v - juyeon ; euthanasia coaster

49 4 46
                                    

a trilogy - see you in my eleventh life

she has an extraordinary ability to remember her past life.

--❦︎--

15th january

Dear Ailee, another random memories pop-up out of nowhere.

Mungkin pelik, aku berbual pasal amusement park , suddenly i got dejavu.

very tragic dejavu. so i write it here.

Di kehidupan ke-5, aku bertemu dengan seseorang di amusement park.

Dari jauh, dia terlihat tinggi, kacak, dingin.

Dari jauh la, memandangkan masing-masing masih stranger. Aku takde la gatal sangat nak mengorat memandangkan itu kali pertama pamdangan kami bertemu.

Di amusement park, aku memilih untuk naik rollercoaster. Menaiki rollercoaster berulang kali adalah salah satu caraku melepaskan perasaan. Aku puas hati dapat jerit sehingga mahu tercabut kotak suara.

Tibalah kali ke-tujuh aku naik rollercoaster. Aku tak sangka jejaka itu menjadi seat-mate aku.

Aku jadi segan nak jerit. Sepanjang ride, aku menyepi. Dia juga menyepi.

Aku sempat curi pandang padanya, ternyata dia sedang menangis. Tidak tersedu, hanya air mata yang merembes keluar.

Semasa gerabak rollercoaster menghampiri puncak tertinggi, kelajuan agak perlahan dari kebiasaan. Jadi aku ambil keputusan drastik dengan memberinya sapu tangan, bersama ucapan, "Janganlah sedih, bukan awak sorang yang ada masalah."

Seujurus itu, gerabak yang kami naiki menjunam mengikut graviti. Aku sudah tak pandang jejaka itu, terlalu gugup mungkin.

Usai gerabak itu berhenti. Aku melompat turun tanpa pandang kiri kanan, sudah tepu untuk naik sekali lagi.

Aku berjalan pulang, namun tidak sampai beberapa minit berlalu lelaki tadi muncul di sebelahku. Wajahnya terlihat pucat. Dia pulangkan sapu tangan semula diiringi ucapan maaf, dia tidak sengaja mengotorkan sapu tanganku.

Sapu tangan itu bertukar tangan, kemudian dia menonong pergi.

Aku pula membelek sapu tangan itu.

Ternyata kotoran yang dimaksudkannya adalah titisan darah kering.

Aku mencarinya semula. Aku jumpa, jadi aku mengekorinya dalam diam.

Langkahnya longlai, semakin perlahan.

Kemudian dia rebah.

Depan mata kepala aku, dia jatuh terbaring ke tanah.

Kalut aku berlari ke arahnya. Kepalanya aku riba. Terkejut tatkala mata terlihat darah mengalir deras dari hidungnya.

Saat itu, barulah aku tahu. Masalahnya lebih besar jika nak dibandingkan denganku.

Masanya untuk hidup hanya dalam tempoh enam bulan.

escapism.Where stories live. Discover now