- haknyeon ; tinder

47 7 17
                                    

want a boyfriend? go play tinder.

--❦︎--

seyu - haknyeon

•••

« seyu »

Gara gara mudah terpengaruh dengan trend terkini. Tambah pula hasutan rakan rakan persis syatian, sekarang juga aku sudah terjebak bermain dating apps yang dinamakan Tinder.

Bukan main seronok aku terguling guling di atas katil macam takde masa depan. Baca segala mesej berbaur kasih dan cinta yang ditujukan khas untuk aku. Bibir pula sedari tadi menyengih macam dapat bunga daripada ayang.

Bukan bunga, tapi butterfly!

Patutlah apps Tinder sedang menjadi gilaan para remaja sekarang. Barulah aku faham. Tambah pula aku yang tak pernah merasai kasih sayang daripada mana mana lelaki. Memang bercambah terus benih benih gatalku.

Jariku lincah skrol skrin telefon berjenama iPhone. Membaca reply dari status yang aku muat naik sejam lepas. Gambarku buat muka sedih gara gara jatuh tangga disebabkan tersalah langkah. Biasalah perempuan, sentiasa laparkan perhatian dari para lelaki. Yang reply pula masing masing lelaki yang follow account Tinderku.

Haha, ya aku gatal. So what?

Mata mula membaca satu per satu reply yang aku terima. Naik kebas pipi aku dibuatnya.

Atotot kesian chinta hati ai jatuh tangga.

Mencair kuasa satu.

Ada luka ke? Jom klinik, risau infection nanti susah pulak.

Panas terasa pipi. Melting kuasa dua.

Jatuh tangga pun comel. Nak kena cium ni baru reti careful!

Erk, terbantut terus senyumanku. Siap ada dua emoji lidah lagi. Sahlah reply ini dikarang oleh lelaki pervert. Automatik jariku menyentuh butang block. Membuang lelaki tadi supaya tidak dapat view statusku selepas ini.

Aku pun tak faham dengan diri sendiri. Mahukan perhatian lelaki, pada masa yang sama mengangkat bendera merah jika ada lelaki yang bertindak keterlaluan terhadapku. Biasalah, hidup ini perlu memilih.

Sorry, I'm selective just like a plasma membrane.

Ha, kan dah terkeluar ayat biologi dariku.

Baru sahaja ingin letak telefon ke tepi bagi menyiapkan thesis. Iphoneku vibrate pendek menandakan ada notifikasi masuk. Risau itu mesej penting mengenai assigment, lantas aku capai telefon.

Wajah seriusku bertukar senyuman. Berbunga bunga terasa hati. Tak sangka lelaki yang dalam diam aku puja, kini sudah followback account Tinderku. Siap spam like lagi.

Terus aku terguling guling di atas tilam, bahagia teramat sangat. Akhirnya lelaki itu swipe ke kanan accountku. Tanda dia terima. Rasa nak lompat ke awangan.

Naik satu mesej di ruangan chatting. Aku berhenti menggedik. Tangan menyentuh ikon itu. Mataku meluas, akhirnya dia chat!

jejuboyy
hi, nak kenal boleh?

Dan semenjak itulah aku dan jejuboyy itu saling berkenalan dan bertukar tukar cerita. Daripada stranger mula bertukar kawan rapat. Aku tahu aku tak sepatutnya percaya membuta tuli. Tetapi entahlah, dia seperti graviti. Tanpa segan silu aku tertarik dengannya.

escapism.Where stories live. Discover now