C21-SIAPAKAH DIA?

513 34 7
                                    

Selamat membaca!




Di sekolah Alixander,

"Weh Ali! Kau ada dengar berita tak?," tanya Viktor sebaik sahaja dia sampai di meja Ali. Ali yang ketika itu sedang memeriksa laporan yang diberikan Mikleo melalui tabletnya terhenti dan memandang ke arah Viktor yang tengah tersengih. Alex hanya berdiam diri di sebelah Ali dengan keadaan kepalanya diletakkan di atas mejanya.

"Berita? Berita apa?" tanya Ali bingung. Di dalam sekolahnya kini, dia hanya bercakap dengan Viktor dan gurunya sahaja kerana hukuman Alex masih lagi berjalan. Dengan Viktor pun puas dia pujuk hari tu untuk abangnya benarkan berkawan semula. Nasib abangnya lembut hati waktu dia pujuk tu, akhirnya berkawanlah balik kedua makhluk itu. Hehehe...

"Hehe..hari nikan kita akan ada classmate baru. Katanya perempuan pelajar baru itu," kata Viktor. Ali membuat muka poker.

"Ish kau ni...aku ingat berita apa lah," marah Ali kecil. Viktor tertawa kecil.

"Relaxlah ali....bukan tu yang aku nak cakp sebenarnya. Yang aku nak cakap ialah cara perempuan itu berpakaian dan sifatnya," kata Viktor lagi. Berkerut dahi Ali. Dia menjongketkan keningnya sebagai tanda tanya.

"Perempuan tukan sebenarnya dia tua dua tahun daripada kita tau, tapi entah macam mana tak tau dia boleh masuk sekelas dengan kita. Lepas tu, perempuan tu pula selalu pakai mask hitam dah hoodie yang hampir menutup keseluruhan mukanya. Dia juga tak nak bercakap langsung walaupun suara dia tu ada dan lebih memilih beromunikasi dengan bahasa isyarat," terang Viktor panjang lebar. Ali kehairanan. Sedangkan Alex pula sudah tegak badannya apabila mendengar cerita Viktor.

"Aikkk? Perempuan tu waras ke tak?," tanya Ali. Pelik dia! Ada suara tapi tak cakap? Aihhhh....peliklah manusia zaman sekarang ni. Ada suara tak nak guna. Baik bagi kat Zass suara dia tu kalau tak mau cakap sangat.

"Wo bu zhidao, Houji!(entahlah kawan)," kata Viktor. Kompak Alex dan Ali poker face. Baru sahaja Ali mahu memarahi Viktor, Puan Munah sudah pun masuk ke kelas bersama seorang perempuan dan si Alicia Sombong. Ck! Mentang-mentanglah dia pengawas...masuk ikut suka hati jer! Kalau orang lain denda! Ck! – sumpah seranah Ali dalam hati.

"Baiklah semua...hari ini kita ada rakan baru dari USA. Baiklah, nama dia A.Rose. Kalian panggil dia Rose saja. Cikgu harap kamu semua tak buat 'masalah' dengan dia ya," kata Puan Munah. Kemudian, Puan Munah menyuruh Rose duduk di tempat kosong yang terdapat di belakang Ali. Tanpa berkata apa, perempuan itu duduk di sana dan Puan Munah pun meneruskan pembelajarannya.

Sedang itu, Alex dan Ali sebenarnya kurang selesa. Seperti ada yang menganjal hati mereka sehinggakan mereka rasa tidak selesa. Entah mengapa mereka rasa kehadiran perempuan itu ada kena mengena dengan semua itu.

Rehat,

Ali melabuhkan kepalanya di atas meja dengan layu. Sungguh kepalanya sakit kembali. Maklumlah, sisa-sisa memori lamanya kan masih ada yang belum diingati. Jadi, kadang-kadang tu kepalanya sakit secara tiba-tiba. Alex yang melihat keadaan Ali itu menjadi risau. Dia mendekati Ali dan mengelus lembut kepala Ali. Ali membuka matanya sedikit dan tersenyum kecil kepada Alex.

"Are you okay, Ali? Kepala kamu sakit lagi ya?," tanya Alex lembut. Viktor pun yang risau akan keadaan Ali mendekati mereka.

"Yalo...Kamu okay tak ni Ali?," tanya Viktor pula. Ali tertawa kecil.

"Ali okay je abang...Vik, biasalah...sakit sikit-sikit tu," jawab Ali perlahan. Alex masih lagi risau.

"Haih...kamu tunggu di sini okay...jangan pergi ke mana-mana, abang nak pergi beli air dan makanan sikit untuk kamu. Vik! Jom," kata Alex sambil mengajak Viktor. Viktor pula hanya menurut dan pergi mengikuti langkah Alex. Ali hanya tersenyum geli melihat abangnya itu.

Kemudian, Ali memutuskan untuk kembali melelapkan matanya. Sedang dia merehatkan kepalanya, Ali dapat merasa ada seseorang mengelus kembali kepalanya. Ali kembali membuka matanya dan dia melihat ada sepasang mata coklat sedang memandangnya lembut. Jujurnya Ali terkejut, namun entah kenapa Ali rasa selesa dengan elusan orang itu. Ali sedar orang itu merupakan pelajar perempuan baru tadi tapi dia hanya membiarkan kepalanya dielus dan dia menghadiahkan sebuah senyuman manis kepada perempuan itu tanda terima kasih. Lama kelamaan kepala Ali terasa ringan dan dia mula dapat melelapkan matanya dengan selesa tidak seperti tadi.

Ali tak sedar berapa lama dia tertidur kerana sedar-sedar aja dia sudah ada di rumahnya. Ali pelik. Namun, kepalanya terasa nyaman dan ringan. Ali malas nak memikir apa yang terjadi, jadi dia bangun dan membersihkan badannya yang masih lengkap berpakaian sekolah itu. Setelah siap dia turun ke bawah untuk mencari keluarganya. Namun, tiada seorang pun rumahnya. Ali berkeliling di seluruh pelusuk rumahnya dan hasilnya nihil. Tetap kosong. Tak lama selepas itu, dia terjumpa nota di meja ruang tamu.


Alixander,

Kami semua keluar sekejap ada urusan mendadak. Olivia pun turut serta dalam misi kali ini jadi jangan risau tentang dia kami akan jaga dia. Jaga diri kamu ya. Jangan kena cuik lagi! Kami pergi sekejap je. Okay, bye!

p/s kalau lapar Olivia ada masak tadi, tengok dekat dapur yer.

Dari,

Mafia Fam.


"Owh..patutlah tak ada orang langsung kat rumah ni," kata Ali perlahan. Dia tertawa membaca pesan kakak dan abang-abangnya itu. Ali memutuskan untuk merebahkan dirinya di atas katil dahulu sebentar. Sedang dia memerhati syiling rumahnya, dia teringat akan perempuan tadi.

"Siapa dia eh? Kenapa aku rasa macam selesa gila dengan dia?," gumam Ali perlahan. Letih cuba mengingati, Ali kembali memutuskan untuk melelapkan matanya kembali di sofa ruang tamu itu. Tanpa dia sedar, perempuan yang difikirnya tadi sedang memerhati gelagatnya dari atas tangga tanpa sebarang bunyi. Senyuman lirih terukir di bibirnya. Tak lama kemudian dia pergi meninggalkan Ali yang sudah pun melayari bahtera mimpi itu berseorangan.

"Maafkan aku..."




TBC

AH SUDAH....SIAPA PULA DAH TU? RUPANYA BANYAK LAGI RAHSIA HIDUP ALIXANDER YANG AUTHOR TAK BAGI TAHU KAN? HEHEHE...

WELL, TUNGGU JE OKAY? 

CONTINUE OR NOT?

P/S akan ada watak tambahan selepas ini ye

MY OVERPROTECTIVE MAFIA FAMILYWhere stories live. Discover now