inspired by the red wedding tbz.
•••
- jang nari as you -
- lee juyeon as himself -
--❦︎--
« nari »
Dress merah separas lutut yang membaluti badan aku betulkan sedikit . Sarung kaki berwarna hitam turut aku padankan bersama bagi menutup keseluruhan badan . Sebenarnya aku tak berapa selesa kerana ada mata mata yang sedang memerhatikan aku dari jauh .
Malas melayan perasaan , aku merenung sahabat baikku di pelamin yang dihias indah . Warna utama wedding ini adalah merah .
Sebab apa ? Jangan tanya aku please .
Dia cantik mengenakan dress kembang sehingga meleret ke lantai . Kristal swarovski turut tergantung cantik pada dress menjadikan dia kelihatan anggun . Pasangannya tidak kurang tampan . Kacak bersama tuxedo hitam merah di tubuhnya . Bagai cincin dengan permata , sama cantik sama padan .
Kini tumpuanku beralih pada makanan di pinggan . Sangat mewah . Minuman alkohol seperti wine turut disediakan tetapi aku memilih untuk tidak meneguknya . Taknak la ambil risiko . Mabuk nanti ada yang kena hempuk dengan Appa .
Usai sahaja menelan makanan yang telah disajikan , aku memilih untuk berada di sudut ballroom . Menonton acara tari menari yang sedang berlangsung . Tarian yang lebih berkonsepkan tango .
Takut aku nak join , satu jenis tarian pun aku tak reti ada hati nak join . Kalau aku join nanti , rosak terus majlis member aku .
Sedang asyik aku menjadi pemerhati , tanpa aku sedar mataku sudah bertembung dengan pandangan seseorang . Renungannya tajam tetapi hangat . Sangat mengasyikkan . Terus menusuk ke hati .
" Hai pretty . "
Pantas aku larikan pandangan . Kelihatan seorang lelaki berumur di sekitar akhir 40an atau awal 50an berada di sebelahku . Aku terkedu apabila tangan tuanya mendarat pada pehaku .
" Cantik macam ni , takkan la sorang sorang . " ujarnya lagi .
Aku membisu . Peha yang disentuh terus aku alihkan . Tetapi dia tidak mengalah . Semakin aku mengesot menjauhinya , semakin dia menghampiri aku .
" Kenapa ni ? Tak selesa ke ? Hm- ? " mendayu dayu suara gatalnya menampar gegendang telinga . Aku mula terasa jijik .
Sudah malas melayan lelaki miang itu , aku terus berdiri . Cuba untuk lari . Tetapi cubaan aku tidak berjaya . Dia menarik kasar lenganku membuatkan aku jatuh di atas ribanya . Kejung terus tubuhku , bagai direnjat elektrik .
" Kau nak lari pergi mana ? Kau ingat kau boleh lari ? " bisiknya di telingaku .
Aku cuba meronta tetapi tangannya sudah memeluk kemas pinggangku .
" Kau ingat ada orang nak tolong ke ? " ejeknya .
Liar tangannya meraba seluruh tubuhku . Aku langsung tidak berdaya untuk melawan gara gara terlalu terkejut . Jantungku mula berdetak kuat , nafasku sudah tidak stabil . Menggigil teruk badanku .
Kalau aku jerit pun takde guna , muzik bergema sangat kuat . Tambah pula keadaan ballroom yang suram . Sangat sukar untuk aku mendapatkan perhatian .
Someone please help me-
Secara tiba tiba tubuhku ditarik menjauhi lelaki miang itu . Kini aku berdiri di belakang penyelamatku . Dalam sekelip mata sahaja tubuh tua itu sudah mencium karpet mahal ballroom .
YOU ARE READING
escapism.
Random" no one listens whenever i talk, so i write whatever i want. " - theboyz oneshot & random thingy. aneh, mengarut dan cringe. it's all here. -lyaaa