ii - jacob ; remember the day

44 4 42
                                    

a trilogy - see you in my eleventh life.

she has an extraordinary ability to remember her past life.

--❦︎--

30th may.

Dear Aylee. I remembered Jacob.

He was the best boy friend that i've ever met. Bukan lover, hanya kawan hehe.

But secretly I had a crush on him, aku tak rasa dia tahu. Tapi kalau dia tahu, memang masaklah friendship kita ni hee-

Tapi, ingat tak Jacob. Macam mana kita boleh jadi bestie?

Aku tak suka kau sebab kau nerd, melampau. Aku tak sengaja umpat kau kuat kuat Jacob waktu tu. Aku perasan kau dengar. Aku perasan riak kau berubah. Aku perasan kau sedih. Tetapi aku biar.

Yea Jacob, imma bad bitch while you are an angel.

Kita ibarat langit dan bumi.

Tak pernah bersatu. Hanya kekal di tempat masing masing.

Ingat tak Jacob, aku tak sengaja tumpahkan kuah sup atas kepala kau sebab ada orang tolak aku.

Kuah tu panas. Kau macam melecur. Tapi kau cuma senyum, kau jawab, "Tak apa Aylee, sikit je ni."

Waktu tu buat pertama kali kau sebut nama aku Jacob. Kau notice kewujudan aku walaupun kita tak pernah bercakap direct.

And waktu tu jugak aku sedar on the spot, kau orang baik.

Mana mana aku pergi, mesti ada kau. Aku ingatkan kau stalk aku, rupa tupanya kita classmates. Hahaha slownya aku tak pernah perasan kau sebelum ni!

Ingat tak Jacob, kita kena ship dalam kelas sebab selalu bertekak. Cikgu sejarah pun terjebak ship kita. Semua benda yang kau buat, mesti tak kena kat mata aku. Aku geram tengok perangai perfectionist kau. Sampaikan meja aku berselerak pun kau sibuk tegur. Geram dengan kau!

Kau ingat tak? Kita pernah jadi pair untuk kerja kursus sejarah. Kita kena buat folio pasal Dinasti Goryeo.

Kau buat kerja, aku tak. Sedap jugak jadi freerider sebenarnya.

Sampai satu hari kau sound aku. Waktu tu buat pertama kali kau berdiri dekat dengan aku.

Aku boleh bau perfume kau. Aku boleh rasa nafas kau kena muka aku. Aku boleh rasa haba badan kau.

Aku speechless. Tambah pulak waktu tu kau rimas sangat dengan aku, cermin mata tebal kau pun melayang entah ke mana.

Waktu tu aku baru perasan yang kau ni handsome giler! Kenapa kau sembunyi kekacakan kau Jacob! Kalau tak aku tak buat la perangai tak semenggah ini dari awal!

Ingat tak Jacob, kau jumpa aku menangis dekat lorong sebab aku lari rumah. Aku gaduh besar dengan parents aku.

Kau tak cakap apa apa langsung. Kau cuma duduk sebelah aku. Tunggu aku habis nangis. Kau tak tanya langsung sebab apa aku nangis sampai tersedu sedu. Kau siap belanja aku aiskrim lagi.

Pastu kau paksa aku balik rumah lepas kau umpan aku aiskrim. Ciss- licik jugak kau ya.

Ingat tak Jacob, aku tak sengaja menyanyi depan kau. Kau puji suara aku sedap. Aku malu, sebab kau orang pertama cakap macam tu.

Kau pernah cakap kau teringin nak tulis lagu untuk aku. Sampai sekarang aku menanti Jacob.

Perasan tak makin lama, kita makin rapat? Ke hulu ke hilir dengan kau. Dah macam belangkas. Kalau kau takde tepi aku, aku jadi sendu. Kalau aku takde tepi kau pulak maknanya aku sengaja nak tinggal kau.

Hehe- jangan marah Jacob~

Ingat tak Jacob, kau pernah bisik dekat aku yang kau suka someone.

At first sebenarnya aku happy gila. Aku sangkakan kau dalam diam suka aku. Sebenarnya kau anggap aku kawan je.

Aku yang delulu lebih. Sumpah kecewa sikit.

Turns out, perempuan yang kau suka tu jiran aku. Kau beria ria suruh aku jadi orang tengah. And I did it.

Aku suka tengok kau senyum tiap kali kau dengar aku cerita pasal perempuan tu.

Aku harap sangat senyuman tu sebenarnya untuk aku.

Ingat tak Jacob, kau janji nak bawak aku keluar. Kau suruh aku anggap it's a special date sebab aku dah jadi orang tengah untuk kau. At that time, I'm the happiest human alive atas muka bumi ni.

Aku pakai cantik cantik, aku sembur perfume paling aku sayang sebab mahal. Aku sanggup buat tak endah parents aku yang tak bagi keluar.

Sayangnya kebahagiaan aku hilang macam tu aje. Kau message last minute, mungkin lain kali sebab kau ada hal.

Turns out, aku ternampak kau berdiri di tepi rumah perempuan tu. Kau cium dia, dia cium kau balik.

Kau nampak betul betul bahagia sampaikan kau lupa aku ni jiran dia.

Haha- jadi aku hanya senyum tawar dan patah balik.

Kau nak tahu tak Jacob, sakit tau tengok kau buat macam ni. Aku tahu ni bukan salah kau, aku tahu kau langsung tak tahu apa yang aku rasa.

Ini salah aku sendiri. Aku pilih untuk rahsiakan segala galanya dari kau.

Siapa sangka pencaturan takdir. Kau selamat bertunang dengan dia. Aku pula tak datang majlis korang, aku cakap aku busy.

Tapi sebenanrnya aku ada kat hospital. Aku minta semua orang rahsiakan keadaan aku.

Aku taknak kau sedih kerana aku.

Aku cuma nak kekal jadi kawan kau.

Aku nak jadi bad bitch yang tak pernah cerita rahsia aku dekat kau sebab ada trust issue while you are an angel, kau cerita segalanya kepada aku dan kau terima kawan seperti aku seadanya.

Aku nak kita diibarat langit dan bumi.

Kerana kita tak pernah bersatu. Hanya kekal di tempat masing masing dan saling menatap sesama sendiri dari kejauhan tetapi saling melengkapi.

Secretly, I love you.

--❦︎--

cringee tapi sukatilah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

cringee tapi sukatilah. 🥰

escapism.Where stories live. Discover now