C26-RAHSIA ALI

510 29 10
                                    

HELLO! SORRY LATE UPDATE!

ENJOY READING MY BOOK GUYS!

THANKS FOR WAITING!


📌WARNING! 📌

🚨BAHASA YG DIGUNAKAN UNTUK CHAPTER INI AGAK KASAR! RYN MINTA MAAF AWAL AWAL KALAU ADA TYPE SALAH. DAN SORRY ATAS KATA KATA KASAR YANG AKAN KELUAR DALAM CHAPTER INI 🚨









*Ini selepas Ali meninggalkan Rose yang dijumpai di batu besar itu*



Ali pov's,

Aku tersenyum manis ke arah Kak Rose dan melambaikan tanganku riang ke arahnya sebelum aku mengangkat kakiku untuk beredar daripada situ. Aku melangkah pergi dengan wajahnya riang. Setelah aku rasa aku sudah pun jauh daripada Kak Rose, aku melangkah memasuki rumah. Apabila sampai sahaja aku di bilikku, wajahku auto menjadi sangat menyedihkan. Air mata yang kutahan dari tadi mengalir jua akhirnya. Aku menangkup mulutku agar suara tangisanku tidak didengari oleh semua orang.

Badanku perlahan-lahan melorot jatuh ke lantai. Hanya satu perkataan sahaja yang dapatku katakan sekarang ini untuk mengambari perasaanku iaitu sakit. Kupegang letak hatiku dengan erat, seerat sakit yang aku rasakan kini.

"Kenapa...Kenapa kau tak boleh kembali? Kenapa? Apa yang menghalangimu?" kataku lirih dengan tersedu-sedu. Aku menutup mataku erat.

"Sakit sangat dekat sini...sakit sangat! Tak bisakah kau kembali ke pangkuan kami? Berilah aku peluang untuk merasai kasih sayang daripada dirimu. Apakah sesulit itu musuhmu sehingga kau tidak bisa kembali?" rintihku. Kupandangi frame gambar yang cukup usang di atas katilku. Dengan tangan yang menggigil kuat, aku menggapai gambar lama itu dan memeluknya erat. Dadaku terasa sangat sesak! Sungguh rindu ini sangat menderaku!

"Abang...kenapa hati ini sakit sangat bang? Kenapa mereka semua suka sangat menganggu ketenteraman keluarga kita bang? Kenapa hidup kita ja yang paling susah nak bahagia dengan ahli keluarga sendiri, bang? Kenapa bang?" tanyaku lirih saat aku rasakan kehadiran Abang Alex di sisiku. Abang Alex memelukku erat. Dapatku tangkap isak tangisannya di telingaku.

"I didn't know too Ali...My heart also feel the same. It's really a damn pain for us Ali," kata Abang Alex dengan sayu. Aku balas pelukkannya tak kalah erat jua. Lama kami berdiam diri dalam posisi berpelukkan seperti itu sebelum suara Abang Alex memecahkan kesunyian yang ada.

"Alixander..." panggil Abang Alex. Aku sedikit tersentak. Dapatku rasa ada yang tak kena kerana Abang Alex takkan memanggilku dengan nama penuh, kecuali dia mengetahui aku ada berahsia dengannya misalnya seperti kes pembulian aku dulu tu. Aku memandang Abang Alex takut-takut dan aku juga tidak melepaskan pelukkanku kepadanya. Bimbang jikalau aku melepaskannya, Abang Alex tidak dapat menahan kemarahannya kepadaku yang akhirnya membawa kepada punishment yang berat.

"Nde..."

"Did you hide something from me besides about 'her'? Be honest with me lil' brother,"

Kan aku dah kata tadi. Ni mesti dia ada dapat tahu apa-apa rahsia yang aku sembunyikan daripada dia. Aku mengeluh kecil dan menyandarkan kepalaku di dadanya.

MY OVERPROTECTIVE MAFIA FAMILYWhere stories live. Discover now