handling drunk enemy in the middle of night, calling you his honey nonstop.
--❦︎--
hanni - sunwoo
•••
« hanni »
"Kenapa call aku? Patutnya call polis hantar malaun tu tidur lokap!" tegasku di hujung talian.
Aku sudah terpacak di hadapan almari, late night study aku terganggu angkara panggilan 'kecemasan' daripada Eric, merangkap sahabat karib Sunwoo. Rasa nak luku kepala lelaki itu laju-laju jikalau lelaki itu berada di depan mataku. Kemudian terajang masuk jaring netball. Baru hati aku puas!
"Manalah aku tahu! Nama kau ada dalam emergency contact si Sunwoo ni! Kau kan adik dia!" tempelak Eric di hujung talian. Nyaris buatkan koklea aku gugur.
"Pembetulan! Adik tiri! Aku takde kaitan darah dengan dia!" aku tengking Eric semula, taknak kalah.
Kedengaran keluhan tajam di hujung talian, diiringi dengan suara-suara pemabuk di hujung talian. Tahulah aku bukan Sunwoo selrang sahaja yang mabuk sekarang. Haish Sunwoo pun satu hal, sudah tahu diri itu lightweight, sengaja nak menyusahkan orang!
"Haaa yelah! Bar mana, nanti aku sampai!"
Sebaik sahaja Eric menyebut lokasi spesifik bar tersebut. Lekas aku mencapai satu trench coat separas lutut yang tergantung di dalam almari lalu aku sarung. Malas nak tukar baju! Tambah pula cuaca malam ini sejuk semacam, dikhabarkan mungkin akan bersalji.
Ahhh- salji tak salji masalah sekarang ni Sunwoo! Dasar beban!
Turun sahaja dari teksi, aku lihat suasana bar yang disebut Eric terlihat penuh dengan manusia. Langsung kaki aku rasa menggeletar sedikit, aku tak tahu. Ramai sangat aku rasa takut! Ini salah satu faktor aku tak suka keluar rumah!
Social anxiety!
Alahai, diri sendiri. Patutnya kau ignore je call tadi! Sambung study. Sunwoo tu lelaki! Pandai-pandailah dia hidup!
"Ye cik? Nak kutip siapa?" tiba-tiba Eric keluar dari peremis lalu menegurku. Aku jegilkan mata pada lelaki itu sambil menampar lengannya ganas. Geramnya!
"Kau ni! Sengaja nak menyusahkan aku! Boleh je kau sumbat orang gila tu dalam teksi! Heish!" mulutku tak habis-habis complain benda yang sama.
"Nak buat macam mana dari awal dia mabuk sampai sekarang dia asyik zikir nama kau aje! Bernanah la telinga aku nak tadah!"
"What?" aku kecilkan mata, takkan gegendang telinga aku salah beri info?
Eric keluh berat. Tangannya naik mencekak pinggang sendiri.
"Dia asyik panggil nama kau!"
"Kenapa?!" nadaku naik seoktaf. Tak sangka abang tiri yang asyik gelarkan aku hey perempuan sekarang nak zikir nama aku pula. Ini syaitan jenis apa pula yang merasuk!
"Mana aku tahu! Sebab tu aku panggil kau suruh tengok! Kut-kutlah kena rasuk setan ke, kau sembur minyak pengasih jarak jauh ke? Bukan aku tak tahu korang berdua dah macam Israhell dengan Palestine! Aje je modal nak bergaduh! Kalau aku bagi senapang sorang satu agak-agak siapa yang mati dulu ya?" sempat lagi lelaki sewel ini ajak main teka-teki
YOU ARE READING
escapism.
Random" no one listens whenever i talk, so i write whatever i want. " - theboyz oneshot & random thingy. aneh, mengarut dan cringe. it's all here. -lyaaa