—promote.
cuma nak bagitahu, mungkin ada short story dalam masa terdekat.
player cukup 7k, maka lahirlah ia. hihi
(another janji manis by -milkyuuu)•••
clueless ghost about her past & a nerdy boy.
--❦︎--
"Aduh! Tertinggal Ipad kat library!" Eric yang sudah tercegat menanti bas di bus stop menepuk dahi sendiri tatkala Ipad yang digagar di dalam tote beg tidak ditemui.
Terbantut niatnya mahu mengulang kaji pelajaran sambil menunggu teksi pulang ke rumah sewanya. Mahu atau tidak, tote bag di bahu terpaksa dibetulkan sebelum langkah terburu-buru diatur menuju ke perpustakaan awam tempat dia mengulang kaji.
Memandangkan dia berada di dalam minggu study week, terpaksalah dirinya berkampung di perpustakaan hingga larut malam. Sekarang jam sudah menunjukkan hampir angka 12.
Habislah eomma bakal bertukar menjadi singa kalau dia tahu!
Pintu perpustakaan yang sudah dinyatakan close dari luar Eric ketuk bertalu-talu hinggalah terbuka dari dalam. Wajah tua sedia menyambut saat pandangan mereka bersatu.
Eric sempat betulkan kaca mata tebalnya sebelum tersenyum manis. "Maaflah, saya tertinggal Ipad. Kalut nak balik tadi."
Serius saja wajah lelaki itu sebelum membuka pintu seluasnya—membenarkan Eric masuk. Tidak menunggu dijemput, Eric terlebih dahulu menjejak lantai kayu perpustakaan itu.
"Jangan lama sangat. Nanti ada benda ikut."
Serentak itu bulu tengkuk Eric merinding. Eric sekadar mengangguk sebelum meluru ke tempat dia belajar tadi. Satu Ipad ada terdampar di salah satu meja di ruangan studi. Serta merta lelaki itu mengeluh lega.
"Nasib baik. Kalau tidak panas bontot aku kena libas dengan eomma." gumamnya sendiri sambil menyimpan Ipad ke dalam tote begnya.
Entah macam mana dia boleh terlupa bermacam hal harini! Haih, macam mana nak final?
Sambil berjalan keluar, mata Eric sempat meliar memerhati segenap penjuru library ini.. Di siang hari ruangan ini nampak classic, tetapi entah kenapa. Di malam hari tempat ini nampak, spooky! Kiri kananya ada rak buku tinggi-tinggi dan tiap lorongnya gelap belaka. Liar imaginasi lelaki itu bayangkan ada benda merangkak hampirinya bersama rambut panjang.
Lekas kepala digeleng laju. Bayangan itu dihapuskan segera.
Peluh sejuk merintik ke dahi. Kenapalah jalan ke pintu tiba-tiba terasa sangat jauh? Padahal masa mula-mula masuk rasa dekat?
"Uncle?" Eric kuatkan suara mencari pemilik perpustakaan itu. Tetapi tiada sahutan. Bingung lelaki itu dibuatnya.
Tiba sahaja di hadapan kaunter berdekatan dengan pintu, Eric lihat ada seorang perempuan sedang berada di situ. Lelaki itu hanya assumed perempuan itu anak kepada pemilik perpustakaan tadi. Niatnya mahu mengucapkan terima kasih memandangkan owner yang dicarinya tiada.
Dia rapati kaunter. Perempuan itu menunduk membuatkan Eric gagal melihat wajahnya. Segera air muka dimaniskan walaupun dia sedang seram sejuk.
"Cik, boleh tolong sampaikan terima kasih dekat owner perpustakaan ni sebab benarkan saya masuk?" pinta Eric penuh santun. Tangannya diletakkan di atas meja kaunter.
Memandangkan meja itu mempunyai dua tingkat, satu untuk berurusan, satu lagi tingkat ruang si penjaga kaunter melaksanakan kerja. Jadi Wric bingung apabila perempuan itu seakan-akan tidak mengendahkan dirinya.
Muka pun tak nampak! Apa yang dia buat pun Eric tak tahu! Mungkin tengah kira berapa banyak denda yang dia berjaya kutip sebab ada pengunjung yang lambat pulangkan buku agaknya.
Jemarinya mengetuk meja kaunter. Eric tak sabar.
"Cik? Ooo- cik? Dengar tak cik?"
Lampu-lampu yang terpasang berkelip-kelip untuk beberapa saat sebelum terpadam sendiri. Kelam pandangan lelaki itu. Lama-kelamaan apabila anak matanya membesar barulah samar-samar dia dapat melihat sekelilingnya walaupun tidak jelas.
Eric terpanar.
Bayang perempuan yang duduk di kaunter tidak lagi kelihatan. Persis tiada siapa yang duduk di situ sedari tadi. Bunyi kerusi bergesel pun takde!
"Shit!" kata carutan terlepas tatkala dia teringat akan kata-kata owner perpustakaan ini tadi.
Jangan lama, nanti ada benda ikut.
Larian kencang diatur ke pintu. pemegang tombol disentuh dan cuba dipulas. Tetapi gagal seolah-olah berkunci. Lekas Eric menggoncang pintu itu sambil menjerit tolong.
"Awak." suara itu mendayu di tepi telinganya.
Eric terpaku. Dalam keadaan menggigil Eric berpaling ke arah suara serak basah berbaur sayu itu memanggil. Matanya melorot jatuh pada susuk entiti yang berdiri rapat di sebelahnya. Jemari pucat milik entiti itu sedang menggentel lubang hidung sendiri.
Sangat jelas. Vivid.
Entiti itu menyerigai bersama wajah buruknya, menampakkan giginya yang tajam dan berlubang. Tubuh dan pakaianya penuh darah. Rambutnya menggerbang tidak terurus turut menjadi tatapan Eric. Ada satu anak panah tertusuk di dadanya. Langsung lelaki itu kecut perut.
"Omona! Awak boleh nampak muka cantik saya?" lidahnya terjelir panjang bersama darah busuk mengalir di celah bibirnya membuatkan Eric loya.
Cukup tiga saat Eric jatuh pengsan on the spot.
•••
coming soon!
YOU ARE READING
escapism.
Random" no one listens whenever i talk, so i write whatever i want. " - theboyz oneshot & random thingy. aneh, mengarut dan cringe. it's all here. -lyaaa