C23-SIAPAKAH DIA II

492 32 7
                                    

PART II SIAPAKAH DIA IS UP! JADI SILENT READER PUN TAKPA...KITA tak KISAH PUN... :)






Ali melangkah longlai memasuki kelasnya. Badanya masih lemas dan penat kerana 'permainan' nya semalam. Hari ini Alex tak masuk sekolah kerana ada urusan mendadak tadi pagi. Ini masih awal pagi lagi dan siot-nya dia hanya berseorangan di dalam kelasnya. Dengan mendengus kasar dia melabuhkan diri di tempatnya dan menompang dagunya.

"Aishhhh....Bosanlah! abang Alex pula tak masuk hari ini. Viktor pun tak sampai lagi! Haih!," rungut Ali. Dia menanamkan wajahnya di lipatan tangannya dan kakinya menendang-nendang udara geram. Beberapa minit setelah itu, kedengaran langkah kaki memasuki kelasnya. Ali mengangkat kepalanya untuk melihat siapa yang datang dan ianya ternyata Rose. Ali hanya diam dan melihat Rose dengan senyap. Sedangkan orang yang dipandang itu hanya berjalan menunduk dan duduk di tempatnya dengan senyap. Ali masih lagi memandang Rose. Entah mengapa dia ingin sangat berdekatan dengan Rose. Tak dapat menahan dirinya lagi, Ali bangun dan mendekati Rose. Dia meduduki kerusi kosong yang terdapat di sebelah Rose.

"Sorry..Ali cuma nak duduk dekat sini dengan Kak Rose," kata Ali perlahan. Dia memanggil Rose dengan sebutan kak kerana dia masih ingat dengan jelas cerita Viktor semalam. Rose yang awalnya terkejut hanya menganggukan kepalanya setuju. Ali meletakkan kepalanya dengan lemas di atas meja dan menghadap ke arah Rose. Seakan faham akan keadaan Ali yang lemas itu, Rose berinisiatif mengurut kening Ali lembut. Ali hanya membiarkannya kerana dia rasa selesa. Sekali lagi, Rose membantunya untuk menghilangkan rasa sakitnya. Ali tersenyum manis kepada Rose dan dibalas tak kalah manis oleh Rose walaupun Ali tak nampak, dia tahu yang Rose sedang tersenyum.

"Terima kasih ya kak...Dah dua kali kak Rose tolong Ali," kata Ali dengan nada yang agak manja actually. Rose hanya menganggukkan kepalanya. Ali kembali menutup matanya kerana kepalanya itu masih sakit meskipun sudah berkurangan. Rose jadi tak tega melihat Ali seperti itu lantas memutuskan untuk berkata buat pertama kalinya.

"Kamu okay ke tak ni Ali?" tanya Rose dengan nada yang risau. Ali terkejut. Dia membuka matanya kembali dan menatap Rose dengan rasa bersalah.

"E-eh kak...Akak tak payahlah cakap kalau akak rasa tak selesa nak bercakap. Ali okay je," kata Ali serba salah. Rose hanya terkikik kecil. Dia mengelus lembut kepala Ali.

"It's okay Ali...Lagipun memang akak nak bercakap. Lama sangat dah akak tak bercakap dengan orang lain," kata Rose lembut. Ali menghembus nafasnya lega.

"Ermm...sorry tau kalau Ali buat akak rasa risih. Ali Cuma rasa tak enak badan je," kata Ali sambil tersenyum kecil. Dia memandang Rose dengan pandangan bersalah. Rose tertawa melihat wajah Ali.

"Mana ada lah...Akak tak kisah pun. Ni Ali masih sakit ke?" tanya Rose. Ali hanya menganggukan kepalanya sahaja. Rose merasa kesian melihat Ali itu.

"Jom kita pergi bilik kesihatan, akak teman" ajak Rose. Ali diam sebentar untuk berfikir. Setelah ditambah, ditolak, didarab dan dibahagi segala kebaikkan dan keburukkannya, Ali memilih untuk mengikut sahaja ajakan Rose itu.

"Okay..." kata Ali. Mereka berdua berdiri untuk pergi ke bilik kesihatan, namun badan Ali sedikit limbung. Jadi, Rose membantu memapah Ali. Dalam perjalanan ke bilik kesihatan mereka terserempak dengan Viktor.

"Eh Ali! Lo kenapa dowh?," tanya Viktor cemas. Ali hanya tersenyum kecil. Viktor tak duduk diam, dia membantu Rose memapah Ali menuju bilik kesihatan.

"Hehehe...tak ada palah Vik. Cuma kepala aku ni ha, sakit sikit. Aku tak tahan dah tu yang aku nak pergi bilik kesihatan ni. Untung Kak Rose ada dengan aku dalam kelas tadi, jadi dia bantulah aku," terang Ali. Viktor risau.

"La...habis tu kenapa kau datang sekolah juga Alixander? Ni kalau abang kau tahu ni, mampus aku kena ceramah dengan dia ni dowh," kata Viktor kesal. Ali tertawa geli.

"Ala..relax la, aku pujuklah abang aku nanti," pujuk Ali. Viktor hanya mendengus kesal. Dia memandang ke arah Rose sebentar dan tersenyum ikhlas.

"Terima kasih Kak Rose sebab bantu Ali. Kalau akak tak tolong budak kecil nan manja ni tadi, confirm saya kena dengan ceramah dari pagi hingga malam," kata Viktor dengan sedikit sindiran kepada Ali. Ali cemberut. Rose pula hanya tertawa kecil.

"Aku tak kecil! Manja tu ya, tapi aku tak kecil!," marah Ali. Viktor tersenyum jahil.

"Tak kecil lagi macam ni? 160 cm je," ejek Viktor. Ali makin cemberut. Dia mencubit pipi Viktor geram. Viktor hanya terkikik geli.

"Haih korang berdua memang macam ni ke?" tanya Rose dengan tawanya. Viktor yang sedikit terkejut mendengar suara Rose itu terus menjawab,

"Heee...kami memang macam ni kak. Saya suka sangat kutuk budak kecil ni," kata Viktor jahil. Ali pula sudah merajuk. Dia hanya berdiam diri dengan bibir yang sudah seperti bebek itik. Rose hanya menggeleng kepalanya geli. Tak lama selepas itu, mereka sampai di bilik kesihatan.

"Okay baiklah. Aku masuk kelas dulu ye Ali, Kak Rose. Nanti aku bagi tahu cikgu yang kau sakit dan Kak Rose yang tolong temankan kau kat sini," kata Viktor setelah selesai membantu membaringkan Ali di katil yang tersedia di bilik kesihatan itu.

"Ermm okay," kata Ali.

"Tolong ye Viktor," kata Rose pula. Viktor hanya mengangguk kepalanya yakin dan berlalu pergi. Rose melabuhkan dirinya di kerusi bersebelahan katil Ali. Ali memandang Rose dengan saksama. Dia tidur mengiring menghadap Rose.

"Kak..Ali nak tidur, boleh tak akak elus kepala Ali macam tadi kak?," kata Ali manja. Rose tersenyum kecil. Kemudian dia mengelus kepala Ali sayang.

"Boleh je Ali...Dah sekarang Ali rehat dan tidur okay, Akak teman," kata Rose lembut. Ali tersenyum kegirangan. Dia menganggukan kepala antusias dan mula memejamkan matanya. Setelah beberapa minit, Ali terlelap. Rose memandang wajah Ali sayu. Kemudian, dia membuka mask yang menutup wajahnya. Air matanya tidak dapat ditahan lagi. Sudah lama dia menginginkan percakapan bersama Ali. Kali ini...kali ini dia berjaya bersembang dengan Ali. Gembira sangat rasanya. Dia mengelus lembut wajah Ali.

"Haih Ali...kalaulah hidupku baik sepertimu, sudah tentu kita bersama dari dulu," kata Rose sayu. Dia tersenyum pedih melihat wajah Ali.

"Wajah kamu mirip sekali dengan 'dia'." Rose menatap Ali yang terlelap itu dengan saksama. Tak lama kemudian satu idea terlintas di benaknya. Lantas dia mengeluarkan telefonnya dan selfie bersama Ali. Dia tersenyum puas melihat hasil tangkapan itu. Dia memandang Ali sayang dan mengenggam tangan Ali erat.

"Cepat sembuh budak kecik,"

.

.

.

.

.

.

.

"Dan maaf sebab tak dapat 'kembali' lagi......"






TBC

AS USUAL....CONTINUE OR NOT?

THANKS FOR READING MY BOOK.

.

.

.

.

.

NEXT CHAPTER   -  PIKNIK KELUARGA GHAZALI




MY OVERPROTECTIVE MAFIA FAMILYWhere stories live. Discover now