C13-KUNJUNGAN KASIH SI TEMAN

770 43 3
                                    

HELLOW EVERY SINGLE ORANG YANG MENANTIKAN KELANJUTAN CERITA INI....

INI CHAPTERNYA YA...SELAMAT MEMBACA!





Hari ini, Alex, Kaizo dan Kevin tiada di rumah. Mereka telah kalah main kertas,gunting,batu yang menyebabkan mereka kena pergi membeli barang dapur yang sudah berkurangan. Dr Ghazali pula sudah pergi kerja. Kini, hanya ada Ali, Gabriella, Frey dan Boboiboy sahaja di rumah. Gabriella dan Frey sedang berada di bilik mereka, katanya ada hal penting yang hendak mereka bincangkan manakala Boboiboy sedang membuat cupcakes yang dia janji dengan Ali untuk membuatnya. Sedangkan Ali hanya menonton TV bersama-sama comot dipangkuannya. Ali tengah khusyuk menonton cerita horror korea yang bertajuk Mourning Grave. Sedang fokus menonton TV itu, tiba-tiba loceng rumahnya berbunyi. Ali pelik. Siapa pulaklah yang mengacau waktu santainya pagi-pagi ini. Dengan malas dia bangun dan mendekati pintu(kaki Ali sudah boleh digerakkan walaupun masih dengan bantuan tongkat). Sebenarnya boleh sahaja kalau dia mahu minta tolong Boboiboy, tetapi dia tak mahu cupcakes lucunya itu hangus hanya disebabkan oleh dia mengacau Boboiboy. Jadi dia gagahkan juga dirinya untuk membuka pintu rumahnya itu walaupun sedikit susah dan lambat.

"Ye...Cari siapa ya?," tanya Ali sebaik sahaja dia membuka pintu. Ali tak memandang tetamunya itu kerana dia tengah struggle membetulkan letak tubuhnya dekat tongkatnya. Para tetamu itu melihat Ali dengan terkejut.

"Weh Ali! Kau kenapa dowh kawan?," tanya orang yang berada di depan sekali. Ali yang merasa familliar dengan suara itu pun langsung memandang ke arah tetamunya.

"Khai?! Eh korang pun ada?," tanya Ali. Di depannya terdapat Khai, Chris, Zass, Bulat, Moon dan Iman.

"Ya la...Mu okay ka dok ni Ali???," tanya Chris pula.

"Haah la Ali, kau okay tak ni? Kenapa kaki kau patah? Tangan kau berbalut bagai tu?," tanya Moon pula. Ali tersenyum kekok. Mereka berenam memandang Ali dengan penuh pertanyaan dan cemas. Ali menghela nafas perlahan dan tersenyum kecil.

"Korang masuklah dulu, nanti aku cerita. Jom masuk," kata Ali sambil membuka luas pintu rumahnya. Mereka berenam hanya mengikut. Khai membantu Ali berjalan bersama Zass setelah melihat Ali kesusahan untuk bergerak manakala Chris dan Bulat pula menunggu semua orang masuk dan menutp pintu rumah Ali. Mereka menuju ke ruang tamu.

"Jadi Ali, apa yang sebenarnya terjadi dekat awak selama dua bulan ni?," tanya Iman setelah mereka semua duduk dengan manis di ruang tamu rumah Ali itu. Ali menghembuskan nafasnya berat. Baru sahaja dia mahu menjawab soalan itu, Boboiboy datang dari dapur dan menegur mereka.

"Eh? Bila masanya kita ada tetamu ni Ali? Hyung rasa, Ali tak ada pun minta tolong hyung untuk buka pintu rumah tadi? Jangan kata Ali yang bangun dan bukakan sendiri?," tanya Boboiboy dengan suara dalam. Ali tersenyum pahit. Dia lupakan akan sikap posesif abang sepupunya yang seorang itu. Sedangkan kawan-kawan Ali yang lain terdiam di tempat mereka.

"Hehehe...Mianhe hyung...Memang Ali yang bukakan pintu tadi waktu mereka semua sampai. Sorry? Please don't get mad on me...Jeball hyung, emmm," minta Ali dengan jurus andalannya. Boboiboy menghela nafasnya berat. Dia tak sampai hati nak marah Ali. Kawan-kawan Ali pula sudah berdarah hidung-hidung mereka melihat kecomelan Ali yang sangat kuat itu.

"Arassao2... Geunde, jebal...lepas ni kalau nak pergi mana-mana bagi tahu hyung dulu, inhae haessayo?(faham tak)," kata Boboiboy sambil mengelus kepala Ali perlahan.

"Ermmm...okay!,"

"Good boy...okay kalian berboraklah dulu, hyung nak sambung masak sekejap,"

"Got it! Masak banyak2 tau hyung! Nan baegopa(saya lapar)," kata Ali manja. Boboiboy ketawa gemas.

MY OVERPROTECTIVE MAFIA FAMILYWhere stories live. Discover now