stupid games went wrong.
tw : bloody mary.
--❦︎--
- bermuda line -
•••
" Apa lagi Hyunjae, tak cukup lagi ke kes ouija tu? Kau memang tak serik serik kan?" tempelak Younghoon. Geram dengan Hyunjae yang tidak habis habis mahu mencuba benda gila.
Hyunjae buat tak endah, tidak cukup itu giliran Juyeon pula dihasutnya supaya menyertainya plan gilanya itu. Dipautnya tangan Juyeon siap usap lembut. Memohon lelaki yang sibuk menekan kalkulator, menyertainya.
" Juyeon-"
" Aku busy." beku Juyeon menjawab.
Bagi Juyeon, dia masih trauma lagi dengan kejadian ouija yang berlaku beberapa bulan lepas. Cerita turun temurun yang diceritakan benar benar terjadi sebijik-sejibik. Mujurlah Younghoon sempat mendapatkan bantuan sebelum Hyunjae yang dirasuk bertindak luar kawalan.
" Juyeon, kali ni last! Aku janji next dah takde. Ini pun cerita panas turun temurun jugak ni. Senior tahun lepas cerita." rayunya lagi.
Younghoon yang sudah naik jengkel mula menjeling Hyunjae. Dia tahu cerita apa yang Hyunjae mahu sampaikan itu.
" Apa? Cermin tandas perempuan aras lima blok akedemik? Kau nak ceroboh situ?"
Hyunjae tersengih, Juyeon sudah dapat membaca buah fikirannya.
" No! Aku bangkang sekeras kerasnya! Langkah la mayat aku dulu Lee Jaehyun! Jangan sampai aku report cikgu, Jae. Biar bontot kau bernanah kena libas dengan rotan hikmat macam haritu baru nak insaf!" tegas Younghoon. Sempat dia jeling Hyunjae sebelum mengemas barangnya memandangkan loceng tamat waktu sekolah sudah berdering.
Hyunjae tarik kerusi lantas duduk di hadapan meja Younghoon . Tangan diangkat di atas meja lalu menongkat dagu. Dia tenung sahaja gerak geri Younghoon .
" Kau penakut kan?" duga Hyunjae.
Diam, Younghoon masih tidak melayan.
" Tak jantan la kau Younghoon. Cuba jadi macam aku, aku pernah hadap yang lagi seram! Hantu je, kau nak takut apa? Makhluk tu pun halus. Tak boleh nampak dengan mata kasar. Aku nak check je dia wujud ke tak." balas Hyunjae selamba.
Younghoon mencerlung tajam pada Hyunjae. Telalu bercakap besar.
" Entah entah dia tengah berdiri sebelah kau. Tenung kau macam kau ni ex dia. Mana kau nak nampak kan? Sebab tu dia makhluk halusss-. Cannot be seen in naked eyes." syarah Hyunjae lagi.
Tiba tiba Juyeon berdiri di sebelah meja itu. Sebelah tangannya memegang kalkulator lalu dihayunkan mengenai kepala Hyunjae.
Pak!
Hyunjae terjerit kecil. Terhuyung hayang kepalanya gara gara tidak menduga aksi Juyeon. Sudahlah kuat! Silap haribulan boleh mati dek darah beku dalam otak.
" Kau lupa ke apa jadi dengan ouija haritu?! Kau nak aku hentak kepala kau lagi sekali baru nak ingat?" Juyeon mula melenting.
Terbayang kejadian ouija, Hyunjae mengejar dirinya dan Younghoon bersama pisau rambo bergerigi di tangannya. Mujurlah ada orang yang masih belum lelap waktu itu. Jikalau tidak, nasib mereka mungkin sama seperti cerita itu. Mati berjemaah.
YOU ARE READING
escapism.
Random" no one listens whenever i talk, so i write whatever i want. " - theboyz oneshot & random thingy. aneh, mengarut dan cringe. it's all here. -lyaaa