah itu, dia menamatkan panggilan dan berjalan ke arah biliknya.


Di tempat misi Ali,

"Ejen jenis apa korang ni? Lemah!" kata Analogman.

Semakin Analogman mencaci maki kebolehan mereka, semakin Ali nak tumbuk muka orang tua tak sedar diri tu biar hancur. Tapi daripada dia tumbuk muka Analogman, Ali fikir baik dia tumbuk tanah je. Dia memeriksa keadaan sekeliling untuk memastikan kawan²nya tidak berada di depannya.

"Kau fikir kau akan menang? Kau salah. Aku akan tamatkan ni dengan satu tumbukan je." Kata Ali dan Ali menumbuk tanah dan dengan serta merta tanah retak. Semua konco² Analogman jatuh kedalam retakkan tanah yang disebabkan oleh tumbukan Ali.

"Mujur kita ada dekat kawasan lapang, kalau kita ada dekat dalam bangunan...... mati kita" kata Khai. Kemudian, mereka mula bersiap untuk pulang ke akademik. Namun, di tempat dimana tidak begitu jauh dari tempat ejen² mata berada, ada dua pasang mata melihat kejadian itu.

"Weh, dia macam ketua kitalah." Kata lelaki berambut hijau.

"Ye. Cara dia pandang orang tua tu pun sama. Sebiji. Nanti kita siasat. Jom. Balik ke markas." Balas lelaki berambut urple tu pula. Kemudian mereka pulang ke markas mereka. Dengan ejen² muda MATA, sebaik sahaja mereka sampai ke akademi, Ali terus ke bilik persalinan dan menukar sutnya.


Di rumah Ali,

Alex sedang menyemak dokumen² yang baru dihantar oleh Hana pagi tadi. Masa Alex tengah semak dokumen yang terakhir, Keyran memasuki biliknya dan memberikan maklumat Ali yang diperolehinya. Dia membaca maklumat itu dengan teliti dan Keyran juga memberikan sebuah gambar kertas. Dia membaca kertas itu dan membulatkan matanya.


 Nama : Alixander bin Ghazali

Umur : 14 tahun

Ejen agensi : Meta Advance Tactical Agency(MATA)

Teras : Tekno

Gajet : IRIS, yoyo blast

Maklumat tambahan:

Menjadi pemakai IRIS secara tidak sengaja. Merupakan ejen paling lemah tetapi kemahirannya semakin meninggkat.


Alex berdiri secara mendadak sambil menghempaskan tabnya diatas meja.

"Tak mungkin!" Jerit Alex. Keyran yang berdiri di sebelahnya terkejut.

"Kenapa Alex?" tanya Keyran sangsi melihat kegeraman Alex. Alex memberi kertas yang dibacanya kepada Keyran dan dia mulai membaca maklumat itu. Matanya terbuntang luas. Yela,walaupun dia yang mencari semua maklumat tu, tak semestinya dia baca dulu kan? Dia masih sayang nyawa dia lagi. Jadi dia hanya akan baca bila diizinkan oleh Alex sahaja. Namun, maklumat yang dia baca ini sangat tidak masuk akal baginya.

MY OVERPROTECTIVE MAFIA FAMILYWhere stories live. Discover now