they like each other, so i take a step back.
•••
kim sunyu - lee hyunjae
--❦︎--
« sunyu »
Study group pada asalnya kini bertukar kepada karokae pula. Semuanya gara gara aku yang sudah kebosanan menghadap buku matematik sejak waktu pulang lagi. Sengaja aku mengajak sahabat baikku, Chaewon untuk menemani. Takdelah nak menyendu bersendirian walaupun aku sentiasa seorang diri.
Syukurlah aku bertemu dengan Chaewon selepas aku berpindah ke sini. Hilang sedikit rasa sunyiku. Dia sentiasa ada apabila aku memerlukan tempat untuk meluah.
Bergema kuat i love you 3000 di seluruh kelas kosong ini. Kuat juga aku dan Chaewon nyanyikan part chorus bersama-sama.
Mentang mentanglah semua sudah pulang, selamba aje buat sekolah ini macam kepunyaan sendiri. Botol air berjenama Tupperware menjadi mic aku .
Baby, take my hand,
I want you to be my husband,
'Cause you're my Iron Man,
And I love you 3000,
Baby, take a chance,
'Cause I want this to be something,
Straight out of a Hollywood movie.
Aku sendiri melting mendengar suara merdunya. Kalau pergi audition mesti lepas menjadi trainee di company besar. Tetapi Chaewon sendiri tak mahu. Tak mampu katanya, tetapi aku tidak mahu memaksa.
Kini mata Chaewon terarah pada pintu kelas. Mulutnya masih terkumat kamit nyanyikan lagu itu. Aku turut sama memandang pintu. Terus nyanyianku ini terbantut.
Lee Hyunjae, aku sangkakan dia sudah pulang. Dan matanya straight memandang Chaewon, langsung tidak menyedari aku di sini. Tiba tiba sahaja mata Hyunjae beralih pada aku. Belum sempat aku nak memberi tindak balas Hyunjae menghilangkan diri.
Aku hanya mampu tersenyum kecewa, mendengar sahaja Chaewon nyanyikan lagu ini seorang diri. Gadis itu memberikan pandangan pelik tetapi aku hanya buat gaya sila teruskan .
Hyunjae, adakah dia tidak pernah menyedari keberadaan aku? Setiap aku aku cuba lakukan first move, pasti dia mengelak. Sahlah aku adalah manusia pelik dalam sekolah. Semua tak mahu berkawan denganku.
Lama kelamaan aku tanamkan satu mindset, aku pelik dan aku tak layak untuk mendampingi orang seperti Hyunjae. Cukuplah Chaewon dan keluargaku yang terima aku seadanya.
Tamat sahaja lagu itu, aku mula mengemas segala buku buku yang bersepah di atas meja. Selesai mengemas, Chaewon sudah tercegat di tepi mejaku.
" Tak nak balik ke Chae? Pukul berapa dah ni." sempat aku melirik ke arah jam tangan.
" Hmh- , malaslah. Kau dah nak balik? Awal betul." gumamnya .
Aku hanya balas dengan anggukan. Chaewon selalu pulang terpaling last. Tak pernah pulak aku tanya kenapa.
" Tak balik nanti, abang aku pergi buat report polis pulak. Sunwoo tu bukannya sihat otak dia."
Chaewon hanya tergelak kecil. Sudah aware dengan relationship aku dan Sunwoo yang sekejap baik bak cuaca musim bunga dan sekejap tak seperti ribut taufan.
YOU ARE READING
escapism.
Random" no one listens whenever i talk, so i write whatever i want. " - theboyz oneshot & random thingy. aneh, mengarut dan cringe. it's all here. -lyaaa