- chanhee ; not good enough

92 14 17
                                    

an author having a hard time.

•••

- choi yeena as you -

- choi chanhee as your brother -

--❦︎--

« yeena »

Finally ! Cuti yang ditunggu tunggu akhirnya menjelang tiba . 3 bulan kot aku cuti sebelum semester baru bermula . Tak sabar betul aku nak balik ! Segala barangan yang berada di dalam loker aku sumbatkan ke dalam beg .

Roommate aku ? Habis sahaja paper terakhir baginya , kelibat dia langsung aku tak nampak . Excited betul .

Usai sahaja aku mengemas , telefon di atas katil aku capai . Hampir enam bulan aku tinggalkan dunia mengarang . Maklumlah , jadual university aku boleh tahan padat .

Lincah jemariku berlari di atas skirn telefon tersebut . Tak sabar betul aku nak tengok semua karya fanfiction yang aku tinggalkan . Dapat sambutan kah ?

Sangkaan aku meleset . Jumlah readers tidak ramai seperti apa yang aku bayangkan . Bukan satu fanfiction sahaja tetapi semua hasil karangan aku . Bibir aku ketap bersama perasaan kecewa .

Tak apa lah Yeena , maybe bukan rezeki kau .

Sempat lagi aku stalk fanfiction yang dikarang oleh author lain . Aku mula insecure . Kenapa fanfiction dia lebih dapat sambutan dari aku ? Kepala otak mula terfikirkan perkara yang tidak sepatutnya .

" Yeena- , pull yourself together . " aku cuba menenangkan diri . Telefon aku letak ke tepi .

Come on Yeena , biasalah . Semua author akan rasa macam tu . Relax- .

Bzz- !

Call daripada abang aku , Choi Chanhee membuatkan segala lamunan aku tadi hilang . Tidak membuang masa aku menyentuh screen telefon tersebut .

" Ah- Chanhee . "

" Hey makcik , kau taknak balik ke ? Aku dah tercangak depan dorm kau tau sekarang ni . " bebelnya .

" Ye- , kejap lagi aku turun- . "

--❦︎--

Sepanjang perjalanan pulang aku langsung tidak bercakap . Mata aku halakan pada pemandangan di luar tingkap .

" Yeena , kau kenapa nyah ? Takkan rindu asrama dah ? " soal Chanhee yang sedang memandu di sebelah aku .

" Nothing- "

" Kita pergi makan nak ? Aku belanja . "

Aku hanya akur . Tidak lama kemudian kereta yang dipandu oleh Chanhee berhenti di hadapan sebuah cafe . Mahu tak mahu aku terpaksa turun .

Setelah memesan makanan , aku hanya tundukkan kepala merenung telefon . Sekali lagi otak aku mula overthinking .

Kenapa readers aku kurang ? Storyline aku tak best ke ? Padahal dulu fanfiction aku boleh tahan hot . Kenapa suddenly merudum ni ? Aku mengigit bibir . Segala persoalan itu tidak menemui jawapan .

" Yeena , aku tanya ni ! " suara Chanhee yang naik seoktaf mematikan segala lamunan aku .

" P- pardon ? " kalut aku memandangnya .

escapism.Where stories live. Discover now