a trilogy - see you in my eleventh life.
she has an extraordinary ability to remember her past life.
--❦︎--
8th august.
Dear Aylee, another memories unlocked.
Siapa sangka aku di kehidupan ketiga sangatlah takde luck ye. Kehidupan ketiga terpaling malang yang aku pernah rasa.
I have no parents, aku ditinggalkan di rumah anak yatim sejak aku baby. Semua orang kat situ panggil aku anak haram sebab hanya aku yang takde asal usul.
Takde yang sudi berkawan dengan aku. Aku ada kecacatan pada otot mata. Membuatkan sebelah mataku terlihat sepet. Lagi parah keadaan itu menjadikan mata aku juling.
Raut wajah aku tampak lain dari orang lain.
Aku hidup dalam keadaan begitu bertahun tahun lamanya.
Sudahlah takde rupa,
takde kawan,
pelajaran pun kelaut.
Yang peduli kepadaku hanyalah atas dasar tanggungjawab. Aku bersyukur sangat masih ada yang ambil peduli kepadaku walaupun tidak sepenuhnya.
Sehinggalah satu hari. Sewaktu umurku hampir mencecah angka 16. Ada satu keluarga yang sudi mengambilku sebagai anak angkat.
Aku gembira. Aku gembira sangat sangat. Aku dilayan bagai menatang minyak yang penuh. Seronok dapat hidup dalam dulang emas.
Sampailah aku dapat tahu, keluarga angkatku mempunyai anak lelaki yang sedang sakit di hospital. Jadi secara teknikalnya, aku ada abang angkat.
Kim Younghoon, nama yang tersemat kemas di dalam memoriku. Dia tua tiga tahun dariku.
Dia dingin, garang sangat. Perwatakannya kasar. Aku pernah bagi teddy bear kesayangan aku kepadanya sebagai hadiah perkenalan. In case lelaki itu memerlukan comfort, dia boleh peluk atau belai.
Tetpi dia koyakkan teddy bear aku dengan gunting. Tak cukup itu, dia campak teddy bear aku ke dalam microwave sampai terbakar.
Aku cuma senyum dan biarkan.
Younghoon suka mencari salahku. Kata kata makian serta tomahan sentiasa dilemparkan dengan harapan aku akan sakit hati. Kecacatanku turut menjadi bahan celaannya walaupun sudah berkali kali ditegur.
Aku hanya mampu tahan, berulang kali aku cakap pada diri sendiri, Younghoon sakit. He needs comfort.
Paling aku tak boleh lupa, Younghoon pernah lemaskan aku di dalam tab mandi. Hanya kerana aku tidak dengar panggilannya. Aku melawan kerana aku hampir lemas. Bahananya ubat gigi Colgate extra mint ditonyoh pada biji mata aku tanpa ihsan.
Katanya dia benci tengok mata cacat aku sedang memandangnya.
Dia jijik sangat dengan aku.
Dan aku trauma. Aku langsung mengasingkan diri apabila aku dan Younghoon ditinggalkan tanpa pengawasan.
Apabila aku buat begitu, lama kelamaan aku perasaan Younghoon akan bercakap seorang diri dan ketawa bagai nak rak. Kadang kadang menjerit, kadang kadang menangis. Semuanya terjadi apabila dia bersendirian. Dia, berhalusinasi.
Tetapi apabila di hadapan orang, lain pula tingkahnya.
Awalnya aku sangka dia gila.
Aku sangka dia boleh nampak hantu.
YOU ARE READING
escapism.
Random" no one listens whenever i talk, so i write whatever i want. " - theboyz oneshot & random thingy. aneh, mengarut dan cringe. it's all here. -lyaaa