Hai semua! Ini adalah Chapter terakhir buku ini!
selamat membaca!
Selepas daripada hal yang telah berlaku, kini semua keluarga Demon Phantom sedang berkumpul beramai-ramai untuk merayakan kejayaan Raja Mafia, Pheonix dalam misi membunuh sang pembunuh ibunya.
"Selamat atas kejayaan Demon Phantom! Hidup Pheonix!," sorak para bawahan Aalixander yang dia sayangi itu. Ali tersenyum gembira mendengarkan itu.
"Terima kasih semua! Aku takkan berjaya kalau kalian semua tak membantu aku. Sekarang ni, mari kita rayakan dengan baik kemenangan kita! Selamat!," kata Ali dengan semangat. Dia menjulang tinggi gelas minuman yang berisi air mangga kesukaannya itu bersama-sama 'keluarganya'. Jangan salah faham ye semua...walaupun mereka adalah MAFIA yang paling digeruni, tetapi mereka tidak pernah malah dilarang keras oleh Ali untuk meminum arak. Dia cukup melarang keras hal itu. dia tidak mahu anak buahnya yang sudah dia anggap seperti kelaurga sendiri itu mati konyol hanya kerana arak.
Ali menatap penuh gembira wajah-wajah anak buahnya yang sedang bergelak ketawa bersama di depannya. Dia puas. Akhirnya, setelah berbelasan tahun dia memburu dan mengintip banjingan tak guna yang telah membunuh ibu kesayangannya itu, kini dia telah mencapai objektif utamanya sebagai seorang RAJA MAFIA. Sekarang, dia hanya akan fokus untuk menjaga keamanan 'keluarga besarnya' sahaja kini. Lama Ali mengelamun sehinggakan dia bahkan tidak sedar yang ke semua orang menatapnya bimbang. Merasakan ada tepukkan dibahunya, Ali menoleh.
"Kau baik-baik sahaja lil'bro?," tanya Alex khawatir.
"Haah....kau okay tak ni Xander? Kenapa kau menangis tiba-tiba ni? Kitakan dah menang," tanya Ian pula. Ali terkejut. Dia menyeka air matanya yang mengalir. Saking terharunya dia mengingati perjuangan mereka dahulu, dia tidak sedar yang dia menangis. Ali tertawa kecil.
"Hehehe...tak ada apalah semua. Jangan bimbang...Xander Cuma terharu saja bila tengok segala usaha yang selama ni kita buat tidak sia-sia. Bajingan tu dah mati. Sekarang, semuanya dah terlunaskan. Aku cuma...Cuma terlampau bahagia," kata Ali dengan senyuman terbaiknya.
Mereka semua menghela nafas lega. "Syukurlah...Risau kami bila tengok boss menangis tiba-tiba," kata Jefri mewakili rakannya yang lain. Ali terkekeh kecil.
"Maaf semua...Teruskan majlis kita...jangan bimbangkan aku. Aku okay," kata Ali dengan yakin. Mereka semua kembali sambung aktiviti mereka yang terhenti sebentar tadi. Ali menoleh kearah ahli keluarganya yang berada disampingnya dengan pandangan penuh sayang.
"Kita dah berjaya...Kita dah berjaya...," kata Ali dengan senyuman termanisnya.
Boboiboy, Gabriella, Alexander, Ariana, Kaizo, Kevin, Keith, Keyran, Olivia dan Frey menatap Ali dengan gembira. Mereka menganggukkan kepala mereka.
"Ya...kita dah berjaya Ali. Kita dah berjaya," kata Alex sambil mendakap Ali dengan sayang.
"Sekarang waktunya untuk kita saling melindungi sesama kita agar kita tetap bersama hinggalah akhir hayat kita nanti," kata Boboiboy pula. Ali mengangguk semangat.
YOU ARE READING
MY OVERPROTECTIVE MAFIA FAMILY
Teen FictionAli bin Ghazali. Dia ialah seorang Ejen MATA yang sering dibuli dan dipandang rendah. Namun disebalik itu, dia merupakan insan kesayangan bagi seluruh ahli keluarganya. Dia memiliki sebuah keluarga yang merupakan dari susur galur THE DEMON ASSASINS...