you are just, a character.
•••
sequel to confess' lee hyunjae
cherry - hyunjae
for better understanding,
bacalah confess <3--❦︎--
Pagi yang sejuk dan damai. Cahaya jingga menerobos melalui jendela. Bunyi kicauan burung saling bersahutan. Waktu di mana aku baru sahaja selesai menulis short story yang diberi nama confess. Sanggup ya aku bersengkang mata semata mata mahu wujudkan imaginasiku dalam bentuk penulisan. Bukan apa, kalau aku bayang nanti hilang cenggitu aje.
Kenapa confess?
Confession yang salah, membawa kepada satu pertemuan. Right person, wrong time.
Aku senyum sendiri, membaca semula apa yang telah aku karang membuatkan aku senyum sendiri. Apakah reaction readers nanti? Female lead bukan main red flag bertembung dengan lelaki yang berjalan di atas green flag. Pasti meletops punya!
Badan yang terasa lesu aku regangkan sedikit. Rasanya tengah hari nanti aku bakal publish cerita pendek di platform online sahaja. Biasalah, aku tulis suka suka sahaja. Takde niat nak jadikan menulis sebagai kerjaya. Cukuplah sebagai hobi yang tiada siapa tahu siapakah identiti sebenar si penulis.
Aku angkat punggung dari kerusi. Tekak mula mendambakan minuman berkafein. Memang sudah menjadi habit aku lalukan cecair berkafein di tekak. Tak di rumah, pasti di kedai kedai kopi berhampiran.
Satu capsule latte instant aku masukkan ke dalan mesin kopi. Sementara menunggu minuman itu menitik ke dalam mug, aku berjalan menghala ke arah library mini hasil dekorasi tangan aku sendiri. Ingin mencari bahan bacaan pagi sebelum aku fokus pada pelajaran pula. Mujurlah harini merupakan hari minggu.
Library miniku bersebelahan dengan jendela, jadi aku ambil satu novel yang masih belum sempat aku habiskan lalu aku duduk berlunjur kaki di tepi jendela. Memandangkan jendelaku mempunyai ruang, jadi aku decor tempat itu supaya aku dapat duduk membaca sambil merenung suasana alam di luar.
Tit! Tit! Tit!
Aku senyum kecil, minuman berkafein aku sudah siap! Novel yang baru dua muka surat aku baca lantas diletak ke tepi. Langkah aku halakan ke arah dapur. Meruap bauan kopi ke udara, tak sabar sabar aku ingin dapatkan minuman itu.
Entah di mana silapnya, kakiku terpijak lantai yang terasa licin. Sekelip mata aku jatuh menyembah bumi. Mataku terpejam rapat, bibir pula mengaduh sakit. Tangan yang tak sempat menahan tubuh, aku guna untuk bangun. Sakitnya jatuh tersembam dengan muka!
Rasa nak tercabut hidung aku!
" Cik?"
Aku buka kelopak mata, suasana warm and cozy rumahku pada mulanya bertukar menjadi susun atur kaki lima kampusku. Aku hairan sendiri, macam mana aku boleh berada di sini?
" Cik!"
Barulah aku sedar aku masih lagi tertiarap di lantai. Kalut aku angkat tubuh dan berdiri. Aku tenung pakaian yang melekat pada tubuh, baju yang aku pakai masih lagi pajama tidurku. Mustahil aku keluar ke universiti dalam keadaan begini!
" Cik okay ke? Kenapa tidur dekat situ? Cik tidur berjalan ya? Nak saya bawak ke klinik tak?" sopan lelaki yang cuba bantu aku menyoal.
Aku menggeleng, masih tak dapat loading bagaimana aku boleh berada di sini dalam sekelip mata. Teleportasikah? Lelaki berambut coklat itu sempat mengukirkan senyumannya kepada aku sebelum berlalu ke lif berhampiran. Tidak lepas sepasang mataku memerhati susuknya.
YOU ARE READING
escapism.
Random" no one listens whenever i talk, so i write whatever i want. " - theboyz oneshot & random thingy. aneh, mengarut dan cringe. it's all here. -lyaaa