i - juyeon ; catsitter

43 6 8
                                    

what do you feel if a cat can
transform into a human being?

this cat lover wants to write about cat.

--❦︎--


ji choyeon - lee juyeon

•••

« choyeon »

" Lee Juyeon."

Membutang luas mataku. Kucing dari keluarga Big Brother, atau lebih spesifik lagi Norwegian forest cat aku dukung dengan cermat. Lebat bulunya, langsung tiada satu pun yang gugur. Namanya pula Lee Juyeon, gempaklah matching denganku! Sedap pun sedap!

" Juyeon? Omona, nama kakak pulak Choyeon! Matching betul!" teruja aku melagakan hidungku pada kepala Juyeon. Juyeon mengiau comel.

Arin, jiranku hanya tersenyum lucu. Beg yang menempatkan segala jenis perkakas untuk Juyeon dia hulur kepadaku. Lantas aku sambut dan letakkan di tepi dinding.

" Juyeonnie, jangan nakal nakal tau! Mummy pergi kerja dua hari aje. Esok Mummy datang pickup." Arin mengusap lembut kepala berbulu Juyeon. Dua jari dia layangkan pada Juyeon.

Juyeon hanya buat endah tidak endah dengan kata kata Arin. Sedap sahaja dia lentokkan kepala pada aku. Menandakan dia sudah mula selesa.

" Arin pergi dulu tau. Jaga Juyeon baik baik!" pamit Arin seraya melangkah ke arah kereta. Sempat juga dia memanggil Juyeon, tetapi kucing ini hanya buat tidak dengar.

Aku menghantar kelibat Arin melalui pandangan mata sehinggalah keretanya hilang dari pandangan. Lantas aku tutup pintu sebelum letakkan Juyeon di lantai. Kucing itu menggeliat kecil.

" Jun! Oh- Jun!" aku laungkan nama kucingku seekor lagi.

Waktu pagi begini, selalunya Jun akan tidur di sarangnya. Biasalah, siang mengantuk, malam berjaga. Kalau dia tidak tidur, mahu sahaja aku nak kenalkan Juyeon dengan Jun.

Jun pula Siamese cat yang aku pungut di pasar. Gara gara kasihan tubuhnya kurus dan dipenuhi kurap, aku adoptnya sebagai anak aku sendiri.

Selesai uruskan tempat untuk Juyeon. Dari sarangnya berehat sehinggalah pasir khas untuk kucing yang diberi Arin. Makanan Juyeon pula aku perlu beri secara berkala. Juyeon berada di sisi, setia memerhatikan tingkah laku aku menyediakan tempatnya.

Bukan apa, aku taknak Juyeon stress. Mahunya gugur bulu, habislah rumah aku.

Langkah kuatur ke arah sofa. Punggung aku henyakkan di atas kusyen. Dari posisi duduk terus berbaring. Satu plushie aku ambil lalu aku letakkan di atas dada. Ingin merehatkan mata seketika memandangkan aku tidur lewat semalam. Semuanya disebabkan final year project!

Miaw!

Aku membuka mata, menjeling ke kanan. Juyeon setia berdiri di hujung sofa, merenungku dengan sepasang mata hijaunya. Aku tersengih.

" Juyeonnie! Come here!" aku alihkan plushie. Tangan aku depakan seluasnya.

Seperti memahami apa yang aku maksudkan, Juyeon menghampiri aku. Penuh manja dia rebahkan badan comelnya di atas tubuhku. Aku terjerit kecil.

" Juyeonnie! Berat jugak kau ya! Berapa kilo ni?" dagunya aku usap lembut. Perlahan bunyi purring dihasilkan Juyeon.

Haba dari tubuh Juyeon buatkan aku bertambah selesa. Hangat seperti aku dipeluk. Mata mula memberat sehinggakan aku tidak sedar aku sudah pun menjejak ke alam mimpi. Penat punya pasal!

escapism.Where stories live. Discover now