" your blood taste sweet, let me drink it. "
•••
- jinhee as you -
- kim younghoon as himself -
a supernatural tale at 3am bcs im bored.
--❦︎--
« jinhee »
Mereka datang lagi. Lagi dan lagi, nonstop.
Leher yang mempunyai kesan tebukan disentuh lembut. Kulitku juga turut kelihatan kebiruan melalui imej pantulan cermin. Lebam gara gara digigit. Yang pasti sakit apabila tekanan dikenakan.
Aku tak tahu apa kategori keadaanku saat ini. Tahanan? Tebusan? Mangsa culik?
Aku mengeluh berat. Longlai langkah kuatur menuju ke katil semula. Kehilangan tenaga yang teramat sangat. Kejadian semalam mula berlegar di dalam kepala tatkala bilikku diceroboh oleh si penculik dan bagaimana kasarnya leherku digigit.
Ya, penyebab aku berada di ruangan terkunci ini disebabkan darahku manis. Apakah mereka? Pasti bukan manusia kerana hanya nyamuk sahaja yang mampu menelan darah.
Aku pejamkan mata, puas memujuk hati suapaya terus bertahan. Tetapi aku rasakan hari esok tidak wujud. Aku akan kekal terperangkap. Entahla sampai bila.
Menggigil aku mengangkat kepala tatkala kedengaran pintu bilik dibuka secara paksa. Serentak itu pandanganku bertemu dengan orang asing.
" Jinhee ! " namaku diseru dalam nada berbisik.
Aku terpempan, takut untuk bangkit dan meluru ke arah orang asing itu. Bilangan penculikku semuanya sebelas, aku pasti. Tetapi wajahnya tidak familiar.
" Jinhee, cepat! Before diorang terbangun. "
Mendengar sahaja perkataan itu lantas aku tarik selimut ke tepi. Berhati hati aku mengatur langkah supaya tiada bunyi yang terhasil dari lantai kayu yang usang ini.
" K- kau siapa? " soalku setelah berdiri tegak di hadapan lelaki tinggi lampai dariku.
Dia tidak menjawab soalan, sebaliknya membawa aku keluar dari rumah agam yang usang ini. Terpejam mataku apabila cahaya matahari menyimbah wajah. Silau. Selama aku menjadi tahanan mereka langsung tiada sebarang cahaya UV sang matahari masuk ke rumah. Semua tingkap ditutup dengan langsir package ditempel surat khabar lama.
Beribu persoalan bermain di fikiranku. Siapakah dia? Kenapa dia sanggup ceroboh villa itu semata mahu selamatkan aku? Dia tidak tahukan sebelas kidnappers sedang beradu di saat matahari sedang terpacak di atas kepala.
" Lepaslah! " aku cuba meronta setelah kami lari jauh ke dalam hutan tebal berhampiran rumah itu.
Terus pegangannya pada aku terlepas. Tajam sepasang matanya menatap aku. Aku terpaku.
" You are so naive. "
Menonong dia berjalan mendahului aku. Kalut aku capai tangannya semula.
" Kenapa kau tolong aku? Kau siapa sebenarnya? Macam mana kau kenal aku? " bertalu talu aku nyatakan soalan padanya.
" Younghoon. " sepatah dia membalas.
Automatik mataku membuntang seluasnya. Younghoon, nama yang sering meniti di bibir mereka tiap kali mereka mendekati aku. Tangan terlepas dari menyentuhnya. Younghoon si manusia. Si manusia yang mereka sebutkan. Mereka sering kali samakan antara aku dan Younghoon.
YOU ARE READING
escapism.
Random" no one listens whenever i talk, so i write whatever i want. " - theboyz oneshot & random thingy. aneh, mengarut dan cringe. it's all here. -lyaaa