Special Chapter:Lady of Poisonous

361 25 4
                                    



HAI GUYS! DOUBLE UPDATE HARI NI...

SELAMAT MEMBACA. INI ADALAH SPECIAL CHAPTER TENTANG OLIVIA.












Special Chapter:Lady of Poisonous

Hai semua! Nama kau ialah Crystal Olivia. Namun, aku lebih dikenali sebagai Lady of Poisonous dari aku kecil lagi. Aku mempunyai sebuah anugerah yang istimewa daripada ayah kesayanganku, Chris Oliver iaitu badanku ini tidak akan terpengaruh dengan segala jenis racun yang ada di dunia ini dan aku mampu menghasilkan pelbagai jenis racun yang mematikan. Semacam aku ni adalah orang yang merevolusikan racunlah.

Ibuku, Grace Helter dan ayahku, Chris Oliver mati dibunuh oleh mafia kelas rendahan sewaktu aku berumur 10 tahun. Mereka membunuh parents ku untuk membawaku pergi. Mereka menggunakan dan memaksa aku untuk membuat pelbagai evolusi racun yang merbahaya demi kepentingan peribadi mereka. Jika aku menolak, aku pasti akan diseksa dan tidak diberi makan untuk jangka masa yang lama. Aku terpaksa menurut semua arahan mereka demi kelangsungan hidupku. 3 tahun aku berada di bawah kawalan geng mafia rendahan yang bernama Black Tiger, sebab selepas itu mereka ditumpaskan sebaik sahaja rumor tentang aku merebak di kalangan mafia. Rumor tentang aku yang sangat hebat dengan racun terus tersebar luas sehinggakan aku beberapa kali bertukar tempat tinggal dan tuan.

Kerana ke-glamouran aku ini terus-menerus disebarkan, lama kelamaan gelaran 'Lady of Poisonous' itu melekat dengan diriku. Berkali-kali aku melihat semua mafia berebut dan saling berbunuhan di hadapanku haya semata-mata mahu memiliki aku. Hal itu terus berlaku sehinggalah aku berumur 16 tahun. Itu kerana, ketika aku berumur 16 tahun, aku dibawah kawalan sebuah kelompok yang memusuhi Demon Phantom. Mereka mengambilku dan memaksaku untuk mebuat satu racun yang amat kuat untuk membunuh seseorang yang digelar dengan gelaran Sang Pheonix, Raja Mafia. Akibat bimbang akan kehidupanku, aku usahakan juga untuk menyiapkan racun itu.

Satu hari dimana aku baru sahaja menyiapkan racun itu, markas mafia yang mengawal aku itu diserang oleh Demon Phantom. Aku terkejut dan takut. Aku bersama beberapa lagi kuli batak si mafia bodoh itu dibawa untuk berkumpul di ruang utama markas mafia bodoh itu. Waktu itu, jelas aku melihat mafia bodoh itu sedang melutut dengan tidak elitnya di hadapan orang yang mereka panggil sebagai Pheonix. Jujur waktu itu aku menggigil teruk. Aku takut bahawa hidup aku akan habis waktu itu juga.

Tepat di depan mataku, aku melihat Sang Pheonix 'menghabiskan' mafia bodoh tu. Setengah hati aku gembira melihat kematian mafia bodoh itu, namun sebahagian lagi aku takut...takut jikalau selepas itu, giliran aku pula untuk mati. Namun, semua itu hancur sekelip mata apabila Sang Pheonix berkata,

"Kalian semua aku bebaskan! Mulai hari ini, kalian semua yang tidak memberontak aku bebaskan dengan jaminan daripada aku! Kalian semua boleh menjalani hidup kalian dengan aman,"

Aku terpegun! Sebabnya biasanya kalau ada kumpulan mafia yang kalah, pasti kesemua orang yang berada di markas mafia yang kalah itu akan mati! Tapi dia tidak melakukan hal itu. Seketika, mata kami berdua bertembung sebaik sahaja dia memalingkan mukanya ke arah tempatku berdiri. Kami berdua sama-sama terdiam. Kemudian, aku memberanikan diriku untuk bertanya,

"Adakah aku juga dibebaskan juga?" tanyaku. Suasana tempat itu seketika sunyi seakan-akan hanya ada aku dengan dia sahaja.

"Siapa namamu?" tanya Pheonix sambil melangkah mendekatiku. Sedang aku masih lagi terdiam di tempatku. Pheonix berhenti tepat di hadapanku. Jarak kami mungkin hanya dalam 2 meter sahaja.

"Namaku ialah Crystal Olivia...tapi, aku lebih dikenali sebagai Lady of Poisonous," jawabku jujur. Aku tidak mahu berbohong kerana aku rasa aku tak patut berbohong waktu itu. Dapatku lihat dia terkejut. Bahkan anak buahnya yang lain juga terkejut. Lama dia terdiam.

"Baiklah...kau juga aku bebaskan...tapi aku juga nak buat penawaran," kata Pheonix. Aku mengerutkan dahiku.

"Baiklah...aku bersukacita untuk mendengarnya,"

"Aku nak tawar kau untuk bergabung dengan kumpulan aku, Demon Phantom. Aku akan menjamin keselamatan dan kehidupan kau. Kau akan hidup dengan lebih baik di Demon Phantom bersama sahabatku yang lain. Namun, aku tak paksa kau untuk menerima tawaran ini. Kau boleh pilih,"

Aku terkejut. Sungguh dialah orang pertama yang menawarkan aku hal yang seperti itu. aku memandangnya tak percaya.

"Kau..kau pasti tak nak paksa aku untuk bergabung dengan kau?"

"Ya aku pasti. Aku ni bukannya kejam sangat sampai nak paksa seseorang untuk mengikuti aku tanpa kerelaan," katanya santai. Aku terkesima. Aku terdiam sesaat.

"Kau tahu...Kau adalah satu-satunya orang yang tak tamakkan kelebihan yang aku ada...Jadi aku putuskan untuk.....bergabung dengan kumpulan kau. Kau yakin dengan kau, jadi aku terima tawaran kau," putusku. Dapat ku lihat dia sedang tersenyum walaupun dia memakai masker.

"Baiklah Lady of Poisonous...Welcome to Demon Phantom!,"

.

.

.

.

.

Semenjak itu, aku Crystal Olivia aka Lady of Poisonous bersumpah untuk setia sampai mati dengan Pheonix, Raja Mafia. Perjalanan aku sebagai ahli Demon Phantom pun bermula.

MY OVERPROTECTIVE MAFIA FAMILYWhere stories live. Discover now