•••
aku merenung sayu lopak air yang bertakung di hadapanku sedari tadi. tidak henti titisan air dari langit mengenai kepala dan lopak itu. air mata yang hangat mengalir sedari tadi langsung aku biarkan. dalam hati ingin saja aku sumpah seranah diri sendiri semahu mahunya.
why I can't be better? kenapa orang lain lagi bagus? kenapa aku tak boleh jadi macam orang lain? itulah persoalan yang sentiasa berlegar legar di mindaku. aku mengeluh berat. aku sendiri tak mampu untuk berhentikan suara suara negatif bersuara di dalam kepala.
aku takut. aku takut nak luahkan semua rasa ni. aku takutkan manusia. apakah pandangan mereka kalau dengar apa yang aku rasakan saat ini?
'alah rileks la, masalah aku lagi besar.'
aku tak mintak kau banding masalah aku.
'masalah orang lain lagi besar dari kau. tak payah mengada sangat.'
kalau kau tak duduk dalam kasut aku, kau tak tahu apa yang aku rasa.
'lah, itu je. yang kau risau sangat ni kenapa?'
aku tak mintak kau judge apa yang aku rasa.
aku cuma nak pendengar, dengar segala masalah aku. tak persoalkan apa yang aku rasa. bukannya buatkan aku rasa macam ni. rasa yang buatkan aku bandingkan diri dengan orang lain. buatkan apa yang aku rasa makin teruk. buatkan aku rasa mati lagi baik.
aku menghela nafas sedalamnya, tidak henti henti suara suara di dalam kepala aku berbalah. side positve dan negative aku saling bertikam lidah walhal itu hanyalah imaginasi aku.
'cuba dekatkan diri pada tuhan, mesti lagi baik hidup kau.'
kau cakap senanglah. sabar, ingat tuhan, solat mengaji. tapi aku yang rasa.
aku solat, aku mengaji, aku baik dengan orang. now apa yang tak cukup? kenapa aku still rasa yang macam ni? apa yang aku buat? why the heck, am i not good enough? sebab rupa aku yang sudah memang tak sempurna kah? latar belakang aku kah? perangai aku kah? atau sebab aku tak berapa pintar seperti orang lain?
Kadang kala rasa nak marah diri sendiri, terlalu pemalu, introvert bagaikan takde mulut. aku langsung tak suka living things yang dipanggil manusia, even diri sendiri pun. aku benci. aku tak suka aku benci. kenapa manusia kepelbagaian perangai dicipta? untuk variasi? kalau perangai elok tak apa lah jugak, ini mengalahkan mulut longkang berbau hanyir seperti ikan berkulat. jijik.
sumpah demi allah, aku takut dengan future aku sendiri. i know semuanya allah dah atur, aku still takut. kalau boleh aku nak hilang, pergi je dari sini, hidup semua orang. aku sudah taknak susahkan semua manusia seperti yang aku sedang buat sekarang.
gara gara dipulaukan oleh manusia yang aku anggap sebagai sahabat baru sahaja beberapa bulan, aku ponteng kelas tutorial yang sedang berlangsung. lantaklah dengan apa yang mereka fikirkan. selagi aku berada di situ, secebis ilmu pun takkan masuk ke kepala otak dek aku terlalu layankan perasaan.
aku benamkan kepala pada lutut, menangis. itulah yang aku mampu buat. Seperti anak kecil, atau lebih mudah lagi aku hanyalah loser.
alangkah bagusnya kalau sucide tu tak haram.
tiba tiba sahaja tiada titisan air yang jatuh menghentam kepala. perlahan aku membuka mata lalu mendongak. susuk perempuan mirip seperti aku ditenung. lama kami saling bertatapan sebelum dia membuka mulut.
"i am you." samar samar sahaja suaranya, tetapi sebijk seperti suaraku.
"ha?" aku pandang wajahnya dengan penuh tanda tanya. dia yang sedang memegang payung sebijik seperti milikku hanya tersenyum.
YOU ARE READING
escapism.
Random" no one listens whenever i talk, so i write whatever i want. " - theboyz oneshot & random thingy. aneh, mengarut dan cringe. it's all here. -lyaaa