HELLO! UPDATE!
SELAMAT MEMBACA YEA!
Sekarang ini, Gabriella, Ali dan Olivia sedang duduk manis di dalam kereta yang dipandu oleh Frey menuju ke shopping mall. Mereka bercadang untuk membeli-belah beberapa barang keperluan mereka di mall bersama-sama. Yang lain tidak ikut serta kerana mereka lelah katanya. Yelah, baru balik daripda misilah katakan. Ali dan Olivia sedang bercanda riang di kerusi belakang sedangkan Gabriella dan Frey hanya mendengar dan memerhati interaksi mereka dengan gembira. Ali kini semakin rapat Olivia, itu sudah cukup membuat mereka yang lain gembira dengan perubahan Ali itu.
Ali sendiri sebenarnya sudah mengingati sedikit demi sedikit tentang kisahnya bersama Olivia namun, dia hanya berdiam diri sahaja dulu kerana dia mahu mengumpul kembali sebanyak mungkin memorinya bersama Olivia sebelum dia mengakau yang ingatannya sudah mulai pulih. Mereka kini seddang ketawa terpingkal-pingkal kerana lawak yang mereka dengari dari video yang terpasang di telefon Ali. Setelah beberapa minit, mereka tiba di destinasi mereka.
"Okay.....sudah sampai," kata Frey. Mereka bereempat turun dari kereta dan mula melangkah memasuki mall itu bersama-sama. Mereka berpecah. Gabriella dengan Frey manakala Ali dengan Olivia. Mereka pergi menuju ke arah kedai yang mereka mahu pergi dan berjanji untuk berkumpul di KFC di tingkat 2 mall itu.
"Ali....jom pergi butik baju kejap boleh? Saya nak cari baju untuk hadiahkan kepada mama saya yang akan datang minggu depan," pinta Olivia sambil membuat muka comel. Ali yang gemas dengan tingkah Olivia itu pantas mencubit kecil pipi Olivia.
"Baiklah tuan puteri...hamba hanya mengikuti tuan puteri," gurau Ali. Olivia melepaskan cubitan Ali dipipinya dan cemberut. Ali yang melihat itu lantas meminta maaf.
"Hehehe...soryyy, dah jom kita pergi butik yang tuan puteri nakkan itu." Pujuk Ali. Olivia pula sudah tersenyum senang dengan semburat merah di pipinya. Ali mengenggam tangan Olivia dan membawa Olivia pergi ke butik yang dikatan oleh Olivia tadi.
Disisi lain mall itu,
Kelihatan semua Ejen MATA sedang bersiar-siar di mall itu dengan santai. Tetapi mereka terbahagia kepada dua group. Geng Rudy yang terdiri daripada Alicia, Jet, Mika, dan Roza manakala group kedua pula Geng Chris yang terdiri daripada Khai, Moon, Zass, Bulat dan Iman. Mereka sebenarnya baru habis selesaikan misi kecil di dalam kawasan mall itu, dan membuat keputusan untuk berbelanja seketika sebab dah alang-alang pekasam mereka ada di situ.
"Chris...Jom pergi butik baju kejap boleh tak? Saya nak cari beberapa helai baju dan tudung barula," pinta Iman.
"Owh boleh je...Moh la kite...Korang semua tak kisahkan kita pergi butik baju sekejap?," tanya Chris kepada kawan-kawannya yang lain. Zass membuat tanda okay dengan tangannya tanda setuju sahaja manakala yang hanya menganggukkan kepala mereka setuju.
"Ck...tak ada tempat lain ka nak pergi?," tanya Mika sinis dan disetujui oleh geng Rudy. Chris yang mendengar itu tersenyum sinis. Dia memandang kesemua ahli Geng landak inviso yang sombong lagikan bongkak itu dengan sinis.
"Kitorang tak paksa pun untuk kalian ikut kitaorang. Kalau rasa berat sangat besi dan lemak kat badan korang tu...korang semua boleh blah dari sini. Korang sendiri pun kenalah sedar kedudukan korang sekarang ni ya," kata Chris dengan penuh sindiran. Geng Chris yang lain sudah ketawa puas mendengar kata-kata pedas Chris itu. Geng Rudy yang mendengar kata-kata Chris itu menggelegak marah. Namun, mereka tak boleh nak lawan sebab sedar dengan keadaan mereka yang sekarang ini sangatlah tidak membantu mereka. Mereka hanya merengus marah dan mula mengikuti langkah Geng Chris yang sudah pun pergi menuju ke arah butik.
YOU ARE READING
MY OVERPROTECTIVE MAFIA FAMILY
Novela JuvenilAli bin Ghazali. Dia ialah seorang Ejen MATA yang sering dibuli dan dipandang rendah. Namun disebalik itu, dia merupakan insan kesayangan bagi seluruh ahli keluarganya. Dia memiliki sebuah keluarga yang merupakan dari susur galur THE DEMON ASSASINS...