he's perfect, i love perfect.
i love him.•••
- shin minchae - lee sangyeon -
--❦︎--
Tidak lepas sepasang mata bundar milik Minchae memerhati tindak tanduk Sangyeon dari jauh. Entah kenapa seperti ada tarikan medan magnet menyebabkan matanya tidak lepas dari melihat segala gerak geri lecturer kesayangannya.
Sangyeon, ataupun Doctor Lee Sangyeon. Salah seorang lecturer yang mengajar salah satu subjek yang Minchae ambil. Slide bertajuk stoichiometry yang terpapar di skrin iPad Minchae tatap kosong. Walaupun suka dengan pengajar, dia tak suka belajar. Moodnya mahu mendengar bebelan Sangyeon sememangnya melayang ke planet pluto.
" Minchae!"
Melonjak naik hormon adrenalin ke kepala gara gara terkejut. Tidak sangka Minchae yang lowkey dan jarang menjadi perhatian kini dipanggil oleh pensyarah hot diminati ramai.
" Shin Minchae yang mana satu?"
Member di sebelah mula menyenggol bahu Minchae. Excited kerana julung kalinya pensyarah yang Minchae minat bakal berkenalan dengan gadis itu. Tidak habis habis matanya melirik pada Sangyeon supaya Minchae menyahut panggilan itu.
" S- saya!" dia angkat tangan sedikit. Perhatian Sangyeon jatuh padanya. Kaca mata yang sudah melorot ke hidung dia tolak ke bawah.
" You Shin Minchae?"
Minchae terpinga pinga . Kenapa nada lelaki itu seakan akan tidak percaya dengan dirinya?
Sangyeon tunjukkan riak garangnya. Tidak sangka di sebalik wajah polos itu tersimpan satu sisi naughty yang tanpa sengaja dia tahu. Dia tak sangka Minchae dalam diam memendam perasaan terhadapnya.
" Baca jawapan tutorial minggu lepas. Soalan last sekali." tegas lelaki itu.
Bergema bisik berbisik antara para pelajar di dewan kuliah itu. Minchae garu kepala yang tidak gatal. Ipad dia ambil lalu tatal ke bawah. Mencari jawapan yang diminta Sangyeon.
" Err- doctor, tadi kita discuss soalan nombor empat." takut takut Minchae bersuara.
" Tutorial saya, so suka hati saya nak discuss soalan mana. Ataupun you tak buat Minchae?" Sangyeon menapak, dan langkahnya berhenti apabila dia berdiri sebaris dengan Minchae.
Minchae teguk liur. Gelabah dia tundukkan kepala supaya jawapan yang terpapar pada iPad dapat dilihat jelas. Lantas dia membaca tiap huruf hangul yang dia taip. Gagap sedikit gara gara gugup melampau. Tidak putus putus hatinya berdoa supaya jawapan goreng gorengannya diterima Sangyeon.
" You ingat you tinggi ke? Orang lain tak dapat tengok you. Rasanya tuhan bagi kaki supaya you boleh guna buat berdiri. Atau you berat punggung? Buasir ke Minchae?" sinis lelaki itu membidasnya.
" Ops! Sorry-" Minchae berdiri tegak. Terasa lima puluh pasang mata sedang merenungnya tajam. Sehinggakan boleh tembus tubuhnya.
Sangyeon berdeham. Lama dia tenung Minchae. Menganalisa gadis itu dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Makin pucat wajah Minchae.
" Jawapan you tadi, you have a good point. Cuma saya tak puas hati part contoh. Sikit sangat. Huraian pun tak berapa releven. You cari jawapan dekat mana Minchae? Don't tell me it's Wikipedia?"
YOU ARE READING
escapism.
Random" no one listens whenever i talk, so i write whatever i want. " - theboyz oneshot & random thingy. aneh, mengarut dan cringe. it's all here. -lyaaa