- younghoon ; super shy

59 5 80
                                    

I'm super shy when facing you.

•••

younghoon - woorin

--❦︎--

« woorin »

" Lima kali ponteng sekolah, termasuk lompat pagar yang tak jadi tadi. Almost enam kali kamu ponteng sekolah! Kerja sekolah tak buat! Rembat duit classmate sendiri. Dalam kelas tidur! Apa nak jadi dengan kamu ni Woorin!"

Bebelan guru disiplin bagaikan tiada pengakhiran hanya masuk ke telinga kanan dan keluar dari telinga kiri. Layu sepasang mataku merenung kosong pada si pengajar yang sedang menelaah rekod disiplin pelajar dalam komputer ribanya.

Aku menguap, mulut sengaja dibiarkan terbuka. Air mata yang turut merembes aku sapu perlahan. Tidak semena mena pandanganku bertembung dengan guru disiplin itu.

" Mengantuk? Sedap dengar saya membebel? Results exam pun cukup cukup makan. Kamu ni kenapa Woorin? Apa masalah kamu sebenarnya?!" suara guru yang mula meninggi disertai hentakan bertalu talu pada meja menghilangkan rasa kantuk yang menjengah.

Okay la cukup makan daripada tak lepas langsung, bisik hatiku.

" Takde, masalah. Takde." kepala digeleng ke kanan dan diri. Rambut yang mencucuk mata diselak ke atas. Fokus guru yang berumur lingkungan empat puluhan itu beralih pada rambutku pula. Aku pasti dia nak complain pasal aku tak jaga kekemasan rambut.

" Rambut tu, kenapa tak ikat? Nak saya potongkan ke macam mana? Berbulu la mata saya tengok!" tempelak lelaki itu.

" Getah rambut hilanglah. Balik sekolah nanti saya beli la yang baru." jawabku tanpa sekelumit perasaan bersalah.

Pandangan lelaki itu semakin tajam. Bibir kukemam selamba. Sengaja pandangan diliarkan ke sekeliling bilik guru. Ada mata mata yang memerhati dari jauh, sempat aku berbalas senyuman dengan seorang guru bahasa sebelum perhatian diberi semula pada guru disiplin.

" Esok! Saya nak esok! Kalau tak saya potong!" bentaknya.

Kepala diangguk longlai. Sempat dia memberi syarahan nasihat terakhir sebelum membiarkan aku pulang ke kelas. Nafas dihela berat. Beg galas yang tersangkut dibahu aku betulkan.

Sambil tayang muka tak bersalah, aku berjalan keluar dari bilik guru. Berpasang pasang mata mencuri pandang ke mari, tetapi ada aku kisah? Pandang aku macam diri tu suci sangat tanpa sebarang kesalahan.

Menyampah!

" Tak penat ke asyik menyusahkan orang Woorin?" satu suara garau menegurku.

Kaki berhenti melangkah. Kepala didongak ke atas, mencari seraut wajah yang menegurku. Dingin sepasang matanya merenung padaku. Pandangannya aku tak dapat tafsirkan sebagai apa.

Mungkinkah aku gila? Tiap kali berhadapan dengannya, kenapa aku jadi seram sejuk gelabah begini? Younghoon ini hantu ke?

Lidah terasa kelu untuk membalas. Pernafasan juga kadang tidak sekata. Hanya mata sahaja mampu membiaskan apa yang aku rasa. Wajah masam Younghoon aku tatap dengan serba salah. Terasa malu pula ditegur sebegitu.

Alahh! Cikgu disiplin tegur takde nak malu pulakk!! Aku tempelak diri sendiri.

" Sikit sikit buat hal. Cuba dengar nasihat orang tua tu sekali? Ini masuk empat puluh kali aku kena hadap muka dia sebab kau! Entah siapa punya kerjalah taruk aku jadi mentor kau." bebelnya panjang lebar beserta bebola matanya digulingkan, tanda sudah menyampah.

escapism.Where stories live. Discover now